Fikir ini bukan sesuatu yg mudah

Posted by sazali

Salam

Manusia dikurniakan oleh tuhan sebuah otak setiap seorang untuk tujuan dasar - berfikir.  Melalui kekuasaan fikiran manusialah ,  besi yg berat boleh bertukar menjadi sebuah jet/kapalterbang dan hasil ciptaan ini telah membawa berjuta-jutaan manusia ke seluruh dunia pada bila-bila masa. Melalui fikir, manusia di Singapura boleh mengecek Sultan Melayu berniaga air dari sungai dengan harga paling murah dan dipulangkan ke pangkuan negeri sultan kita dengan satu keuntungan yang besar.  Semua ini berlaku di hadapan kita terang-terangan dan ini membuktikan ..   buah 'fikiran' itu satu kuasa yang hebat.  Subhanallah!


2)  Dalam masyarakat melayu, kita boleh melihat strata manusia.  Ada orang berkerja membanting tulang di bendang sawah di bawah panahan matahari yang terik setiap hari ..pendapatannya sekitar  RM10,000 untuk satu musim padi.  Sedangkan seorang profesor, dengan servis komputer dan fon bimbit ..  boleh menjana wang lebih dari RM10,000 setiap bulan dan perkhidmatannya kadang kadang ..  satu dunia memerlukannya.  Minggu ini dia menaip artikel, jurnal di tepi kolam Tambun , minggu hadapan berada di pentas konferens di Eropah dan akhir bulan ..  dia mencium dahi dan tangan ibunya di Mekah / Madinah dalam satu ibadat umrah.  Mengapa?


Jawapannya ialah ..  seorang pesawah menggunakan kuasa tulang empat kerat sedangkan profesor menggunakan satu akal fikiran yang berbentuk kuasa jaringan ke seluruh dunia.  Pendek kata , 'fikir' manusia ini  banyak mempengaruhi dunia.

3)  Dalam satu kitab .. saya terbaca .. Rasulullah s.a.w.  pernah bersabda ..  satu saat berfikir untuk agama , lebih besar pahalanya dari ibadat 1000 rakaat.  Masya allah!

Apakah motif berfikir untuk agama ini?

3.1  fikir masyarakat dunia sudah rusak.  Berkiblatkan patung bernama 'Wang Ringgit, USD, Sterling Pounds ...'

3.2  bila manusia punya fikir sudah rusak ..  banyak jenayah berlaku sekitar kita.  Dulu pencuri gilakan gelang emas, mutiara, intan berlian 3 - 4 dulang di kedai-kedai  emas pekan pekan jawa di Johor ..sekarang pencuri masuk ke rumah melarikan baby, anak dan isteri pulak.  Satu organ jantung bernilai lebih dari 3 dulang emas.  Percaya tak?

3.3  ada jantan fikir untuk berkahwin ramai perempuan yg bekerja.  Motifnya .. jika isteri mati .. semua pencen isteri dia punya.  Baguskan strategi ini?  Hadiah fikir manusia bernama 'jantan' pada era  globalisasi ..

4)  Oleh itu mengapa saya bawa fokus tuan/puan ini kepada satu titik -    'fikir' Nabi Muhammad s,a.w ini?

4.1  dia mengajak kita ..  membuat usaha dakwah ke seluruh dunia.  Jamaah melayu kumpur, indon, brunei untuk berusaha ..  ke atas hati rakyat benua arab, india, cina dan afrika.

Sedangkan ..orang muslim India/ Pakistan/ Bangladesh  dihantar ke Malaysia, Brunei, Afrika Selatan  dan Indonesia ..  untuk buat usaha .. ke atas fikir manusia di negara negara serantau asia tenggara ini.

Bila manusia punya fikir sudah diperbetulkan ..  insya allah ..  semua kebaikan dan cahaya aman damai bahagia akan kembali ke dalam masyarakat dunia.  Percaya tak?  Saya rasa .. ramai pembaca ketawakan idea saya ini ..tetapi percayalah .. kita perlu berusaha atas dasar 'satu fikir membetulkan akidah manusia sejagat' dan selebihnya Allah akan bereshhhkan ..  susah apa bukan?

Memang api perzinaan cukup menakutkan, sedang membesar, panas, apinya menjulang tinggi suhu kepanasan 1000 darjah F  ..apatah lagi api dari dosa rasuah, penipuan , kezaliman, pembunuhan ..dan 1001 jenis dosa besar ..tetapi .. kita perlu buat 'fikir dan usaha agama' sahaja.  Di sini kita namakan , labelkan dakwah tabligh fi sabilillah.

5.00  Semalam anakku pulang dari UIA, Kuantan.  Dia menggadu ..dia kepenatan kerana baru pulang 3 hari buat kerja dakwah.  Sebagai ayah,  aku mampu berkata ' ..usaha agama memang payah dan memenatkan ..wahai anakku'  '  tetapi kita harus tabah dan terus berusaha ..agar dunia akan berubah dengan takdir Allah yg maha esa.  Sudahlah.  Tawakal kita pada Allah.  Kita perlu kurbankan masa senang, selesa, cuti , dan ..sedikit lagi ..untuk membantu mempertahankan agama suci ini dari terus ditenggelamkan ..

jangan bila kita ..dikumpulkan di hadapan mahkamah Allah ..  bila tuhan bertanya .. apakah bakti yg yg telah engkau hulurkan untuk menegak agama ku ?

sekurang kurangnya kita dapat memberi jawapan positif ..  aku pernah cuba Ya Allah semasa hayat aku dikandung badan

Sekian.  Fikir itu ..  mahal ..  ayuh ..marilah kita sama sama menolong agama Allah ini.  Ayuh!

Wasallam
  


0 comments:

Post a Comment