musim persaraan di negara ini

Posted by sazali

Salam

Sekarang ramai guru bersara awal. Sepatutnya bila umur 60 barulah bersara.
Tetapi trend la ni..jom bersara awal-awal.

Mengapa?
Kasihan tengok graduate muda tak berkerja.
Bila tak bekerja bagaimana nak pinang anak orang kan?

Kedua, kerja di sekolah memenatkan.  Macam macam kena buat.  PdP lah, sukanlah, kelab beruniform lah dan mcm mcm lagi.  Kasihan kat guru guru wanita.  Sudahlah bilangan beg semakin banyak dibawa ke sekolah, isi kandungan beg pun semakin memberatkan.  Kalau tak diingatkan ini sebagai ibadat sudah tentu ada guru yg sanggup membakar semua beg beg tersebut.

Ketiga, faktor kesihatan.

Keempat, isu kesihatan emosi maklumlah .. tol kena, trafik jam sana sini, kursus itu dan ini pun semakin banyak. Dulu YB Datuk Seri Idris Jusoh membawa guru guru B Inggeris ke kursus B.I. untuk gred / banding dan sebagainya ..  dan sekarang satu dunia sibuk dengan KBAT dan STEM pulak.

Kelima , sukan olimpik baru baru ini.  Kesannya ..mega jugak.  Ada guru sukan kena train atlet sekolah mcm lah mereka akan ke olimpik juga.  Dasyat.  Boleh pecah dada dibuatnya.

Fikir punya fikir .. baik bersara awal lah sebelum dada dipecahkan dengan tekanan kerja dan ooopss.. jantung itu pun kena difikirkan juga.

2)  Lagipun sekarang soalan pertama calon menantu .. kau kerja apa?

Kalau bisnes tidur bngun tidur bngun ..angkat besi berat, main besi atau main buah kelapa jer. Payah juga nak pelihara anak dara orang.

Betul tak?  Sekarang banyak barang mahal harganya.  Termasuk GST (ciptaan PM kita bijak bestari) masya allah ..cukuplah mahal sekali.

Oleh yg demikian, org pencen awal awal ni dari umur 50, 51 hingga 56 ..sudah bnyk membantu menjayakan banyak projek sosial, agama dan kemasyarakatan.  Muga muga Allah redha dengan pengurbanan guru - Pengetua, PK1, PK2, Guru Panitia dan macam macam.

Semua ibu ayah kalau anak dara mereka sudah berumur 25 hingga 55
Bila dipinang org ..wajah gembira mereka mcm wajah bulan d mlm lailatul qadha.  Indah berseri seri.  Nampak semua urat halus di bibir wajah si ibu dan si bapa.  Seronoknya kan?
SYUKUR bnyk bnyk.

Lega ..
Tahun depan jika dapat cucu, 2 kali legalah.
Dpt gelaran atuk n nenek.  Semua bahagia.

3)  Orang melayu nak bahagia sahaja.  Jika pesara nak anak dara depa pun alright.  Kiri alright, kanan alright. Semua alright.  Can go punya.

Tetapi bila khawin muda muda dan muda ..umur bnyk bukan penghalang.  Kalau interview saya ..bakpo tok try cikgu?

Jawapan ringkas ..tak larat nak urus anak PT3  tahun 2032 jer. Tuisyen siang dan mlm.  Hiss.. tak takut kau?

Ha..ha..ha..itu belum termasuk fotostat peta Malaysia jam 9 mlm, 10 mlm ..subjek kajian tempatan anak kita yg muda muda muda tu pulak.

Biarlah ..
Biarlah..
Doakan semua bahagia sudahlah.


Ameen.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment