Do what you can ..

Posted by sazali

Salam

Hari itu saya ternampak apek tua
Menolak kereta sorongnya yg penuh sarat dengan buah-buahan
Dari kaki bukit gelugor menuju ke pasar minggu Glogor.

Dengan Kuat dia cuba menolak kereta sorong tersebut seorang diri. Umur 70, 80.
Dari cabang lampu isyarat hampir 1 kilometer ke pasar.
Tapi bila apek badannya sudah tua

Jarak sedekat itu
MengMbil banyak masa dan tenaga kederatnya.  Berbagai bagai cara dibuaTnya agar kereta sorong terus bergerak ke hadapan.

2)  dari jauh sy nampak dia penat.
Peluh banyak yg keluar dari semua pelusok tubuhnya.  Baju basah. Mesti bau tak enak ni.

Banyak kali jugak dia berhenti.
Jalannya penuh kenderaan mudar mandir kiri dan kanannya.
Bas , lori, kereta , motosikal melintasinya
Kiri kanan kenderaan..penuh sesak.  Tak adA pun org ambik peduli..apek tua jual pisang.

Tapi apek terus menolak kereta sorong sarat dgn pisaNg, betik, durian dan macam macam.

Paling kasihan waktu dia nak menolak masuk
Kereta sorong dari tepi jalan kiri melintasi jalanraya menuju ke pasar melayu kpg gelugor.

Lama dia menunggu peluang untuk
Melintas.
Tak ada sorang pun menolongnya.

Aku pun tidak..
Sekadar menonton dari atas bukit saja.

Nah ada peluang ..

Dia terus menolak kereta sorong melintasi jalan.
.aghhh...cukup penat tu.  Kederat dia terlampau pantas.

KERETA sorong itu berat.
Dibuat dari kayu jati tetapi nampak usang.
Tayar roda kereta sorong kurang angin.

Lelah jika ditolak.

Masuk jer kawasan
Dia buka  isi buah buahan dalam  kereta sorongnya.

Nak mula menjual.
ORG dah ramai pulang apek dari pasar minggu ini.  Matahari dah tinggi.

3)  aku tanya..
PisNg ini berapa apek?
Rm5 sekilo

Wow ..mahal jugak pisang kapas ni..

Tak bnyk aku beli

Sekadar rm7 sahaja.

Smbil sambil dia memasukkan pisang dlm plaStik

Aku tanya..

Apek selalu sorang sorang begini?

Apek:  ya..beginilah
S:  saya nampk apek menolak kereta sorong ni

Apek:  he he he

Kenapa awak tak tolong?( air mata mulai turun)

S:  saya tahu apek kuat

Apek:  ha..ha..hA.. (  menangis)  cari makan lor.

--'

Begitulah kesaHnya.

Ada lg orang susah susah adik.
Dia buat apa apa yg patut
Untuk terus hidup.

Malukan kita ..jika tak tahu ..ada lg apek begini
Walaupun banyak motosikal, kereta
Sedang dijual semua jenis terpakai di kedai jualan kereta di seberang sana nuh.
Kasihan.
O tuhan ..tolong apek ini.Kasihan dia.  Murahkan rezekinya.  Berinya taufik hidayat ..kerana berjumpa dgn ku.  Ameen.
Wasallam


0 comments:

Post a Comment