Dugaan pelari - pelari tahun akhir pengajian di universiti universitas

Posted by sazali

Salam

Teringat saya belajar zaman degree tahun akhir, masters dan Ph.D.

Pelajar tahun akhir macam pelari pusingan akhir sesuatu sukan - acara marathon di Sukan Olimpik London.

banyak dugaannya ..antaranya ialah:

1) Banyak berangan angan

nak khawin lah .. nak kahwin dgn siapa lah ..

nak bawak kereta apa lah ..

nak mertua jenis apalah...

2)  Banyak berkhayal itu dan ini sedangkan project final year tak siap siap lagi.  contoh belajar programming dan I.T ..  programming cukup membunuhkan kita tanpa kita sedari.  Malam sudah menjadi siang dan siang menjadi malam.

Ada programmer terlupa ambik anak anak kerana program nya tak jalan jalan. Gilor?

3)  pakaian pun dah lain dah.

Dulu tahun 1 ..  semua jenis  pakai ala arabbiah dari Doha, Qatar dan Madinah.  Stoking kaki pakai; stoking tangan pun pakai .. hidung kempis asyik lap lap dgn tisu basah berpeluh .. cukup malu itu dan ini ..  terutama  waktu berbincang dgn kawan kawan lain luar negeri dan luar negara.  ..

tetapi semester bertukar semester .. summer bertukar winter ..suhu panas bertukar dengan sejuknya ; langit terang berubah langit berjerebu angkara Indonesia ..engkau kata ?   ..aduhai....


tiba tiba ..  seluar  pun dah mula dipakai. maklumlah ..alasan orang ialah nak naik tangga fakulti ni satu hal jugak bukan?  payah ..pakai kain labuh labuh ..


Kenapa begitu? Jawapan senang jer ..  tahun akhir brother ...  he..he..he..


4)  Dulu suka belajar secara berkumpulan ..sekarang gemar belajar sorang sorang sampai larut malam di perpustakaan tertinggi di Malaysia..  he..he...  parit raja kau bilang?

why?

malas nak menyibuk orang lainlah

malas nak tunggu kawanlah ..

jawapan nya senang ..

tahun akhir katakan.  Mesti fokus tepi tiang hampir dengan tingkap paling besar ... ma.  O yes ..internet line semua beres di parit raja ..syukur.

He..he..he.. kita mesti fokus PFY, quiz, test, exam, project, assignments

5) Ramai pelajar di sekolah berasrama penuh seperti  SMS, MRSM, .

tak ramai dapat ijazah kelas pertama pun dalam mana mana konvokesyen di universiti negara ini.  Agak agak mengapa yer?

Walaupun pensyarah majoritinya muslim, muslimat, mukmin mukminat ... sobirin sobirat ..

ironi ..  yang ramai dapat ijazah kelas pertama adalah ..kumpulan pelajar dari sekolah sekolah bukan berasrama penuh pun terutama SMJK (C), SRJK (T) .  Why?

Sila baca .. perkara 1 hingga 4 di atas.  Banyak benda terjawab di sana ..di sana... mungkinlah begitu  ..

Sebagai bekas pelajar tahun akhir .. satu masa dahulu ...  saya nasihatkan berlarilah elok elok dlm stadium banyak pusingan (red stripe lanes) ini  ..jika tidak nanti ..

kita terkeluar dari stadium ..  fault!

ramai dah penonton dok gila gila  dok bersorak menanti ..  kau menyentuh tali penamat ..tanda kau dah menang dengan ijazah kelas pertama.  Wahai adik adik ku sekalian..

Boleh?  tolong fokus dalam larian pusingan terakhir ini.

Sabarlah;  jika berjaya dan dapat berkerja ..pemandu lori treler 40 tayar pun tergila gila nak masuk meminang apatah lagi jika kau .. menjawat satu jawatan di kementerian ker;  syarikat antarabangsa ker; air asia ker; MAS ker ..  jgn kau bimbang.  Rezki berkhawin dgn org bagus bagus (agama + karier) akan datang ..  slow slow.

Ada orang berkhawin tahun akhir.  Payah adik.  Jika body kita tak kuat ..ada orang skip pengajian untuk jaga suami dan anak dalam kandungan.

Bila dah selesai pengajian .. ada orang tak mahu berkerja pula ..nak fokus jaga suami, ketrampilan suami, mertua dan kebun durian.  Putihlah mata ibu ayah kanduung mu ..wahai adik adik ku.

kau tahu tak? .. belajar ini satu pelaburan yg besar.

Banyak mana dah ..duit dan tenaga ibu bapa mu .. berkorban untuk membawa mu ke stadium untuk engkau berlari marathon antara pelari-pelari seluruh dunia di London, England ini.

Tiba tiba .. angin mana pulok lah yg masuk dlm telinga dan otak mu ..

nak jaga suami pulok dohhhh , anak dan mertua jer .. selepas selesainya satu sesi pengajian 12 - 20 tahun lamanya sejak SK, SMK, kolej matriks (KPTM) dan .

Adakah kau sanggup .. ibu ayah mu ..menumpang/ tadah tangan mereka  ..apa apa dari suami/ isteri mu sahaja?

Payah adik ..  satu pelaburan .. tolong hargailah ..  boleh?  tak lama pun . mungkin 5 - 10 tahun .. jer ibu ayah tua masih dapat bersorak meraikan kejayaan pelajaran/ karier mu itu.  Let us enjoy the final moment when the sun is setting on the horizon.  together , together ...together ..ingat tu adik ku sayang ..


Jangan lupa adik.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab




0 comments:

Post a Comment