Fadhilat ilmu

Posted by sazali

Salam

Fadhilat ilmu

1. Tidur seorang yang berilmu lebih baik dari terjaganya 1000 orang abid.

2. Dinaikkan  darjat orang beriman dan berilmu dgn beberapa darjat yang tinggi

3. Orang yg menuntut ilmu akan dimudahkan ia memasuki syurga melalui ilmu halal dan haram yang diperolehinya.

4. Diampunkan dosa/ orang yg tidak berilmu hatinya sakit dan kemungkinan hatinya akan menjadi mati.  Hati mati tidak ada perasaan kasihan belas kepada anak kecil dan ibu yang sakit. (Ihya Ulumiddin, 2009)

5. Orang yg keluar menuntut ilmu , makhluk makhluk Allah yang lain akan berdoa ke hadrat Allah untuk mengampunkan dosanya.  Banyak dosa seseorang seperti mengkhianati orang, cemburu, mengumpat, berbohong, mengelat dalam bidang timbang menimbang gula, beras, buah-buahan, plagiarisma, membuat tuntutan perbatuan secara palsu, masuk lewat dan keluar awal kelas di sekolah, menghina orang, tidak menghargai susah payah isteri yg sarat mengandung untuk menyediakan sarapan, sahur dan menguruskan pakaian suami dan anak anak, memandang serong kebaikan orang, tidak mengikut perintah ketua yang jujur, amanah, tabligh atau kelebihan orang dan mcm mcm lagi.

Mengikut Abu Dhar r.a.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda".. sesiapa yg keluar dari rumahnya untuk mempelajari 1 ayat Al Quraan Nur Kareem  ,..  ini lebih mulia dari 100 rakaat nafil solat dan sesiapa yg keluar mencari 1 bab ilmu agama sama ada boleh diamalkan atau tidak, ini lebih mulia dari 1000 rakaat nafil solat" Targhib.

6.  Diberi ikan seekor sekali makan sahaja habis ngapppp tetapi dengan ilmu memancing, kita boleh hidup lebih lama sepanjang hayat bersama sama dengan anak isteri.  Insya allah.

7.  Ilmu ada 2 macam kategori.  Pertama, ilmu fardhu ain dan  kedua, ilmu fadhail.  Adab membaca Al Quraan ..tartil, membaguskan bacaan.

Hadith :  Allah Taala tidak akan menerima suatu amalan yg didalamnya terdapat seberat debu yg berupa riak (bermegah-megahan). 

Allahu Akbar!



Sekian.

Rujukan

1. Kitab Fadhail Amal.  Karya Maulana Zakaria 1960 . Saharanpun. India.

0 comments:

Post a Comment