Fadhilat ziarah menziarahi

Posted by sazali

Salam

Manusia ada hubungan kekeluargaan masing masing.
Saya mempunyai ibu ayah dan adik beradik termasuk sanak saudara jauh dan dekat.
Ini belum termasuk sahabat taulan dari bangku sekolah, universiti dan pejabat pejabat (sekolah, politeknik dan universiti).

Kalau di ambil kira jiran tetangga dan orang orang kampung, jaringan persaudaraan kita cukuplah besar dan meluas.

Syukurlah.

Dari ini kita dikurniakan kasih sayang dan perasaan muhibah.

Fadhilat ziarah ialah

1)  mengikut hadith Rasulullah s.a.w. orang yang menjaga siratul rahim antara manusia..
Allah murahkan rezeki dan umurnya. Sohih.

Oleh itu, sesiapa yg ingin umurnya panjang dan sihat ..jagalah perasaan satu sama lain.

1.1  musim kenduri kendara, ringan ringanlah tulang ..tolong ibu saudara, paman dan pak manakan masing masing.

Jangan berkira.
Ini masa mereka menerima menantu dari seberang.
Jika mereka seronok, kita pun seronok jugalah.
Jangan mencuka.

Kalau tenaga kita mahal, seluk poket dalam dalam dan keluarkan sedikit belanja.
Contoh RM100 ke dan kalau susah RM1000 pun apa salahnya.

Sekali sekala?
Contoh sebulan gaji Rm5000 ,SETAhun RM60000 ..tak kan tak boleh hulurkan RM1000 untuk majlis kenduri paman kita ini.

Cuba?

1.2 bila mendengar jiran kita sakit, ziarahlah dia.
bertanya khabarlah ..sedikit sebanyak.
Setiap langkah orang yg menziarahi si pulan bin si pulan yang sakit, setiap langkah menghapuskan dosa. Allah Taala memandangnya dgn kemuliaan. Insya allah. Itu belum kira ..dgn buah tangan seperti limau mandarin dan buah anggur peranchis. Insya allah?

1.3 jika ada kematian di hujung hujung kampung, datangilah ia.
Tunjukkan kita pun menumpang sedih dan dukacita.

jika anak anak si mati itu ramai, tolong tolonglah mereka. Usap usap rambut si anak yatim itu. Banyak pahalanya pak?
Paling berkesan, ambil ibu mereka gak. Boleh pak?  Susah sangat ke?

itulah kesudahannya ziarah mu itu.
 Insya allah.

2.0  banyak buah buahan, kueh tradisional boleh dijual di luar Hospital Besar.
Bila ramai kita saling ziarah menzisrahi, banyak jugalah buah buahan dan kerepek kering ( Parit Raja) yang dapat dijual. Ada orang menumpang rezeki.

Ramai orang dapat menumpang rezeki. Di KotabBharu kakak kakak jual buah, dodol perasa durian tumpang gembira ..stok sudah mula laku.
Dulu beli satu, hadiah satu.
kadang kadang beli satu, dua free. Kalau pergi ke gerai dekat dekat maghrib, silap silap haribulan ..kita beli 2, semua benda lain free. Masya allah.

Dalam keadaan begitu, masyarakat hidup aman damai dan bahagia.

Sekarang ..banyak benda berkira.
Timbang menimbang. Kalau jujur, baguslah.
Tetapi sayang ada yg tidak jujur, Buah buah d atas elok ...buah buah di bawah banyak yang sudah busuk, kecut, piut dan berair.

Dulu kita seronok membeli buah buahan untuk maksud ziarah..

sekarang hati cukup bengkak. Buah elok 4 biji, buah tak elok 6 biji.
Kadang kadang pesakit pun merajuk. HE ..HE ..HE. what to do bro?


3.0  Nanti kita sambung lagi.
sekarang saya ada tetamu. Maaf. Saya kena layan dgn mulut manis, lidah manis dan senyuman manis manis. Insya allah
Murah murah rezeki ku hari ini dan seterusnya.
wasallam.

0 comments:

Post a Comment