cubaan pertama payah sempurna 100%

Posted by sazali

Salam

Dalam hidup kita cuba macam macam.

Zaman purba dahulu, jika pemburu muda ditugaskan untuk memburu seekor kancil untuk makanan sekeluarga pun..semua orang faham.
Cubaan pertama mungkin berjaya dan mungkin tidak.
Jika berjaya
Semua orang gembira.  Maklumlah kancil bakar enak rasanya.

Jika tidak
Semua orang sanggup berlapar.
Kefahaman inilah meniupkan semangat si pemburu tadi
Untuk terus berusaha memburu makanan sampai berjaya untuk terus hidup di Padang Pasir Sahara, Gobi dan Tundra.

Puncak kejayaan zaman itu
Ialah ..satu perkhawinan antara anak perempuan penghulu kampung dgn pemburu tersebut.

Alhmdulilah.

2)  Zaman moden pun begitu juga.
Kita tak boleh lari dari proses cuba dan cuba sampai berjaya.

3)  Zaman sekarang ada ibuayah sanggup
Melakukan sesuatu kerja untuk si anaknya
Sampai bila bila.
Ada tu..mereka rela mati demi memenuhi
Kemahuan anaknya.

Ada anak mahu satu salinan peta Semenanjung untuk kerja sekolahnya.
Tengah malam pun
Ada ayah ibu sanggup ke kedai fotostat si cina
Demi untuk tidak menghampakan
Kemahuan anaknya.

Tahun demi tahun
Si ayah si ibu semakin tua.  Makan ubat kuat pun .. faktor usia terus datang tanpa diminta.
Dulu mereka cekap melakukan serba serbi tugasan rumah termasuk
Fotostat peta Semenanjung kerja sekolah anaknya projek kajian tempatan Tingkatan 2.

Sekarang si anak sudah besar panjang.
Kalau tak besar panjang pun ...semua berattt.
Jika dibiarkan amalan pergi ambik pergi ambik d atas
Tak lama lagi si ayah mati
Kerana kepenatan.

Mengapa?

Kolej dan universiti tidak ada d kampung sendiri.
Kalau ada pun..
Si ayah yg cerdik sudah mulA Merasa kepenatan untuk meneruskan aktiviti
Hantar ambik si anak dari rumah ke universiti
4  5  kali sehari.

Oleh yg demikian
Si anak dihantar belajar memandu kereta atau motosikal.

Lama lama si gadis berjaya juga memiliki lesen kenderaan.
4)  Bila si gadis sudah berlesen
Lepaskan jer lah.

Biar dia pandai pandai membawa diri.

Dari rumah ke kolej komuniti
Dari rumah ke politeknik
Dari rumah ke universiti.
universiti ke bandar bandar besar.
rumah ke pasar/  mydin/ tesco/ queeensbay/ kayu restoran semua mahal
lama lama dapat kerja pertamanya.

Insya allah lama lama si anak memiliki keyakinan diri yg tinggi.
Syukurlah ..anak sudah pandai memandu
Dan menjaga diri.

Inilah salah satu cabang ilmu pemburu.
Tak cuba tak tahu.
Apa yg penting
Kita sebagai orang tua -  mesti memberi galakan dan semangat
Kau boleh dan terus boleh
Dalam semua bidang kehidupan.

5) Gambar di bawah adalah peristiwa
Aku mesti gerakkan anak gadis memandu kenderaan sendiri di atas Lebuh Raya PLUS.

Umur abah dan emak semakin banyak.
Abh emak  tak larat dah.
Pandai pandailah membawa diri.

Jika yakin dan terus berusaha
Tawakal pun tinggi
Lautan samudera pun
Kita boleh tawani.

Insya allah.

Wasallam.  Sekarang abah boleh tidur lena sedikit.  Kau bawak kereta tu ..tekan minyak jer ..terus tegak ..jgn pusing pusing ...
Insya allah.


0 comments:

Post a Comment