Salam
Ramai orang mahu belajar.
Kanak kanak berumur 5 tahun sudah mahu belajar. A, B, C
Kanak kanak berumur 9 tahun sudah pandai mengira.
Murid murid pada umur 12 tahun berhadapan dgn peperiksaan tetapi sebelum itu dia belajar belajar bagaikan nak rak .. sekolah, tuisyen, homework dan macam macam yg lain ..
Begitu juga pelajar pada umur 15,17, 19, 21 dan sebagainya.
tidak ketinggalan ..Ada juga pak chik mak chik mau turut belajar juga ..degree , masters dan ilmu kedoktoran.
Syabas ..
2) Sebenarnya ..belajar nii.. tak ada yang mudah.
Kalau nak mudah.. beli sebilah sabit ..dan sabitkanlah rumput di taman , di perkarangan rumah, di kawasan rumput sekolah, ladang, tepi lebuhraya TIMUR-BARAT dan sebagainya.
Selagi ada rumput selagi itulah kau menyabit .. terus teruskan siang dan malam.
3) Ada orang sihat, gembira jer bila belajar/
ada itu .. sakit, tension, nervous dan mcm mcm benda yang lain.
Saya sudah mengalami itu semua.
4) Syukur ..30 - 40 tahun lalu .. anak anak melayu yg 'pandai' sedikit dari kawan kawan yg lain ..ditaja belajar ke seluruh pelusuk dunia.
Sekembalinya kami ..pekerjaan sudah banyak yang menanti kami.
Bukan mcm la ni.
Ada Phd pun .. ada yang sukar mendapat jawatan yg dimohonkan.
5) Apa apa pun ..sabar, cekal , tabah dan tawakal adalah ubat penawarnya. Time makan kita makan. Time tidur kita tidur. Time rehat ..rehatlah.
Orang melayu tahu .. hanya dengan pelajaran kita dapat menolong kehidupan ibu ayah di kampung. Tanya rakan rakan kamu dari Felda, Pahang.
Sekarang .. anak anak sudah senang. Tak belajar tinggi tinggi pun ..mak ayah, datuk nenek dah jutawan. Kebun sawit sejauh mata memandang. Apa susah kau!
Ada yang tamak. Sudah kaya pun ..nak menumpang memohon biasiswa juga.
Tak Malu kan?
He..he..he..
itu harta tok nenek aku ..ini bahagian aku. Itulah selalu .. alasan anak anak menteri dlm barisan pelajar dalam proses memohon scholarship, proses belajar sebagai scholar MARA dan sebagainya.
Tapi susah belajar org miskin ..tak sama dgn susah senang anak menteri belajar di mana mana.
Saya ada pengalaman ..ada anak org kaya fail programming di Amerika .. saya dicari mereka.
Dia belajar dan resit .. dari jauh saya dengar , dia sudah berjaya memperolehi 4.00 flat programming .. di Amerika.
itu orang kaya ..boleh mencari ..tutor, master tuisyen dan lain lain.
tapi untuk anak anak org kampung .. time cuti ..balik sajalah.
If rehat ..mereka tidur jer. If fail .. mereka buat apa yg patut. Lik pah, lik pah ..tengok langit ..gelap cerah gelap cerah. If ibu bapa masih menoreh getah .. harap harap mereka tak malu ..menolong ibu ayah yg susah itu. Bangun pagi pagi time 0400 pagi dan start menoreh .. bawa ubat nyamuk ..dan minyak panas anti nyamuk .. torehlah batang getah itu.
Macam macam kita berhadapan jika ..kita dari orang orang susah, more susah dan most sengsara.
Tapi ..
belajar memang begitulah adik.
tak ada yang senang.
sabarlah. Tabahkan hati itu.
satu petua.. belajar ni kalau kuat, kuater dan kuatest pun ..jangan jadi gila sudah lah.
If dapat Phd ..tiba tiba gila ..apa gunanya? Ada skrol Phd ..tetapi berlari satu stesyen bas central tak pakai seluar .. malunya mak ayah .. (gila dah dioo)
Ingat itu.
Sabar, tabah, cekal, tawakal. Mu faham kor?
Senyumlah dgn timbunan buku buku itu. Jangan ikut orang lain. Mereka sudah senang.
Tak berjaya pun ..syarikat swasta ayah depa sudah lama menunggu ..CEO .. kawan kawan andalah.
Dari jauh .. saya doakan terbaik untuk tuan/puan/ cik adik semua.
Allah Maha Kaya. Bukan susah sangat ..DIA mahu menolong kita kan?
Doakan ..jangan putus putus .. sekali pun.
Mati time belajar ..syahid. Insyallah. Pokoknya ..lillahi taala.
Wallahu aklam.
Kita ikut nasihat ibu ayah .. ikut pesan ayah sok mo sok mo. Insyallah selamat.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment