salam
Wah saya memulakan bicara ini dgn tajuk ' hidup ini tidak ada jaminan apa-apa'. (ketawa). Mengapa yer?
2) Kita manusia biasa selalu tertipu dgn keadaan di hadapan mata kita. Jika anak saudara kita berkhawin dengan orang dari kerabat di Raja Sultan Brunei Darul Salam .. cepat-cepat otak dan persepsi kita akan mengatakan .. aghhh untung dia .. kehidupan nya sudah terjamin .. tetapi .. cahaya matahari tak bersinar sepanjang masa. Tengok kes perceraian antara kerabat-kerabat raja, pembunuhan se sama mereka.., penipuan wang dalam perniagaan antara adik dan abang mereka di USA/ England.. adakah ini tidak memberi kita satu pengajaran .. bahwa dunia tidak menjaminkan apa-apa bukan?
3) Kita manusia biasa .. bila anak perempuan kita ditawarkan biasiswa JPA untuk melanjutkan pengajian Pergigian di Ireland , UK .. cepat otak dan persepsi kita akan mengatakan ..sudah terjamin kehidupan anak dara kita ini. Selepas belajar di Ireland .. dia akan menjawat jawatan DOKTOR GIGI (dentist) yang cemerlang ..tetapi sangkaan kita tiba-tiba meleset .. dia tertarik sangat dengan benda-benda lain di sana seperti jual beli kereta mewah .. melabur saham FOREX dalam internet .. dan macam-macam lagi benda 'gila' .. biasalah anak-anak muda bila berhadapan dengan benda-benda manis dari internet. Berkawan dgn pemuda Nigeria yang mempunyai skill menipu .. menawan hati anak dara kita dgn tulisan cinta ala casanova. Kalah kekebalan kuat anak dara kita dgn janji janji manis .. dari shifunya Nigerian. Apa kesudahannya.. ? pengajian tidak selesai .. kita mak bapaknya sebagai penjamin akan jatuh muflis ..nak bayar balik duit tajaan JPA itu. Pemuda Nigerian? dia sudah lari jauh jauh meningggalkan kita dan anak dara kita. ( rujukan: Stars Malaysian Edition 12 SEPT 2011 ..lonely but highly educated ladies got cheated and cheated by bogus african lovers) See? Kehidupan dunia tak ada jaminan apa-apa. Kita tertipu lagi dan lagi. Betul Tun Mahathir kata "melayu cepat lupa".
Oleh yang demikian... saya ingin memanggil diri saya pertamanya sekali .. dan tuan hamba .. kembalilah kepercayaan kita kepada kekuasaan Allah yang maha Agung. Tidak ada tolok bandingannya.. kita hidup kena banyak usaha, fikir, dan akhir sekali kita bertawakal kpd Allah yang maha Kuasa ..supaya .. dunia ini kita akan tempuh .. dengan penuh hati-hati dan bila kita mati .. Allah redha pada kita dan kita juga redha kpd khaliq Ya Robb Allah Azawajalla.
Jaga sembahyang kita, bacaan Al Quraan kita, rajin rajinlah menulis menasihat anak anak kita di mana mana saja mereka berada ..jgn cepat tergoda dgn janji janji manis orang dalam internet, FB, dan macam-macam lagi. Ikut usaha dakwah tabligh ..memanggil kita kepada keyakinan tinggi kpd kekuasaan Allah Taala .. sunnah nabi muhammad s.a.w supaya kita berjaya anak beranak di dunia ini lagi .. Sayangilah diri kita dan anak-anak kita tuan tuan hamba. Jangan tertipu senang-senang. Kita jugak yg rugi dan menyesal tak sudah.
Sekian. Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment