Dugaan pekerja zaman sekarang

Posted by sazali

Salam

Orang luar kata, bila kita bekerja dengan kerajaan ..hidup kita sudah terjamin.

Betul ke?

Sekarang dugaan bekerja .. sangatlah banyak.  Saya ingin berkongsi dua perkara sahaja ..sebab hari sudah jauh ptg ptg ..
1)  tahap kecekapan , kompetensi - banyak bergantung kepada ICT

dunia sudah berubah.  Banyak kerja memerlukan kemahiran IT dan kita kena pandai mengurus masa bila bekerja,

2)  KPI ? key performance index  - bila jadi doktor KKM/ universiti/ kementerian-kementerian utama  ..KPI nya berlainan dengan KPI orang lain di luar bandar seperti seorang guru di sekolah rendah Rambutan Rendang, KB.

Semakin besar gaji .. pangkat KPI .. semakin susah kot untuk dicapai kerana faktor usia dan kesihatan.  Lagipun mengikut statistik dari orang orang kalangan kedoktoran,

jika kita jenis berkejar kejar bekerja, balik rumah dan ke opis , ada target setiap hari , jantung selalu berdebar debar jer ..

maka banyak penyakit akan datang kepada kita tanpa kita sedari.

Penyakit tersebut ialah ..darah tinggi, kolesterol, jantung, prostate  dan ..  urat saraf dan emosi.

Benda ni jika tak dikawal ..  besar kemungkinan kita akan diserang 'stroke/ sakit jantung' , buasir dan penyakit lemah urat saraf ..

Oleh itu, berjaga jagalah dalam aspek

kebahagiaan diri dan kehidupan kita secara rutin.

Sekian.  Itu sahaja yg dapat saya kongsikan untuk hari ini.

Wasallam. Yang baik dari tuhan dan yang tak bagus ..saya lah yg bersalah.  Maafkan saya.

0 comments:

Post a Comment