Jika ditanya , sila jawap

Posted by sazali

Salam

Ikhlas ini payah.

Sebenarnya islam itu ikhlas.
Takwa pun ikhlas.
Tawaduk pun ikhlas.  (Othman M, 1989)
Oleh yang demikian ikhlas itu merangkumi banyak bidang dalam kehidupan kita kaum melayu islam di Malaysia.

2)  Bercakap tentang ikhlas sepanjang hari ..tak tahu lagi ada sifat keikhlasan atau pun tidak ..baik pendengar mahupun penceramah tersebut.

Ikhlas sangat 'delicate'.  Ikhlas tersangatlah halus .. Pernah tak tuan/puan mendengar satu cerita dari kitab kitab lama ..berkenaan dgn 3 kumpulan manusia ..iaitu Maha Guru, Dermawan dan seorang mujahid yang terbunuh dalam peperangan ..

Dipendekkan cerita .. semua masuk neraka kerana amalan mereka ditolak bulat bulat oleh Allah Maha Berkuasa.  Mengapa?

2.1 maha guru(profesor)  itu berkata dia dah ikhlas sangat dah  mengajar ..  tetapi ..tuhan maha tahu ..  kamu berkehendakkan nama, pangkat, duit , dan macam macam ..  oleh itu amalan itu ditolak.

2.2 Sang Dermawan pun berkata ..dia membina masjid, sekolah, pondok tahfiz, sponsor itu dan ini untuk sekolah agama, sponsor lembu kurban  ..  tetapi tuhan maha tahu ..  kamu berkehendakkan ..orang mengingati mu.  Nama mu terpahat disemua dinding bangunan yg kau bina.  Label dacing Perikatan pun mu nok tampal ke atas plastik baja-baja tanaman ..supaya orang tahu ...ini bantuan kerajaan bukan .. pihak pembangkang. Oleh itu amalan sedekah dan bantuan insan ini ditolak.

2.3  seorang perajurit/ mujahid ..ditanya ..  mu mati sebab apa yop.  Dia pun berceritalah macam macam .. tetapi tuhan maha tahu ..  mu mati kerana bangsa dan negara bukan untuk agama. Oleh itu .. amalan kematian kesyahidannya itu ..ditolak.

Aduhs.  Payah bukan?  Sekarang kita kena isi borang KPI ..senaraikan semua kebajikan kita satu persatu ..biar bos dan semua orang tahu. KPI ini sebagai penyukat sama ada kita menjalankan tugas dengan baik ataupun tidak.

Komen:

Payahnya nak masuk syurga.  Sebenarnya .. syurga ni ..kita masuk bukan sebab amalan amalan mulia yang kita laku pun. Semua kerana ikhsan (kasih sayang) Allah.  Oleh itu kita kena ..berdoa supaya tuhan memandang kita dengan penuh ikhsan dan kasih sayang.  Meredai semua amalan kita dari sesekecil hingga sesebesar gunung ..  Apa itu?


  • tak pijak .. ulat dalam tandas ..itu sesekecil amalan mulia.
  • tolong orang susah dalam keadaaan kita tak berwang, anak anak kita besar kepala dari tubuhnya ...kebuluran walaupun duduk Precint 5 Putrajaya ..kerana pendapatan tak cukup Ya Allah ..ini mungkin sesebesar amalan mulia ..kita utamakan orang lain terlebih dahulu dari anak anak bini kita.


Mungkin?

Tetapi sudah ada ..panduan/ tips  ..dari junjungan Nabi Muhamad s.a.w .. bagaimana nak dapat ikhlas?

3.1  sembahyang tahajud di malam malam hari.  tak ada orang nampak pun ..buat lah dari zaman muda mu hingga zaman tua mu ..  boleh?  jika ya ..  insya allah sifat ikhlas itu akan datang slow dan slow.

3.2  sembahyang berjamaah waktu subuh .. hadhir berjamaah setiap pagi dari sekarang hingga mati ..boleh kau?  ..  insya allah jika boleh  ..keikhlasan dlm amalan dunia dan akhirawi  slow slow akan datang.

3.3  bersedekah .. apa yg tangan kanan hulurkan .. tangan kiri tak sedar pun.  Ini menunjukkan kita bahawa .. amalan sedekah sudah menjadi amalan kebiasaaan dgn kita bila berada di mana mana jua.  Di padang Jom Heboh pun kita hulurkan derma ;  di majlis paksaan pro-kerajaan pun kita beri derma kpd orang asing tetapi ada kad pengenalan Malaysia.  Kita buat demikian kerana agama.  Buatlah selalu selalu ,,jangan cepat menggungkit itu dan ini kepada sesiapa ..  insya allah ikhlas akan datang slow dan slow motion kot.

3.4  pergilah berjumpa ibu bapamu yang sudah tua ..  jika mereka tidur ..tolong jangan ganggu mereka ..  bila mereka dah bangun barulah kita berikan mereka susu kambing ke , susu lembu ke, dan macam macam ..  Biarkanlah  anak anak bini mu berlapar semasa ibu bapa mu tidur tadi ..  tunggu biar ibu bapa sudah terjaga ..barulah  semua orang boleh makan dan minum susu kambing dan susu lembu  di atas.  Buatlah begitu?  Buat selalu selalu.  Insya allah ikhlas akan datang.  [  dah agak dah ..mesti ada peperangan antara tuan dengan isteri tuan.  Jika tidak ..anak anak pun ..wajah mencuka menanti tuan dalam kereta , di rumah ..dan bnyklah komen membina akan ditujukan kpd si ayah yg nak belajar sifat ikhlas ini ..]

3.5  Ada satu cerita ..orang cina di benua CINA yg sangat besar .. mereka sanggup mendukung ibu bapa nya ke sana sini .. semata mata untuk menjaga ibu bapa mereka yg sudah tua.  Mereka tak akan lepaskan ibu bapanya susah atau berlapar walaupun sesaat .. cuba buat ..begini ..dukung ibu bapa mu ke hulu ke hilir emporium ker, fakulti komputer mu ker, majlis ilmu MASJID USIM di Nilai ke .. , keluarkan duit di ATM machine ke ..  dukunglah ibu bapa mu itu  ..boleh?   Jika mampu buat benda alah ini , insya allah ikhlas akan datang pada mu perlahan demi perlahan.   Hishhhh....

Di sana benua CINO, ada sebahagian dunia ini ada lagi orang orang yg terlampau miskin ..orang cina selalu membantu ibu-ayah mereka sedemikian rupa.  Tetapi di sini ,  bila rakyat dah kaya ..payah nak lihat benda alah ini.  Nanti orang kata ..menunjuk-nunjuk pulak kita ni baik sangat.

Saya?  payah kot ..  kerana ..saya tak pernah lagi tengok orang melayu lebih tua dari saya berbuat demikian hatta tok guru murshid saya sendiri  ... dukung ibu bapanya  ke hulu hilir .. semata mata .menjaga mereka ..tanda kasih sayang; filial dan humility  .. ..Yang saya nampak dgn mata bulat saya ialah ..orang hospital yg bersusah payah ..letak ibu bapa ke atas strecher dan tolak mereka ke dalam bilik doktor seberapa segera yang boleh.  Mengapa?  itu tugas orang hospital dah.  Berkhidmat untuk masyarakat yang tak sihat ..dan tua.

Begitulah..

Pendek kata ..sifat keikhlasan ini terlampaulah payah ..menghinggap dlm diri kita termasuk penulis blog yang serba dhaif ini tetapi

awas ..islam itu ikhlas.

awas ..taqwa itu ikhlas .

dan tawaduq itu pun .ikhlas.

Oleh itu ..dirumuskan cerita ..ikhlas itu payah tuan/puan/ adik/ kakok /   ..kecuali tuhan menghadiahkan kita sifat tersebut.

Oleh itu ..syurga ..tak ramai sangat penghuninya ..  yang paling ramai ..neraka. Kenapa? ramai kita termasuk pemimpin, ketua ketua jabatan .. kaki jack, kaki ampu  .. he he he ..  tengok tu ..  pintu ..neraka jika amalan amalan yg kita buat dari dulu sampai sekarang ..tidak ada pun keikhlasannya.  Dasyat!  Oleh itu jom minta ampun dari tuhan. Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Muga muga Allah menerima semua amalan kita dari dulu hinggalah ke hari ini.

Allah hu Akbar!  api neraka adalah 70 kali ganda kuasa kepanasan dari  api di dunia.

Sekian.  Ini sajalah  Cubaan saya yang tak seberapa, tetapi saya dah cuba ..ok?

Wallahu aklam.

Rujukan: (Othman M. 1989).  Kitab Mutiara Muballigh 3 Jilid

0 comments:

Post a Comment