Salam
Pernah tak anda menyaksikan seorang pelari marathon di Olimpik atau di stadium di negara kita beraksi?
Apakah sifat sifat penting pelari terkenal ini?
2) Betul ..mereka ..mempunyai tubuh yang kurus, tinggi, kaki panjang .. dan yang unik mereka tak senang mengaku kalah berlari dalam panas atau salji di mana mana jua// Sifat juang mereka terunggul dan cukup menyerlah. Mereka tak kerap berhenti untuk minum air sepanjang larian marathon tersebut.
3) Kita jika belajar peringkat tinggi ..masters/ Phd ..kita kena meniru sedikit sebanyak ciri ciri pelari marathon tersebut. Ini pandangan dari sayalah. Kena ada mental dan fizikal stamina.
fizikal ... mengharungi cuaca buruk, angin kuat dan
mental ... tekun menulis laporan, jurnal dan tesis
3.1 kena sabar ..dok luar negara terutamanya
3.2 jika tak siap 3 tahun .. pikir 3.5 tahun ..jika tak siiap jugak .. fikir 4 tahun dan seterusnya
3.3 bila melebihi 3.5 tahun di sana..selalunya biasiswa kerajaan dihentikan. Pandai pandailah nak hidup di sana. Kita nak hidup. Isteri nak hidup dan anak anak nak hidup di sana.
3.4 kita kena berlaparlah sedikit sebanyak kerana harga barang makanan agak mahal juga
3.5 pakai baju baju bekas junior dan senior yg sudah tamat pengajian degree, masters masing masing. O yer..mereka tak perlu bawa balik baju baju tebal begini kerana cuaca di tanah air tidak sesuai sgtlahhh. So dgn redha mereka lepaskan baju baju dan anorack mereka itu kpd anda. Itu pun ..sudah bernasib baik. 10 org dah balik, kita seorang sahaja yg tinggal bro.
Sayu hati melihat kumpulan graduan yg pulang lebih awal dari kita. Bilakah giliran kita yer sayang?
4) Dulu saya belajar peringkat tinggi pun ..lama jugak ..nak siap tesis phd itu.
Ramai orang ketawakan saya ..terutama mereka yang seangkatan dengan saya. Mereka fikir ..tidak ada faedah apa apa. Pengetua tak ada masters dan phd pun ...dg54 jugak. Profesor Madya jugak mereka. Rezeki tuhan. He he he. Ada spm saja pun ..lebih dari pangkat pengetua lo. Ha ha ha. Negara ini unik. Syukurlah, ustaz ustazah bilang atas masjid dan surau. Islam pun unik.
kadang kadang ada juga terdengar kawan kawan kelate royak gini ...wat phd wat babi apa?
Tetapi mereka tak tahu ..
saya bekas pelari marathon di peringkat sekolah menengah, daerah dan kolej di England. Di sekolah ...target larian saya sekadar pingat gangsa sahaja. Jadi pesaing saya hanya 4 orang pelari sahaja. Sama ada dia dpt medal bronze atau pun saya. So far dari 10 perlumbaan , saya kutip 10 gangsa. Larian 1500m , 3000m, 5000, dan 10000m . Ha ha ha. Tak ada harga apa apa. Tetapi medal emas pun tarak harga juga. Sekadar seronok pada hari itu jer. Tetapi cukup bangga naik atas rastrum apa itu ..ada nombor 1,2 dan 3. Pemenang pertama berdiri gagah di atas sekali. Pemenang perak , di bawah sedikit dgn pingat peraknya. Aku pemenang pingat gangsa terbawah sekali. Rendah diri rasanya..tetapi better bronze rather than nothing. Betul tak?
Saya suka berlari ..
jangkaun 1 langkah saya tak lah besar mana pun tetapi ...dari titik 'A' ke titik 'B' insya allah saya akan sampai insya allah.
Satu zaman yg lampau ..
ada pelari marathon tersohor eropah .. Ron Hill namanya 1975/76 ..kami berlari bersama sama. Dia mat salleh. Saya md melayu. Berlumba konon konon. Ramai lg pelari..beribu ribu ramainya. Badan mcm mcm saiz. Ada dada berbulu. Ada tu tak ada dada pun ada. Ha.ha..ha..betis depa bnyk berbulu .. lebih cantik dari bulu benggali jual roti sapu mentega. Why? Warna bulu perang lah.
larian sejauh 30 km dari bandar Grantham ke Grantham juga tetapi pusing bnyk kpg halaman ceruk peruk kpg mat salleh sana. Jumpa kandang kuda, kandang babi mat salleh semua. Busuk jugak kawasan peliharaan binatang @haiwan mereka rupa rupanya. Ingat tak busuk. Tetapi di situlah saya sedar...tuhan buat kita ni semua busuk rupa rupanya. Larian masuk kebun apple dan strawberry orang. Sedap berlari waktu pagi. Udara segar dan sonok tengok org perah tetek lembu atau kambing. He he he. Sekali di perah ibu kambing mengembik juga. He he he. Sonok sonok pun ..ingat aku sedang berlari ni. Jgn khayal apa apa ...kau tu sedang berlari. O yes .. Pekan Grantham lebih kurang 20 batu dari Nottingham, England sahaja. Inilah tempat Sir Isaac Newton berasal. Begitu juga Lady Margaret Thatcher Iron Lady tu datang.
Perlumbaan larian marathon ini bermula Sabtu jam 0730 pagi lagi di hadapan Dewan Besar Majlis Bandaran Grantham. Musim winter/spring begitulah. Keadaan pagi kabus. Tak berapa terang .. cuaca. nak petik strawberry pun takut ..terpetik benda lain kerana .. di sana tersalah petik , BOBBY Polis nya datang mencari kita. Bunyi siren .. kereta polisnya kuat dan terang. satu lorong East Road Grantham akan hebuh ..... pasal kita terpetik buah strawberry tak masak pun. Bahaya... bukan macam di sini .. satu kementerian belia dan sukan ..boleh kena hijack. RM38 juta hilang lesap dan ..menteri dulu dan sekarang .. just say ..i don't know that happen ke?
Orang putih berlari marathon ..mereka berlepas 730 pagi ..jam 0900 pagi dah sampai dah. Laju je larian mereka.
Kenapa?
Langkah mereka 1 bersamaan dengan langkah saya 3.
So jika depa sampai 1jam setengah untuk 30 batu
saya sampai 4 jam setengah.
Ramai dah penonton pulang ke rumah masing masing waktu saya sampai ke bandar Grantham tu. Kalau tak pulang ke rumah , mereka sudah lama pergi membeli belah di pasar minggu atau supermarket .
Tiba tiba selepas 5 jam saya barulah sampai. Penat nak mampus rasanya. Syukur tak ada geng melayu zaman itu. That time ..lebih baik bawa bf gf ke London, Manchester lah. Lagi bagus dari memberi semangat kpd orang macam saya ni. Ha..ha.. dulu budak2 handsome jer dpt gf yg lawa.
tak caya ...buat survey ...lekas? He..he..he
ok lets go back to the main point again
Tak ada tepukan gemuruh untuk orang sampai selewat itu tetapi ..saya tidak peduli mana.
Yang penting .. saya sudah tamatkan larian tersebut. Syukur ada 'Girl Guide' mek salah menghulurkan sedikit minuman untuk saya. Mereka sibuk dah nak balik. Ada yg mengucapkan great ..you completed the race at last. He..he..he.. rasa rasa saya lah tercorot. O LUPA 75% pelari berhenti berlari separuh jalan. Tak laratlah tu. Tempo larian cukuplah laju. Ikut rentak pelari eropah. Celaka betul.
Begitulah pelari marathon.
Kami tak sibuk nak hadiah apa apa ..
yg penting .. target larian tercapai. Dari titik mula A ke titik akhiran B .. aku jumpa juga titik B .. dan syukur aku masih hidup lagi petang sabtu itu.
5) Begituulah pengajian peringkat ;phd' ini.
saya tak kisah .. rintangan itu dan ini ..
isteri susah; anak anak susah; ibu ayah .. susah; ayah meninggal
duit tak cukup , penulisan teruk .. saya kena kutuk oleh SV ..itu dan ini ..maklumlah tok nenek aku bukan native english pun...aghhh aku tak peduli.
Dengan berbekalkan semangat juang pelari marathon dari Kenya, Tanzania tadi .. saya terus siapkan pengajian phd saya .. dengan sabar, tabah, cekal dan tawakal. Kadang kadang kena tegur oleh SV ..dlm biliknya ...anak anak beringusnya pun ada. Malu jugalah saya.
kadang kadang suaminya pun ada. Dalam opisnya. Tetapi aku wat dont know jer. Paling teruk,
Saya hanya menunggu surat dari fakulti ... lama nya pengajian mu ini. tak habis habis ..sabar sangat2 kami menunggu kau bilo nak abis ni. Disebabkan lama sangat ni.. kami istihar kamu gagal lah! tetapi tunggu punya tunggu surat begitu begini pasal gagal kandas..tak kunjung kunjung tiba. Surat pengistihaRan saya kandas sudah belum dikeluarkan oleh pihak sekolah paska siswazah.
Tak ada pun. Oleh itu aku terus berjuang dlm keadaan separa malu dan separa penat kerana tubuh badan sudah kerap berlapar. Aku berlapar. Isteri berlapar. Anak anak jgn cakaplah. Bila ingat itu semua...boleh menitis satu dua titik air mata.
Otak saya selalu membilang .. jika dia dapat phd , suami dia ada phd.. tak akan aku tak dapat ..
apa kurangnya aku?
5.1 kaki ada
5.2 tangan ada
5.3 otak ada
5.4 sijil sijil semua ada
5.5 komputer ada
5.6 kawan kawan baik semua ada
5.7 isteri dan anak anak ada
5.8 yg penting Tuhan itu ada .. tuhan bersama sama dgn org yg sabar bukan?
tetapi awas .. kita cukup mampu sempurnakan larian .. jika kita tak ikut hati ..tak ikut kawan nak memancing ikanlah, tengok kereta merz buruk orang lah, tak sibuk belajar main golflah , main software saham kaya lah
kita terus fokus dgn kajian dan penulisan kita tanpa mengenal jemu siang dan malam.
insya allah kita akan capai juga ' phd' itu insya allah ..seperti pelari marathon ... sentuh juga titik akhir larian nya itu .. di dalam stadium .. penuh orang bersorak memberi tepukan tanpa hentinya.
Begitulah .. sahabat sahabat ku.
Jangan takut. Allah ada dengan mu itu! Tanamlah semangat juang sampai mati itu.
Satu hari nanti sehari sebelum sy bersara 100% saya akan rakamkan ..apakah yg terkesan selepas perjuangan sebegini rupa. Insya allah. Muga muga umurku panjang wahai Tuhan.
Wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dr,saya ada dgr research university ssh nk terima org yg habiskan phd 5 tahun bekerja dgn diorg..yeke?
Jika ada rezeki ada. Jangan khuatir puan/adik. Tetapkan iman, taqwa dan teruskan usaha murni mu itu. Ameen
Tuan yg mulia..saya suka pada semangat tuan yg tidak mudah menyerah kalah..semoga saya juga mendapat semangat sebegitu..kata-kata 'Allah bersamamu' begitu terkesan sekali..baru-baru ini saya kehilangan ayah tercinta..sedihnya sayalah satu-satunya anak yg tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir atas faktor tinggal berjauhan..namun saya redha dan berasa sedikit lega lebih-lebih lagi saya 'mampu melihat' senyuman terukir di wajahnya ..cuma kadang tak dapat dinafikan hati ini terlalu merindu..membaca 'Suara Hati Ayahku' membuat saya bertambah rindu & tertanya-tanya apakah suara hati ayahku yg terakhir? Saya perlukan semangat juang seperti tuan untuk meneruskan perjalanan hidup..moga Allah SWT mengurniakannya pd saya..
Tuan yg mulia, doakanlah semoga roh ayah saya bersama orang-orang yg Allah kasihi..ayah kami seorang miskin telah menggunakan tenaga 4 keratnya untuk membesar & mendidik kami..sejak kami kehilangan emak, dia tidak pernah berkahwin lagi..alasannya kerana terlalu sayangkan arwah emak & mahu emak menjadi satu-satunya, isterinya di dunia & akhirat..kami masih ingat bagaimana dia kerap membantu orang lain sedangkan dia sendiri dalam keadaan memerlukan..moga Allah SWT mengurniakan kami anak-anaknya sifat-sifat kebaikan sebagaimana ayah kami..bagi kami, dialah ayah yg terbaik! Al Fatihah.
(Maaf tuan, saya telah agak melalut..mungkin kerana saya terlalu rindukan mereka..)
Ameen saya doakan arwah ayahmu aman damai selamat sentiasa di sana. Ameen. Tak ada ayah dan mak ..buat baik kpd rakan rakannya, derma masjid dan anak yatim atas nama mereka li lah hitaala. Ameen.