Baik berdiam diri dari bercakap

Posted by sazali

Salam

Dari mimbar masjid ..selalu sangat khatib berpesan/ menasihatkan umat umat islam untuk menjaga mulut masing-masing.

Dari mulut keluarnya ..

a) mengumpat
b) pujian berbentuk kepura-puraan
c) mencaci
d) menghina dan
e) bibit bibit fitnah

Semua di atas akan membawa pepecahan sesama kita di dunia ini khususnya.

Tetapi ..sebagai guru/ pensyarah  kita kena ..

banyak menggunakan mulut.

Dari mulut datangnya:

a) nasihat
b) tunjuk ajar (ilmu pengetahuan)
c) bimbingan
d) membantu mempertahankan keadaan salah atau perkara yg sebenar-benarnya .

Pendek kata .. cikgu/ guru/pensyarah/ustaz/ustazah  selalu berada dalam dilema.  Yang mana satu nak banyakkan dan yang mana satu hendak dikurangkan.

Di rumah ibu banyak menggunakan mulutnya untuk:

a) meleter ( lipat kain biar kemas dan sempurna)
b) mengarah anak anak dan si bapanya  ( bila lagi nak pergi pasar ..ayahnya tu?)
c) mencuba masakannya terlebih dahulu takut takut terlebih masin kuahnya
d) menyanyi / mendodoi si anak dalam buaian
e) mengaji Al Quraan, berzikir SUBHANALLAH, ALHAMDULILAH dan ALLAHU AKBAR
f) bergaduh (bertikam lidah )
g) ajak mengajak untuk kebaikan (aktiviti rewang musim kenduri khawin)
h) macam macam

Oleh yang demikian, serba salah juga kita bukan?

Di hujung penulisan ini , pandai-pandailah mencari satu titik kesederhanaan. Jangan jadi cikgu/ ustaz bisu sudahhlah ..atau jangan jadi bapa bisu dan mata buta bila melihat :

a) anak pompuan tidak menutup aurat dan berpakain terlampau ketat
b) tidak sembahyang subuh setiap hari selama 365 hari setahun
c) anak lelaki tidak membantu ibu ayahnya di rumah
d) isteri suka melawat rumah orang , dapur rumah orang untuk aktiviti masak ketupat atau zaman sekarang aktiviti ini boleh dijalankan melalui FB atau/dan Watsappp jer.  Canggih bukan?
.

Yang terbaik gunakan mulut ini untuk maksud berdakwah
Sepatah perkataan bercakap tentang kebesaran Allah dan agamanya ..  banyak pahala yg kita akan perolehi.  Belajarlah bercakap mengenai kebesaran Allah.  Kalau selama ini mulut kita cukup pandai bercerita panjang dan lebar tentang 'kereta, rumah/ apartment, tanah kebun ' mengapa tidak perkara melibatkan PENCIPTA kita jadikan bahan perbualan di mana-mana jua.   Insyallah pembaca-pembaca semua?

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab.


0 comments:

Post a Comment