seronok bersara

Posted by sazali

Salam

Seronok bersara ni.
Cuba tanya pesara pesara yg sihat.
Ada 2 sebab keseronokan.

1.  Tak perlu terkejar kejar untuk masuk opis.
2.  Tidak ada lagi SKT (sasaran kerja tahunan) , K P  I  (key performance index)

Tenang, aman dan selesa.
Syukur alhamdulilah.  Baca kitab Allah memanjang,

Kesan kepada proses kejar mengejar ialah

Tekanan darah tinggi, jantung berdebar debar selalu dan ..susah hati jika trafik jam di atas jambatan pertama Pulau Pinang dan merata riti lagi sepanjang jalan dari Permatang Pauh ke George Town.
Pundi kencing sakit.
Usus besar pun sakit.

Kesan KPI

Tidur tak lena.
Mengapa tidak nya?

Artikel satu habuk pun tak ada impact factor.
Ejaan pangkat yang disandang  tu cukuplah panjang tetapi

hasil penulisan jurnal yg dibuat  sehingga kini -  Impact factor yang dihasilkan ..nilai skor tersangatlah rendah nak tayang kat orang.
Aduhai.
Masalah ialah ..nilai Impact factor ni bukan orang kita yg jaga tetapi pembaca pembaca di seluruh dunia.
Ini  buat meeting dlm bilik air cond di universitas , universiti, IPTA
Tuan punya diri berpeluh sikit sikit dan rasa panas sejuk (dingin) jer.

Aduhai.

Syukurlah pesara, bersara ..tunggu langkah seterusnya.
Insya allah.
Lari sikit sikitlah di waktu pagi .
Makan jgn laju laju.
Tukar diet.
Dari Makanan mamak bikin kpd nasi kerabu budu ulam-ulaman seratus atau seribu macam.  Semua telan .
Tidur sekejap selepas zohor. Buat bekal tahajud.
Bergaduh gaduh dengan nenek (jika ada) ..control lah atuk.
Tak bagus bertikam lidah.  Kueh lopat tikam  ok jugaklah.
Adjust lah fikiran mu itu.

Insya allah ketenangan itu datang.  Jangan dikenang zaman sedap itu ..nanti berlinang si air mata.  Bukankah dalam Al Quraan , Allah sudah berfirman ..  kehidupan dunia ini satu jenis permainan..

dulu rambut lebat , hitam ..sekarang sudah jarang-jarang;
dulu makan daging , rantah rantah jer ..sekarang sekeping daging .. berjam jam kita mamoh (gigit gigit tetapi tak lut , tidak jugak hancur pun .. gigi dah tak ada bukan?)
dulu padang ..rumput hijau pekat ..sekarang ..  kering kontang ..  ditiup angin jadi ..  habuk dan memasuki mata ...  jadi penyakit , buta ..

kita sedar itu kan?

Bawak bertenang ..wahai pesara.

Sekian.
Selamat bersara shifoo.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment