barang lama

Posted by sazali

Salam

Tak ramai orang yg menyukai barang-barang lama.

Mengapa saya berkata begitu?

1)  barang lama disimpan di dalam muzium

2)  barang lama tidak dijenguk dan disentuh sentuh pun lagi

3)  barang lama tidak ada harganya

4)  barang lama membawa sejarah lama dan perkara berkaitan dengan sejarah lama ini , orang anggap tidak lagi sesuai diheboh-hebohkan untuk dibincang dan seterusnya untuk maksud hari ini dan seterusnya.

--

Di perpustakaan banyak buku buku lama tidak lagi disentuh oleh para cerdikiawan dan pelajar pelajar universiti.

Berbau buku buku lama ini.  Entahlah ..mungkin kertasnya sudah mulai reput.

Hari itu saya ke Perpustakaan Utama Univ of Sheffield, UK ..  bau buku buku lama cepat tertangkap oleh hidung saya.  Bau nya klasik .. bau purba.  Tidak seperti buku buku baru yg baru dibeli dan disusun di atas rak rak sekeliling perpustakaan tersebut.  Buku baru mempunyai wajah hadapan yang menarik sedangkan buku lama tidak sebegitu.  Sedih melihat bahagian hadapan buku buku sastera inggeris lama di sana.

Tetapi saya suka ..buku buku lama.  Saya anggap buku lama, penulis lama mempunyai objektif tersendiri.  Seperti sekadar ..menyampaikan ilmunya untuk manusia dan sebagainya.

Penulis sekarang (tidak semua) menulis dengan niat lain seperti mengaut keuntungan di saat saat tertentu  seperti buku bertajuk " 50 sebab mengapa ABI tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?"

Buku ini ditulis dalam tempoh masa yg pendek tetapi mendapat pulangan yang tinggi dan menguntungkan.  Tetapi tidak bnyk perpustakaan di dunia menyimpan buku ini sebagai rujukan anak anak kita pada tahun ini atau pada tahun 3000 nanti.

Di tempat saya bertugas la ni ,   buku buku lama iaitu berumur 50 hingga 100 tahun akan 'dibuang/ dijual dgn harga yg murah'  supaya ruangannya boleh digunakan untuk maksud lain.  Begitulah nasib buku buku lama.

20)  Di jabatan kerajaan contohnya  Orang (pegawai-pegawai)  lama pun dipencenkan.

Nanti di rumah, orang lama akan dibawa ke tempat lain supaya biliknya boleh digunakan untuk maksud lain yg banyak faedah seperti ..menyewa dan pulangan sewa ini boleh menolong membayar hutang bank itu dan ini.  Begitulah aliran fikiran generasi muda.

Terima kasih dengan pendidikan baru ini.  Inilah hasil dari kurikulum baru di sekolah sekolah kot?

Bagus juga kita fikirkan bersama.  Bagaimana menjaga barang lama dan mengambil faedah darinya semasa dia ada di hadapan mata kita semua.

Sekian.

Salam Hari Jumaat.  Muga muga berbahagia.

Wasallam.


0 comments:

Post a Comment