Salam
Sebagai rakyat negara ini, saya rasa kita berkeadaan di mana nafas semakin tersesak sesak, dada ketat dan sebak kerana :
1) ekonomi negara semakin teruk. Dulu anak anak Malaysia senang mendapat pekerjaan sejurus selepas pengajian. Sekarang 70,000 graduan sedang menggangur. Rupa-rupanya pelaburan pendidikan tidak dapat membantu ibu ayah di kampung. Ingat bila anak dah habis sekolah/ universiti, ibu ayah bolehlah menariiknafas yang lega.
2) tahap kualiti oxigen dalam udara ..semakin lemas. Adakah Indonesia masih membakar sampah dan tanah estet kelapa sawit nya ..dari dulu hinggga sekarang? Saya rasa tuhan nak tunjuk .. kita tak selamat sudah hidup di sini.
Ekonomi sudah 'down' , pernafasan pun dalam kalangan pensakit astma ..semakin teruk sekali.
Jalan raya , lebuh raya , tol semakin mencekik kita semua tak kira kita muda atau tua.
Dengan kenaikan harga ke atas barang-barang runcit .. kualiti rumah tangga semakin 'panas' dan menegangkan semua pihak dari sesekecil anak kepada orang orang tua yang sedang menderita kesakitan.
Bilangan rompakan dan penzinaan semakin naik. Dulu melayu dan melayu berzina ..sekarang melayu dengan orang asing(Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Thailand) pula melakukan maksiat terkutuk ini secara terang-terangan. Dulu pelacor adalah dari kumpulan orang susah ..sekarang pelacur ada yang muncul dari rumah rumah orang-orang yang standard seperti keluarga guru, doktor, dan ..macam macam
Oleh itu , kita patut buat sesuatu. Apakah itu?
3) Orang dakwah Tabligh berpesan '..kita kena korbankan masa bersungguh-sungguh .. untuk keluar khuruj fisabililahh .. ' untuk merawati hati manusia yang semakin keras dan zalim.
Keras dalam .. tindak tanduk .. mengambil rasuah dan menghisap darah rakyat jelata. Orang mencuri barangan RM1000 ditangkap, didakwa dan dipenjarakan 2 - 3 tahun. Jika ayah dalam lokap ..siapa lagi yang nak ditugaskan mencari duit untuk anak-anak.
Sedangkan ada orang besar .. kebas duit berjuta juta RM , tempoh penjaranya hanya 1 tahun sahaja.
Sekarang ada ibu dan bapa ke pejabat tanpa sarapan dan makan tengah hari setiap hari , semata mata ..sistem lebuh raya Kuala Lumpur menaikkan tolnya. Mereka terpaksa keluar dari rumah jam 0500 pagi untuk ke pejabat ... sedangkan anak anak sedang nyenyak tidur.
untuk maklluman pembaca, saya pernah berlapar untuk anak anak .. itu pun dalam 1 - 3 hari, ini lagi teruk ..setiap hari ibu dan ayah mengikat perutnya semata mata nak menyekolahkan anak anak di Kuala Lumpur/ Lembah Klang. Pagi berlapar, tengah hari berlapar .. malam malam bila pulang dari kementerian/ Jabatan/ kilang/ pasar ..tak tahu lagi .. makanan apa yg ada di rumah. Terukkan? Ini gaya filem India zaman 1950'an. Rakyat sedang menderita walaupun PM bercakap penuh bersemangat di Amerika sana .. pasal islamlah, IS lah dan hijrah. Apa maksud bising mulutnya itu?
Kasihan?
Sekian.
Wallahu aklam bis sawab
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sangat menyedihkan lagi menakutkan kerana satu demi satu ujian, amaran peringatan datang dari Allah silih berganti. Belum reda satu, satu perkara/tragedi lain pula timbul. Bila kan berakhir...? Allahu A'lam.. Jauh di sudut hati saya mengatakan bahawa Allah sedang murka. Kita mesti berbuat sesuatu untuk menarik rahmat belas ehsan Allah...dan ini memerlukan kerjasama, sepakat dari semua pihak, semua orang (tanpa dilihat status mereka), semua hamba Allah. Allahu Akbar... Ada sebuah hadis menceritakan, 'adakah Allah akan turunkan bala ke atas sebuah kampung meski terdapat orang alim di situ..?' Dan jawapannya, 'Ya'. Tidakkah mereka terfikir...? Betul kata tuan, kita tidak boleh menjadi seperti 'lembu kenyang'..
Salam Prof. Saya kagum dengan everything that you have wrote. Saya baru jugalah follow Prof. Is it possible if I make a request to you to write on 'what is the popular questions during Phd viva?'... harap sgt Prof dapat share.. I am preparing for a viva session more or less in another 3 weeks Prof.Doakan saya.Salam =)
google sazali hari Viva Ph.D . Sudah ada di situ. Bacalah.
tq ayahanda =) Please make doa for me..InsyaAllah. Amin