proses 1

Posted by sazali

Salam

Aku pertama kali mendengar istilah ' proses'   semasa berada dlm kuliah sains komputer di Leeds pada tahun 1977,78.  Prof Brown menybut input, proses dan output.

Seronok jugak belajar ilmu proses dlm dunia komputer dgn bahasa bahasanya Pascal, Cobol dan Fortran.  Bila pulang ke tanah air , aku bermain dgn Basic N88 dlm mesin komputer yg lebih kecil lg.  Semua best. DARI situ dpt lah aku mencari rezeki untuk anak anak bini ku itu.

2)  mlm tadi selepas maghrib, aku mendengar mamak india tabligh menyebut lagi istilah proses.  Terharu jugak hati dan jiwa ku mendengar bayan di mana tukang cakap tutup mata dan terus bayan berkenaan dgn proses.

Berikut adalah intisari bayannya.

Bila tidur, tuhan proses makanan dlm perut kita.
Ada yg jadi sumber tenaga dan ada yg menjadi najis.
Dlm perut lembu, tuhan proseskan rumput si lembu makan ..ada menjadi darah daging untuknya, ada menjadi sumber susu dan ada yg menjadi najis yg keluar mengikut duburnya.
Semua diproses dgn tepat dan rapi.
Najis keluar ikut lubang tertentu dan susu keluar dari puting susu ibu atau lembu.
Bayangkan jika progrMming silap.
Susu keluar ikut lubang dubur ibu dan
Najis keluar ikut mulut manusia.
Dasyatkan?

Allahbmaha pengasih.
Org taat kpdnya ..hasil susu keluar ikut puting ibu
Bdgitu juga orang derhaka kpd agamanya..
Dia masih izinkan susu ibu derhaka keluar ikut puting ibunyg sama.

Masya allah.

Soalannya.. siapakah  yang  RUN  program ini?

Apa kata tuhan tak kasi keluar itu punya najis?

Makan bnyk bnyk ..najis yg ada dalam usus  tak boleh dikeluarkan.   Ok ke?
Apa manusia boleh buat?
Mkn ubat mcm mcm ..najis tak leh keluar.

Hisap puting ibu ..kuat kuat secara lahap pun ..susu tak boleh keluar.

Apakah yg akan terjadi?
Anak menangis. Ibu susah hati. Ayah apa lagi ..tengok sahaja ke?

Oleh itu nikmat keluar ini
Kita kena berterima kasih kpd Allah Pencipta kita.   Tukang RUN  program dlm tubuh kita makhluk ciptaannya.

Input, proses dan output.

3)  di akhir ceramah (bayan) dia ajak aku keluar dakwah.  Aku beri nama nak keluar dakwah 3 hari.  Namaku ditulis. Muga muga Allah terima niat aku nak blajar usaha dakwah ke seluruh dunia satu hari nanti.  In sya allah.  Perhatikan istilah  keluar  tu.  Nampak tak?

Sekian.
Wasalllam.

0 comments:

Post a Comment