Salam
Kita sebagai manusia dilengkapi dengan sebuah mulut masing-masing. Selain dari maksud memakan dan meminum .. mulut kita digunakan untuk berkomunikasi antara manusia .. dekat dan jauh antara 6 benua. Komunikasi yang baik membantu ..kita dlm banyak bidang.
Salah satu ucapan yg patut kita luahkan ialah ucapan terima kasih/ dan maaf sayang yer.
Saya perhatikan .. seorang ayah/ pemimpin/ pengetua payah nak .. ucapkan
1) ucapan terima kasih kepada anak anaknya, anak buahnya, guru guru bawah pengawasannya, pegawai bawahannya dan seterusnya.
Entahlah mengapa?
contoh .. se orang bapa ..meminta / mengarahkan anaknya membasuh tayar kereta dan sport rim pada satu petang .. selepas proses basuh membasuh .. saya perhatikan .. si ayah berat nak ucapkan ribuan terima kasih pun. Mengapa bah?
Mungkin SOP nya begitu kot. SOP = standard of practice .
Amalannya begitu sebagai simbol otoriti / ego / entahlah dalam sesetengah famili melayu khususnya ..dan kedua
2) ucapan memohon maaf jika boss/ pengarah tersilap fikir atau memberi teguran/ arahan .
Manusia mana tak pernah buat sebarang bentuk kesilapan. Dari 100 arahan ..mungkin terdapat 1 atau 2 arahan yg tidak tepat/ blur. Kalau ..ikut stail Nabi Muhammad s.a.w. baginda tidak segan memohon maaf ..kepada sesiapa jua ..
Dengan cara itu baginda dapat menawan hati musuh musuh islam seluruh dunia. Dengan itu islam berkembang dari tanah tanah arab ke Sepanyoll, utara Afrika, India dan terus meresap mempengaruhi jiwa dan fikiran rakyat di benua China.
Hari ini kita dengar bahawa 2 orang komando PDRM dihukum gantung kerana terlibat secara terus dgn pembunuhan model dari Mongolia dengan cara penggunaan bom C4/ eksklusif.
Mengikut amalan.. orang orang komando ini aku difahamkan berbentuk ..robot jer - ikut arahan sahaja dari pihak atasan. Rujuk filem Red Beret (USA) tahun 1960'an. Setahu aku ..mereka tidak didedahkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi / reasoning power / problem solving dan mcm mcm lah interpolation, extrapolation, forecasting, time series. econometric modeling mirip kepada pelajar -pelajar ala degree, masters atau Ph.D. Buktinya : saya ada 2 orang sepupuku tentera komando Tentera Darat Malaysia. He..he..he..
Tanpa arahan secara langsung .. manakan budak mentah 2 orang komando ini dapat berjumpa model Mongolia ini bukan? Sudah tentu ada tukang suruhnya. Siapakah agaknya insan bertuah ini?
Oleh yang demikian .. mana permohonan maaf dari pihak XYZ kpd pihak keluarga orang orang Mongolia itu? Adakah ini sesukar membentuk satu research question?
Jika Malaysia adalah sebuah negara islam terbilang .. dan negara Mongolia negara orang kapir ..
so .. where got road like this.. ?
Dalam kitab Allah berfirman dan berjanji menempatkan org org beriman ke dalam syurga sedangkan orang orang kapir .. ditempatkan ke neraka ..
so ..begitu ker urutan cerita klasik zaman moden pada hari ini? Harap harap kita bukan Pak Pandir lagi. Pak Kadok telanjang bulat tanpa dia sedar apa apa walaupun dia bersorak gembira dalam proses mengadaikan kampung halamannya kepada orang lain
Hairan bukan?
Saya rasa seseorang boleh menipu orang tertentu yg lain pada hari semalam, hari ini, hari esok ..tetapi dia tak mampu menipu semua orang yang lain di lain lain masa dan selama-lamanya . Sejarah negara akan menentukan hukuman kepada sesiapa. Masa itu telah pun berlaku pada hari ini di hadapan mata kita semua Anda yang bijak sedar tak?
jJka kita amalkan ucapan terima kasih dan mohon maaf yer .. kesilapan kami rakyat Malaysia .. mungkin boleh jadi .. huru hara tidak akan dttg ke negara ini bertubi tubi. Kelantan dimusnahkan 30% - 50% oleh banjir gigantik baru baru ini. Antara banyak pesawat-pesawat antarabangsa yg berada di langit biru , pesawat MAS , nampaknya, yg diidam-idamkan oleh pihak luar dan mcm mcm lagi bala yg telah datang kepada kita.
Anda ada jawapan tak?
Mad = polis Malaysia membunuh pelancong - ada ke patut?
Madder = semua pelakon utama nampaknya telah dibebaskan
Maddest story = rekod pelancong yg dibunuh dan dijadikan bahan mahkamah dilaporkan tidak wujud di KLIA, gila bukan? so siapa yg telah diletupkan..mak hang ker?
Sekian. Wallahu aklam bis sawab.
Tuhan Maha Mengetahui segala-segalanya termasuk cerita ini.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment