Takut itu dan takut ini ..

Posted by sazali

Salam

Tadi terbaca .. trend majikan cina tidak gemar mengambil pekerja melayu dan macam macam lagi ..seperti gaji pekerja melayu agak rendah sedikit dari bangsa mereka ..

2)  My comments?

Saya rasa ..oklah ..kerana ..syarikat syarikat itu kepunyaan mereka sejak tahun 1900 - 2015 lagi.  Bila syarikat itu kepunyaan mereka seratus peratus ... mereka boleh buat apa yg mereka suka.  Begitu juga .. syarikat melayu ..  bila bapaknya ..meninggal .. semua orang akan melantik anak sulong si arwah menggantikan tempat CEO arwah ayahanda nya ..  serta merta.  Mengapa?  Jawapannya mudah jer.. syarikat itu kepunyaan mereka.  Sudah settle.

Kalau kita berkehendakkan satu mata gaji yg mahal ataupun setara dengan mereka .. jalan paling pantas dan pintas ialah ..kita bukak industri kita sendiri.  Senang.  Kita jadi boss tetapi ranjau nya cukup sukar sekali kerana .. pasaran produk dikawal oleh bangsa lain dan bukan melayu kita.

Perkara ini bukan berlaku semalam ..sejak zaman Parameswara dahulu lagi ..tetapi .. orang melayu cukup bagus ..kita boleh telan semua ini atas dasar keharmonian bangsa bangsa di negara ini.  Itu baru bangsa melayu, cina dan India.  Sekarang kita cukup jaga ..  kerana bangsa Bangla, Rohingya , Indonesia , Nigeria ..makin hari makin ramai ..  tiba dan berkongsi ruangan oxygen, karbon dioksida dan hydrogen di Malaysia Kaya ini.

Kalau negara lain seperti Pakistan atau Iraq ..  industri kepunyaan bangsa lain selain dari org org Pakistan / Iraq itu sendiri dah lama ..tutup, meletup, terbakar dan macam macam lagi.

Orang melayu adalah orang paling unik di dunia ini.

Kita boleh berkompromi dalam banyak dimensi.  Cuba baca buku 'The Malay Dilema' oleh Tun Mahathir.  Melayu punya kefahaman agama lebih tinggi dari bangsa arab itu sendiri walaupun tidak ada seorang nabi pun orang melayu ... cuba tengok peratusan masa di sekolah ..banyak mana kita beri untuk agama dari tanah arab itu.  Bandingkan sekolah arab di Mekah.  Mana lebih banyak?  (ketawa).

Sopan santun ..tak leh lawan lah org melayu champion.  Org mekah selalu puji tetapi kos naik haji sentiasa naik dan terus naik.
Akhlak mulia .. satu kebanggaan kita semua.
Berhemah tinggi .

Islam hadhari ..  akhirnya ..peratus kek ekonomi melayu makin mengecil dan terus lari dari genggaman orang orang melayu itu sendiri.

Unik?

3) Kpd pembaca pembaca penulisan ini ..jika adik ada ijazah, sarjana dan/ atau  Ph.D .. buat lah sesuatu.  Jgn bersedih sangat ..gaji kita kecil atau tidak. Yang penting kita kena redha ..rezeki kita bertahun tahun di gudang kepunyaan bangsa cina.  Apa nak buat? Ada orang ..sembahyang jumaat pun susah ... dan ada juga ..nak solat waktu siang pun susah.  Entah ..cuba tanya ustaz/ ustazah .. kat UM, UKM .what to do ya sheikh?  Anak sulong lelaki saya pernah berkerja di industri elektronik .. mana ada Wak Jawa yg jadi CEO di situ.  Pandai-pandailah menjaga diri.  Kalau susah sangat .. berhenti  dan bukak kedai roti tempayan di pinggir Kuala Lumpur atau Kajang. Selagi manusia dipasang mulut dan perut oleh Pencipta Agung Allah Subhanawataala ..insya allah ada lah rezeki mu di situ .. di tepi tempayan tempayan impot dari luar negara.  Mahu kau? ada sarjana elektronik tetapi tukang uli roti tempayan dekat stesyen MRT?  orang orang kata lumayan pak .. tetapi boleh kau tahan kerja begitu dari umur 30 - 60 tahun adik?  he..he..he..   mana best dari kerja gomeng.  Goyang kaki hari sabtu dan ahad ..pun gaji tetap jalan.  Kita tidur , gaji jalan.  Kita bercakap ..jantung jalan.  Bila jantung STOP ..kita jalan.

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.

saya seorang guru jer.  Ngajar anak melayu, anak cina dan anak india ..  itu jer rezeki saya.  Syukur.










0 comments:

Post a Comment