Graduan di Serawak

Posted by sazali

Salam

Mengikut akhbar Star (Malaysia)  hari ini,  Rabu 9 MARCH 2016,
terdapat 40,000 graduan yg belum bekerja di Serawak hingga setakat ini.

Kedua, mengikut akhbar yang sama, bilangan ustaz uztazah terlalu ramai di sana. Oleh itu, Kerajaan Serawak menawarkan ustaz untuk jawatan pentadbiran dan bukan lagi untuk mengisi jawatan guru siswazah DG41. Kasihan ustaz, ustazah? Mereka suka bersyarah dalam Bahasa Arab dan mengajar berkaitan agama kepada rakyat di sana. Jadi A.D.O jer, payahlah softskill dari Mesir, Jordan, Maghribi dan Syria ni. Lagipun, 10 daerah di Serawak, hanya 10 ustaz jer diperlukan. Yang lain bagaimana tuan?

2)  komen seterusnya

2.1  gelaran graduan cukup mengelirukan di sini.
Selalunya mereka yang sudah tamat pengajian ijazah di universiti , bergelar 'graduan' atau graduate.

Kalau 40,000 graduan ..semua lulusan universiti ..rasa rasa cukup mengelirukan masyarakat di Malaysia.

Ini bermaksud, pihak kerajaan tidak bijak dalam beberepa segi.
Pertama penawaran pengajian dan permintaan industri.
Kedua, gaji ok ke? Kalau rendah sekadar RM1900 ke bawah sebulan , graduan universiti tidak berminat sangat.
ketiga 3D ke?  Dirty, dangerous dan difficult ke? Nanti kerja 5 hari sudah mati anak sulong orang kannnn.

2.2  adakah 40,000 ini termasuk pemegang diploma dan sijil politeknik Ketua Menteri?
Kalau begitu,

bukan semua 40,000 ini pemegang ijazah pertama lah. Oleh itu, manakah angka sebenarnya?

2.3  Ketua Menteri tak sedar kah istilah graduan ini?

Di mana pegawai kerajaan seperti U.P.E.N (unit perancang ekonomi negeri)?

Selalunya ..pegawai UPEN  atau pegawai dari pejabat buruh dapat menangkap bahawa angka

40,000 ini adalah termasuk pemegang ijazah pertama, diploma dan sijil politeknik yang masih mengganggur.

Oleh itu 40,000 tidak tepatlah.

2.4  pada pendapat saya angka ini terbahagi kepada tiga kumpulan

3,000 graduan ijazah pertama
12,500 graduan diploma politeknik KPM, IPTS
24,500 graduan adalah pemegang sijil politeknik, kolej komuniti, STPM
SPM dan PMR

begitulah dan setakatlah ini dulu.


Kita beri peluang orang lain turut memberi komen yang membina.


Sekian.




0 comments:

Post a Comment