time hidup

Posted by sazali

Salam

Kita hidup hanya sekali. Penganut Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi atau Islam semua diberi time di sini (atas muka bumi ni)
sekali sahaja.  Tidak lebih dari itu.  Maaf yer?
Walaupun begitu kita diminta berusaha bermacam macam dalam tempoh yg sungguh terhad.

Pertama ada orang berusaha dalam perniagaan.
Kedua tanam tanaman.
Ketiga usaha atas darat dan lautan iaitu pembangunan negara.
Keempat usaha atas pelajaran ilmu.
Kelima usaha mengamalkan ilmu yang ada. Ganjaran adalah dlm bentuk darjat, pangkat dan gaji.
Keenam ..usaha atas fikir. Bila orang memikir sesuatu dengan cara bersungguh sungguh hati ..besi yg berat pun tiba tiba bertukar menjadi pesawat dan satelit.
Ketujuh usaha atas kepercayaan.
Kelapan usaha atas udara (traffic controller).
Kesembilan usaha atas akhlak isteri dan anak anak. Modal insan adalah tersangat penting. Ada ibu ayah menjadi sasau bila anak perempuannya dilarikan orang. Runtuh akhlak gadis/wanita hancurlah seluruh tamadun manusia.
Kesepuluh ..usaha atas agama.
Akhirnya usaha atas hati budi manusia.

Begitulah adik adik.
Di sisi tuhan usaha terbaik ialah
Usaha atas keimanan kita.
Dengan iman
Kita dibayar syurga.
Tanpa iman
Sia sialah semua usaha kita tu.

Rujuk Al Quraan.
Sabar dlm usaha itu.

How?  Usaha atas solat kita 5 x sehari. Usaha atas ilmu dan zikir tu. Usaha atas muamalat kita sesama manusia.  Usaha atas keikhlasan hati mu.  Usaha atas keupayaan individu untuk berjuang mengembangkan agama ke seluruh dunia hatta di kampung berlandskap tundra mahupun pampas, Argentina.

Boleh?

Insya allah berjaya kita.
Ameen ya robbal alameen.

0 comments:

Post a Comment