Hidup kena diteruskan

Posted by sazali

Salam

Alam dan budaya melayu selalu berkait dengan kesedihan, emosi dan angan-angan.

Ada orang melayu bersedih kerana anak-anaknya tidak boleh menjawat sebarang bentuk pekerjaan dengan pihak kerajaan bertujangkan BN.  Ada orang melayu cukup beremosi bila membaca tentang pengaruh parti lawan seperyi PAS, DAP. PKR semakin membesar dalam kalangan belia-belia di negara ini.  Begitu juga sesetengah orang melayu suka berangan-angan contohnya .. amalan agama sedikit tetapi harapannya cukup tinggi iaitu tinggal di syurga firdaus bersama-sama dgn para para sahabat nabi ..  dan sebagainya selepas proses pengadilan di mahkamah tuhan robul alameen

2)  Jika dibaca buku buku karya dari Tun Mahathir, Munshi Abdullah dan Sasterawan Negara A. Samad Said ..  mereka mengesahkan bahawa :

2.1  orang bersedih -  susah hendak maju kehadapan dalam banyak bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan sosial.

2.1.1  pelajaran -  susah nak hafal formula matematik.  Susah nak buktikan bahawa pernyataan matematik sebelah kiri dari tanda '='  adalah sama dengan pernyataan matematik di sebelah kanan.

2.1.2  ekonomi -  bila kita asyik menangis , macam mana nak promote barangan seperti tikar mengkuang, batu penumbuk sambal dan kain batik Kelantan di Pesta Budaya di Melaka, Kuala Lumpur dan London.

2.1.3  sosial -  orang bersedih dengan tangisan yang tak henti-henti -  besar kemungkinan orang lain pun turut sama bersedih.  Idea untuk memajukan kampung halaman pun selalu tersekat-sekat kerana kita sibuk mencari kertas tisu mengesat air mata.

2.2  Emosi -  benda ini bermakna perasaan seseorang.  Bila dia berduka, emosinya negatif, otak pun meracau.  Bila dia bergembira, emosinya positif dan hilai ketawa pun panjang dan ..p a n j a n gggggg juga.

2.2.1 sesetengah  ibu bapa cepat beremosi -  dan menyerang guru bila melihat banyak dakwat merah dlm buku laporan akedemik anak-anaknya.  Orang beremosi , satu sekolah, kampung, bandar dan negeri sukar untuk mengawalnya.

2.2.2  peniaga yang beremosi -  selalu buat silap dalam transaksi peniagaannya.  Benda patut kredit , dia  debitkan ke dalam akaun bisnes nya.  Kereta patut order 10 , dia bilang 100.  Wal hasil, banyak benda gagal berjalan dengan lancar dan sempurna.


2.3 Angan-angan.

2.3.1  Bila anak memperolehi semua gred A dalam UPSR, ada ibu bapa melayu berangan bahawa anaknya akan menjawat tompok pemerintahan negara atau negeri.  Bila anak dapat semua gred A dalam SPM, ada ibubapa berangan angan bahawa anaknya akan mengikuti kursus Aeronautical Engineering di Cranfield, England.  He..he..he..  untuk makluman lebih dari 5000 pelajar berjaya memperolehhi semua gred A dalam PMR/ SPM setiap tahun di negara ini sejak 2010.  Oleh itu, persaingan untuk ke Cranfield cukup sengit dan ...  he..he..he..  payah.

2.3.2  Bila anak berjaya dalam peraduan ratu cantik di kampung atau  estet perumahan .. ada ibu bapa berangan-angan anaknya ini akan bergelar isteri kepada seorang bangsawan satu masa nanti.  Untuk makluman,  kecantikan anak anak kita di rumah adalah bersifat relatif.  Tahun  2014, dia nampak cantik dan ayu pada mata pengadil berketerunan Benggali dan pada tahun 2015, dia nampak kecut, tidak bermaya lagi pada mata pengadil berketerunan semi-Cina, Mongolia semua ada  ..  itulah realitinya.

Banyak sangat angan-angan!!

Kesan kepada angan angan, emosi dan bersedih ini ..  pelan kerajaan untuk memajukan bangsa melayu ..berhadapan dengan banyak liku-liku.  Pertama, dilema melayu oleh Tun Mahathir dan sekarang, dilema melayu semakin besar bila dipimpin oleh sekumpulan manusia yang adanya skandal itu dan ini.  Terakhir ini, skandal 1MDB dengan angka ajaib RM2.6 bilion derma dari langit biru terang benderang.   (Rujuk akhbar perdana 2010 - 2015).  Sudah banyak pokok pokok kayu ditebang untuk dijadikan kertas - bikin akbar harian, majalah dan buku buku di pasaran dunia menceritakan benda alah ini.

Banyak sangat angan-angan ,  dulu belajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam matematik dan sains ; sekarang satu generasi guru berhadapan dengan cabaran KBAT (Kaedah Berfikir Aras Tinggi).

Tahun 2011 - 2013 ; Menteri Pendidikan II mengeluarkan statement bahawa 60% guru-guru B.I di sekolah - tidak kompeten sangat dalam menjalankan tugasan sebagai guru B.I. sedangkan jawatan-jawatan ini dicipta , diwujudkan  atau ditawarkan kepada mereka ini oleh pihak kerajaan KPTM ini juga.  Orang kampung yang tidak tahu B.I pun boleh merumuskan bahawa kerajaan gagal  menjalankan tugasan dengan baik dan tepat bila membuat saringan, peperiksaan lisan dan interview ke atas bakal bakal guru ini.  Kasihan bukan?

Hasil dari statement ini, ramai pakar B.I dari United Kingdom dapat habuan - mendidik semula guru guru B.I seluruh negara.  Jika tidak ada statement itu, mungkin kerajaan boleh menjimatkan wang RM1 bilion hak negara.  Betullah orang tua ada berpesan, fikir dahulu baru mengeluarkan kenyataan itu dan ini.  Nanti air liur jatuh ke atas muka sendiri.  Bila tidak berfikir, wang RM1 bilion terbang sudah.

Angan-angan?  Team bolasepak negara ..bila mengalahkan pasukan Timur Leste 1-0 ; cara laporan perlawanan itu sepertilah  Malaysia sudah berjaya mengalahkan pasukan Eagles -  Nigeria sahaja.  Peminat tidak sedar , pasukan Timur Leste ..adalah pasukan yang baru ditubuhkan oleh pihak kerajaannya sedangkan Malaysia sudah 58 tahun bertarung di persada antarabangsa.  Bila banyak berangan-angan, beremosi .. pasukan lawan seperti Korea, Jepun dan Cina sudah lama dah bertarung di Pesta Bola Sepak Dunia.

Sekian.  Kita akan maju jika ..kita kikiskan sifat sedih, emosi dan angan-angan dari kehidupan kita.  Kita kena berani berhadapan dengan realiti kalah, untung dan rugi.

Wallahu aklam.




 

0 comments:

Post a Comment