Satu hujung minggu yg baru tamat ..

Posted by sazali

Salam

Rata rata saya berjalan minggu lepas.  Tak sangka ..rezeki tuhan Allah Robbul Alameen.  Mula mula ..bawak Prof Jepun melawat sekolah rendah contoh Maiden Height , Glugor. Wow ..budak sekolah rendah dah pandai buat programming Robotik dah.  Mereka reka ..robot boleh melongsor atas litar ..dgn pertolonganh guru guru mereka . Shabas!  Cikgu Ilias Harun GB SRK Maiden Height.  O lupa ..my boss ada jugak .. Dr Su.

2)  Sebelah petang bawak Prof Jepun itu ke Penang Science Cafe .. terkejut beruk dio ..  org org Penang dah ada 50 jurutera jurutera .. bergiat ..buat robot .. untuk komuniti org org Pulau Pinang saling kongsi berkongsi idea, pengalaman dan penemuan secara percuma.  Syabahs..  nanti saya rancang nak join jurutera-jurutera ini .. belajar sikit sikit pasal robotik programmming.  Tak sangka umur dah banyak .. iblis/syaitan kata .. kau kena ambik tahu benda alah ini.  Selalu bila dah tua .. orang kata bagus belajar agama di surau sahaja.  Betul kan cara sembahyang fardhu mu dan bacaan Al Quraan mu.  Ilmu lain seperti robotik ini tak penting ..bukan boleh bawak ke kubur pun.  Betul ke tu?  O yes .. jurutera jurutera itu .. datang dari kilang kilang berdekatan seperti dari Bayan Baru dan Bayan Lepas.  Mereka kata ..amal jariah mereka untuk komuniti Pulau Pinang supaya mereka berminat dgn Sains dan Teknologi.  Bila mereka seronok dgn sains teknologi ..bolehlah mereka baiki kipas dan microphone di surau dan masjid itu.  Apa katamu?  He..he..he..

Mengikut pemerhatian saya , dlm kunjungan saya ke beberapa buah negara di alam dunia fana ini ,  bahkan di Mekah dan Madinnah .. selalu ..kita dapati microphone, amplifier masjid tak betulk betul bereh 100% bila waktu nak berkhutbah ..  selalu tak dengar dgn jelas.  Beli barang itu ..cukuplah mahal ..tetapi satu komuniti dlm masjid pun tak reti nak baiki/ adjust .. supaya microphone itu ..sentiasa berada dlm keadaan sihat dan sejahtera.  Entahlah .. ilmu akhirat nak ..  ilmu dunia pun nak jugak kan?

3)  Mlm itu .. aku naik bas express ke Kota Bharu. O yes .. aku tinggalkan Prof Jepun di Recsam sahaja .. ha..ha.. tak terdaya ..nak bawak dio ke Kota Bharu.

Sana (KOTA BHARU) ..habuk masih banyak maklumlah pasca banjir terbesar sejak merdeka 1957.  Hairan ..mcm mana org ramai sanggup makan kat restoran tepi jalan bila habuk masih tebal berterbangan di sekeliling mereka.  Waktu malam ..habuk tak nampak ..gomo kelate ghomo ..  jo lor kor ni?  Insya allah mkn sop bercampur habuk.  Hishhhh.. penyakit menunggu mu lah

4)  seMlm ... kami bergegas dan berkejar pulang .. ke Pulau Mutiara.  Kenduri kawin sahabat seopis. Umur banyak dah ..tetapi ..peduli apa Pak.  Yang penting mahu dan mampu khawin.

Barakallahum  .. Pak Long.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment