redha ke awak ini?

Posted by sazali

Salam

Bila ditimpa kecelakaan ..ramai rakan , sahabat taulan .. selalu menggunakan rangkap ayat ini ' kita kena redha ..mamat .. nok wwat guanor lagi.. redha lah ..tuhan we setakat ini sahaja ... nasibnya..'

2)  Redha -  kita kena terima ketetapan illahi .. bahawa si mati ..  mempunyai umur hayat setakat pagi ini.  Tidak lebih dari hari ini rezekinya untuk bersama-sama kita.

Esok dia tidak akan bersama sama kita lagi.  Semua yang berlalu tinggal kenangan abadi untuk sekalian insan yg ada.

Dunia ini tidak kekal ..ianya bersifat sementara.

Begitulah bunyi .. rangkapan ayat ayat dari kawan kawan semasa memberi sepatah dua kata untuk meredakan keadaan hati kita yg tiba bersedih .. kerana kematian org tersayang.

Betul tak?

2)  Semalam saya di klinik pertama ..

aku dapat sedikit tazkirah dari Dr Muhammad ..

'rezeki ini tidak semestinya duit dan gaji yg besar besar sahaja.

rezeki datang dlm bermacam macam cara -  dari Allah.

Kita bernyawa ini adalah rezeki.  Kita dapat hidup lagi ini .. dgn kehidupan ini ..semua darah sedang mengalir dalam setiap tubuh kita.  Bila ada rezeki kehidupan (oxygen, carbon dioxisde dtg dan berjalan ) semua tisu tisu badan sedang hidup dan melakukan proses untuk faedah kita bersama.  Bila rezeki kita tamat.. oxygen dan carbon dioxide tidak diperlukan lagi.

Kita berkawan pun rezeki.  Ada orang dapat berkawan dgn menteri.  Itu rezekinya.
Ada orang ada ramai sungguh kawan kawan. Ini rezeki dia.
Ada orang tidak mempunyai rezeki pun ..tidak ada oranbg yg suka berkawan dgn nya .. rezeki nya terhad.

Melalui kawan ..kita kadang kadang diberi makan minum secara percuma.  Ini rezeki.
Ada orang ..  belum lama berkawan pun ..diletupkan orang.  Rezekinya pendek di negara ini.  Contoh orang Mongolia itu.  Belum apa apa .. diletupkan orang .. dasyatnya orang orang ini baru jer dia berkawan.

Rezeki nya pendek.

Kita kena redha .. kita kena terima ketetapan tuhan untuk kita ini.

Ada orang berkhawin .. 4 orang ..30 tahun masing masing. Rezekinya ada di dalam perkhawinan tersebut dgn wujudnya anak anak yg ramai.  Ada yg berjaya dan ada yg kurang berjaya. Ini semua rezeki.

Ad orang baru jer berkhawin .. diceraikan oleh lelakinya.  Rezeki nya untuk hidup bersama ..terlalau pantas.  Short-circuit!  Entah ..  mengapa yer?  sekejap sangat mahligai bahagia .. 2 malam .. the end.

Ada orang bertahun tahun boleh bertahan. Cinta mereka berdua makin subur.  Rezeki nya luas.  Isteri pertama ..sibuk pinang anak dara orang untuk suaminya itu isteri ke 2, ke 3 dan mcm mcm nombor. Hebat. Rezeki nya .. di situ. Ada orang ..isterinya  pantang dengar suami nak khawin lain .. dipancungnya 2 kali berturut turut.  belum apa apa semua dah putus.  Padan muka hang. Bila melihat benda yg sudah putus .. rezeki benda itu ..setakat itu sahaja.  Redha dgn hasil buatan tangan isterinya yg gila itu. Nak buat mcm mana rezeki kau ..gitu .. boleh dgn isteri 'gila' melampau-lampau.  Ayuh ..kutip .. kutip ..jgn tak kutip ..  setakat itu jer ...rezeki kau ..untuk benda alah itu.

Terima lah se ada-adanya .. redha ..?

3)  Saya perhatikan ..kat orang .. semuanya sedap sungguuh  di katakan redha.

Bagaimana dgn .. kecelakaan itu jatuh ke atas dahiNYOR  sendiri?

Boleh kau redha?
Boleh kau telan .. semua masalah tersebut .. mayat anak yg berkecai, berdarah basah  .. buatan tangan komando polis 2 orang dari Malaysia ini?  Boleh ? (rujuk Star Peper 14 Jan 2015 ..muka surat 3 )

Ringkasnya .. sakit hati ada kot.
Orng Mongolia mcm kita juga.  Dia pun sayang kepada anaknya ..  mcm kita melayu jugak.  Tuhan buat manusia ini semua begitu. Mengapa kita menzalimi/ khianati  orang ?  jika kita berjanji sesuatu ..kita tunaikanlah. Habis cerita.

Kalau kau susah nak telan kenyataan ..orang lain pun begitu juga.  Kalau melayu payah nak redha .. MH370 ... ayah ibu Mongolia gitu juga lah. Nyawa dibayar nyawa.

Sekian.

Renungkanlah.

Wallahu aklam bis sawabb.

0 comments:

Post a Comment