Salam
Selepas Ogos, datanglah September.
Hari sudah bergerak. Sedar tak sedar hari terus bergerak.
Masa tak menunggu kita.
Masa terus berubah detik demi detik , minit ke minit, jam ke jam
Masa tidak menunggu kita.
jam tangan yahudi .. jarum detiknya bergerak.Jam tangan kristian pun bergerak tik tik tik.
begitu juga jam tangan orang melayu ku. Terus berdetik.
2) Bulan september, oktober, november
Banyak benda penting akan berlaku. Insya allah.
2.1 peperiksaan tahunan UPSR, PT3, SPM, STPM
2.2 peperiksaan lisan viva phd, sarjana
2.3 laporan tahunan
2.4 penutupan akaun jabatan, organisasi
2.5 SPRM, polis .. mereka sibuk dengan kerja masing masing
2.6 KPI - key performance index semua pekerja?
3) Untunglah jika kita termasuk orang yg jujur
Amanah, tabligh
3.1 pelajar jujur , amanah ..mereka sudah bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan sejak bulan januari lagi. Kalau result cemerlang, ramai orang cari.
3.2 pemimpin amanah ..rakyat boleh nampak. Semua jelas kes betul atau semua tipu
3.3 polis jujur, pemimpin jujur..dia tak takut dengan sesiapa pun kecuali tuhannya
Yang mempunyai kuasa mutlak memberi nyawa dan mematikannya pada bila bila masa
3.4 pegawai yg belot, curang, .. mereka tidak boleh lari dari perasaan bimbang, gerun, cemas maklumlah ..seorang demi seorang rakan rakannya dicekup oleh pihak berkuasa( rujuk akhbar STAR 31 ogos 2016)
4) Oleh itu saya mengajak diri saya terlebih dahulu dan sahabat2 jauh dan dekat
Marilah kita hidup dgn baik dan beramanah.
4.1 tak perlu pangkat tertinggi tentera pun, amanah yg diberi kita buat yg terbaik
4.2 tak perlu belajar tinggi melangiti, kita jaga jer skop kerja kita secara terbaik
4.3 tak perlu rumah, istana dipenuhi dengan bunga bungaan mewangi dari kedai cina sekuntum beratus ratus ringgit kosnya, jika kita amanah..tidur kita cukup selesa
4.4 tak perlu kenderaan mahal pun ke opis, jika kita amanah, jujur, fatonah
Kita akan selamat dunia dan akhirat.
4.5 tak perlu isteri cantik
Tak perlu pakaian beribu ribu ringgit satu set warna dari hujung rambut ke buku lali
Tak perlu beg wanita terkecil, berjenama di dunia pun ..
Jika kita elok akhlak diri
Tuhan akan menjaga kita untuk terus hidup
Aman, damai, selesa dan ..tidur cukupnya lena. Dalam tandas ..just push. Semua sihat, tenteram, sejuk dan puas.
Begitulah isi kandungan
kitab suci Al Quraan dan Kitab Hadith hadith Radiatus Solihin.
Cuba semak ..
Betul tak? Jaga amanah tu wahai anak.
Dari jauh ibuayah kalian mendoakan si anak terus berjaya di dalam peperiksaan itu.
Ameen ya robbal alameen.
Itu sahajalah kemampuan orang tua mu. Ameen.
sekian.
wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment