petang khamis malam jumaat sudah

Posted by sazali

Salam

Cepat sungguh masa berlalu.
Zaman sekarang tidak sedar hari siang sudah hendak menjadi malam.
Dulu lambat sedikit masa berputar. Puas menunggu. Sebab itu ada bidalan ' seperti menunggu buah tak jatuh.  Pungguk merindukan bulan. ' membawa maksud .. satu pekerjaan yang sia sia kerana pungguk menunggu lama sekali pun ..bulan tak kisah pun. Bulan tak ada perasaan sedikit pun. Penat menanti, menyanyi dan guling guling dari atas lereng bukit.

Jika berpuasa, lembik dulu badan si anak baru datang waktu berbuka.
Sekarang sudah lain... itu lain, ini lain.  Berhati hatilah. Zaman menunggu sudah hilang dari buku catitan manusia. Sekarang multitasking. Satu masa macam macam kerja dalam benak fikiran manusia. Contoh mudah. Jam 5 ptg ..ibu nak balik rumah tetapi kita jemput anak anak di nursery. Makanan baby tempah pesanan atas wayar sahaja. Online shopping?
Masya allah. Masa cukup cepat berlalu.

2)  mengapakah begini?

Adakah kita di ambang kiamat?

Tanda tandanya banyak seperti

Ramai orang miskin sekarang sudah kaya raya.
Anak anak memuja rakan rakan taulan melebihi dari menjaga hal ehwal ibu bapa.
Ibu bapa tiba tiba jadi orang suruhan si anak. Silap sikit masuk formula susu, ditengking anak macam ibu si anjing kurap. Kasihan?
Orang biasa ..tiba tiba berlagak tahu serba serbi tafsir al quraan yang agung. Astaghfirullahal azeem.
adakah sama orang menuntut ilmu dgn pengorbanan yg besar meninggalkan kampung halaman dengan orang belajar agama di hadapan peti t.v berbayar? Sausana pondok madrasah samakah pahit getir dengan rumah orang serba ada?
samakah tahap keyakinan itu berkaitan kebesaran Allah dalam hati dan jiwa manusia?
adakah kita sama?
Kasihan yer?

Begitulah peredaran zaman.

Hanya dengan dakwah kita boleh perlahankan kehancuran alam ini.
Selagi ada makhluk yang berzikir dengan kalimah taiyibah la ila ha illa llah ..selagi itu Allah tak akan hancurkan alam ini.
Ini arwah Hafiz Patel Dewsbury selalu sebut sebutkan. (Alfatihah).
Syukurlah.  Orang yg terlibat dengan gerakan dakwah hendaklah bersyukur banyak banyak kerana dari bilion bilion orang, Allah yang Esa memilih kita merasai saat sukar duka nestapa menjadi daie Allah. Sepagi sepetang di jalan Nya ..lebih baik dari dunia dan seisi isi nya. Allahu Akbar. Seringgit dikurbankan untuk menegak hukum hakam Allah dibalas dengan 700,000 ringgit oleh komputer tercanggih kepunyaan Pencipta sekalian alam.
Dengan dakwah..orang biasa
Seronok menghantarkan anak anak ke sekolah tahfiz. Ramai wanita berani pertahankan maruah islam dirinya di bumi Eropah, Amerika dan di atas awan (pesawat).

Tetapi tanpa dakwah, tanpa disedari rumah ustaz ..kemungkinan ada anak yg terlucut solatnya.
Tanpa dakwah, umat hilang fikir pasal Allah dan agamanya. Umat makin hilang makna islam itu percaya pada yg ghaib semata mata.

Ayuh ..jgn tergolong dalam golongan orang  orang yg lalai.

Insy allah.

Walaupun masa cepat berlalu, doakan agar zuriat zuriat kita selamat dari semua godaan dunia, jin dan syaitan. Manusia nampak tersangatlah maju tetapi awas ..syaitan dan iblis lagilah maju ke hadapan. Jika tak dijaga, mungkin amalan kita sia sia kerana semua nak ditunjuk kpd manusia. Makan berbuka puasa pun tunjuk..hatta tawaf di depan kaabah pun nak tunjuk jugak. Niat dan amalan ikhlas di mana? Aduhai ..pulang tanpa ada lagi amalan yg bernilai positif di sisi Allah. Mahu kau?

doa dan usahakanlah bersungguh sungguh.
Allah menjaga kita.

saya menulis bukan nak menunjuk saya orang baik.  Tetapi ..kita saling berwaspada. Semua yg baik dari Allah, yang tak bagus bagus semua dari saya.

sekian.
wallahu aklam

0 comments:

Post a Comment