bercelaru puok melayu kito nih ..

Posted by sazali

Salam

Aku sempat membaca buku Tun Mahathir 1980 - The Malay Dillema.

Bagus isi kandungannya itu.

Dari banyak banyok bab ..aku tertarik amat sangat pasal bab - pendidikan , bahasa pengantar .. bilangan guru melayu, cino, india ..


2)  Sekolah melayu tak boleh menandingi sekolajh inggeris .. bagaimana cara pun .. sekolah inggeris akan lebih ke hadapan ..dipandu laju ..kesan peninggalan orang orang inggeris.

3)  Mengikut sejarah, kerajaan british sengaja merosakkan sistem pendidikan negara ini.

pertama .dia benar ramai org cina , india masuk malaya.  Bukan membangunkan negara ini tetapi dusebabkan faktor cari pitih mudah sangat di sini.  Melayu tersangat baik budi bahasa, lemah lembut, tinggi akhlak, sopan santun, pijak semut tak mati type .. kaum ibu pakai tudung menggunakan kain palikat suaminyo sahaja ..   dan mereka cukup santai, ceria .. semua boleh .. di tanah air melayu ini.  Mu maghi tak apo ..mu tok maghi pun tak apa.

Bilangan Penduduk Mengikut Kaum Utama tahun 1957

Melayu    3,125,000                                         49.8%
Cino         2.33 Juta                                          37.2%
India            707,000                                        11.2%
Lain-lain        112,000                                       1.8%

Jumlah           6,278,000                            100.00%

rujukan:  Kamaruddin Kachar 1989 .  hlm 68

kedua ..  Kerajaan Inggeris membenarkan org org  cina dan india menetap di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang .  Sekolah paderi inggeris bertapak di bandar. Sedangkan sekolah melayu .. banyak bertapak di luar bandar.

Mengikut statistik dari buku Kamaruddin Kachar (1989) hlm 69:   Taburan Penduduk mengikut kawasan dan kaum dlm tahun 1957

Kaum                                              Luar Bandar                                   Bandar
Melayu                                              70.00                                             23.00
Cina                                                    17.00                                            65.00
India                                                   11.00                                             10.00
Lain -lain                                             2.0                                                 2.0

Jumlah                                                 100.00                                          100.00

ketiga .. sekolah cina dan sekolah tamil dibenarkan ..  berkembang di malaya sahaja ..  sekolah sekolah ini mempunyai guru guru terbilang ..majklumlah .. tanah besar .. dari India dan Cina.  Kurikulum berbeza.  Buku sekolahh dan  falsafah pendidikan sekolah sekolah ini pun berbeza berkiblat ke tanah besar masing masing.  Melayu tak ada tanah besar ..  kalau ada pun ..di Mekah ..tetapi nok gi mekah ..keno bayar tambang .. tanyo Tabung Haji tuh ..berapo lo ni kalau nok buat haji.  Murah bukan?

keempat ..  sekolah cina dan sekolah inggeris bertapak dan berkembang jauh ke hadapan dibandingkan sekolah sekolah melayu.

bila ini berlaku ..  sekolah sekolah ini selalu mengeluarkan pelajar terbaik daripeperiksaan senior cambridge / STP/ HSC  ..

dari sekolah .. pelajar pelajsaar maju ke universiti.

selain dari universiti .. pelajar pelajar berlumba lumba masuk maktab perguruan.

kelima :  .. hasil pemerintahan inggeris ..   orang orang cina dah lama maju ke hadapan.  Sektor akademik, perniagaan dan pembankan ..semua org org cino control.  Mereka leh speaking english dan mandarin.  Peluang anak melayuberkerja dgn depa ialah 0.00// bagus deh?

dari sini keluar guru guru matematik dan sains dari puak puak cina dan hindu yg sudah terbilang dan mantap.  istilah matematik sains mereeka sudah mantap macam dunia pendidikan  inggeris di London dan Amerika Syarikat.  Setengah buku buku matematik dan sains dibawa maghi dari tanah besar .. terima kasih inggeris.  Org org india ramai beragama kristian dan mereka speaking inggeris.  Oleh itu istilah matematik dan sains mereka sudah mantap sekali. Dari kemantapan ini ..mereka keluarkan produk untuk fakulti kedoktoran dan kejuruteraan di Univ Malaya.  Kalau tak  leh masuk di universiti malaya, ada cina dan ada india ..gi ngaji di India.  Jadi doktor.

Istilah matematik sains ..dalam bahasa melayu ..mula bersungguh sungguh dibangunkan oleh DBP sekitar 1960 - 1970.  Itu pun dgn  pertolongan guru guru dari Indonesia.

Dipendekkan cerita ..  payah budak melayu nak kejar budak cina dan india dalam bidang bidang tertentu.  Pertama saiz tubuh India Punjabi ..terlalu besar dibandingkan dgn saiz tubuh badan melayu yg banyak makan ikan bilis dan sambal belachan. Lagi pun kuat kesan musim tengkujuh di pantai timur masa itu.  Tok caya ..tengok saiz tubuh pemain pemain bolasepak negara ..  Sabageth Singh dan Santokh Singh ... jika di bandingkan dengan pemain bolasepak dari negeri kelate .. Dali Omar dan Wan Zawawi.  Kalau body contact .. pemain india masih berdiri gagah ,. dan pemain melayu .. sudah pun tertiarap dlm padang bola yg basah.

Bilo berlari dalam stadium ..budak india .menang dapat piala emas ..  tengok sahaja lah ..atlet negara   acara lompat pagar ..  dia masuk olimpik 1960an lagi. Mendiang gapo tuh?

Mereka faham arahan arahan ..dari pengadil luar negara.  Mereka faham track, lorong mana nak lari dlm stadium ..strategi perlawanan pun mereka faham jauh lebih laju dari pemain / atlet melayu.  Kito kena ada translator baru faham ..itu dan ini .. bila faham org org lain sudah skor goal kito .. kito melayu selalu kalah.  Skuad Hoki 1975 malaysia..majoriti pemain adalah dari keluarga India dan Cina.  Kaum kaum ini tahan lasak.  tak makan nasi 3 hari hari pun ok lagi.

Sistem inggeris ..pendidikan berbahasa inggeris .. mengeluarkan guru guru cina dan india dlm bilangan yg ramai untuk subjek matematik dan sains ..untuk keperluan ..LCE/ MCE/ HSC di negara ini (Mahathir, 1980).

Fakulti Perubatan/ Kejuruteraan / Ekonomi UNIVERSITY MALAYA ..  penuh dengan pelajaar cina dan india yg berasal dari bandar Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. (Mahathir, 1980).

Budak melayu jika pandai pun .. tak ramai dlm fakulti fakulti tersebut di UM.  Bukan di kuala lumpur - um ini ..tetapi di Singapura ..fakulti perubatan.

yang ada ..ramai pun ..di fakulti lain seperti sejarah, geografi ..tetapi serama rama pelajar melayu di situ ..ramai lagi pelajar cina dan india.  Buku rujukan di universiti semua dalam bahasa inggeris.  Bil abergraduat ..org org cina dan indi a..ambil perguruaan sebagai satu mata pencarian hidup. Pada masa itu . kerja dgn kerajaan cukup terbaik, dapat layanan terbaik dari kerajaan.  ( Mahathir, 1980).

Rumusan:  Kalau bukan pengaruh dari Dasar Ekonomi Melayu 1970 ..  tak ada lah profesor di UM, UTM, UTP, jurutera, saintist, angkasawan melayu di cerok rantau melayu lo ni.  Dari DEB ..ramai guru guru matematik sains ..mula datang dari kaum kaum melayu.  Bila ini berlaku ..kerajaan dapat membina sedikit keadilan dalam menyusun semula strata masyarakat di Malaysia ini.  Pendidikan Teknikal dan Vokasional mula dibangunkan pada akhir tahun 1970 dan 1980'an apabila permintaan industri kepada juruteknik terlatih mula diperlukan dengan penemuan telaga minyak sekitar kawasan perairan Malaysia Sabah Serawak.  (Mohd Sazali & Helmi Adly, 2012).  Pada sekitar tahun 1960 - 1970 , kebanyakan jurutera dan juruteknik bukannya dari kaum melayu. Bersandarkan fakta ini    pun ramai org melayu ..tak suka kerajaan melayu ini.  Why? Adakah disebabkan  pengaruh agama islam dari tanah arab, pakistan dan syria.  Insya allah saya sambung nanti.

Rujukan:  Mahathir , M. (1980). The Malay Dilemma. Kuala Lumpur :  XBC

Mohd Sazali Khalid., Helmi Adly Md Noor (2012).  Teaching and Learning Mathematics using CDiCL:  Sense making through computers within teamwork.  Batu Pahat:  UTHM Press





0 comments:

Post a Comment