proses 2

Posted by sazali

Salam

Manusia kebanyakannya bersifat pelupa.
Lupa itu dan ini. Lupa bermacam macam.
Ini menunjukkan bahawa otak manusia mempunyai keupayaan yg terhad.
Waktu muda kita ingat bermacam macam.
Contoh ingatan ialah selepas bekerja sebulan dengan kerajaan, sebahagian gaji ini kita hulurkan kpd orang tua kita.
Mengikut rekod kita tidak pernah lupa berbakti kpd ibu ayah kita.
Begitu juga bila kita berumah tangga. Memberi hadiah kpd isteri adalah trademark kita. Tak banyak tak apa. Yg penting ada.
Kalau kita berguru, kita selalu mengingatkan guru guru kita. Kita tidak malu berbasikal ke rumah guru untuk bertanya khabar berita.

Tetapi bila kita sudah tua
Kita banyak lupa.
Kita lupa ibu ayah kita.
Hendak telefon pun berkira. Takut takut ibu mahu sesuatu dari kita.
Kita lupa pasangan hidup kita.
Dulu hadiah sedap juga dipandang
Sekarang semakin tidak boleh dipandang.
Pergi ke mana mana pun, tangan sentiasa kosong.
Kita rasa bila sudah tua
Baju baju cantik bukan lagi untuk tubuh si tua.
Trafik light pun kita sudah pandai menggelat.  Bila lampu sudah merah pun kita redah begitu sahaja.  Ini menunjukkan bahawa kita semakin hilang konsep sayang pada diri sendiri.   Kita mahu cepat sampai ke destinasi.  Mungkin kubur menanti kita.
Walaupun kita berkereta mewah , rumah rumah guru kita yang lama lama pun ..kita melintasi sahaja.  Kita tak perlu lagi melawati guru guru tua.

Inilah budaya kehidupan moden.

Memandangkan gelagat pelupa kita telah mencapai tahap bahaya,
Allah berfirman (maksudnya)

Demi masa
Sesungguhnya manusia adalah dlm keadaan merugikan
Kecuali
Orang orang beriman
Beramal soleh
Ajak mengajak pada benda benda yg hak
Dan bersabar.

Memang betul dan tepat firman Allah itu.
Subhanallah. Alhamdulillah dan Allahu akbar.
2) kita banyak rugi.
Bukan rugi sedikit tetapi rugi yg banyak sekali.
Contoh.

Orangvrasuah.  Bila disahkan kita mengambilnrasuah
Kita dipenjara.
Hilanglah nikmat kita mempunyai pangkat ..dgn kerajaan.
Hilang pencen.
Hilang rumah tangga kita.
Ada isteri sanggup bercerai maklumlah ..bila kita merengkkok di penjara bertahun tahun lamanya .. apa guna lagi berstatus suami isteri. Baik cari haluan sendiri.
Sekarang bukan zaman bersedih lama lama.
Bil bil kena settle. Insuran kereta, apartmentvsemua memerlukan wang.
Bukan air mata.
Bila bercerai semakin banyak kerugian yg kita alami. Hilang nikmat bermain main dgn anak cucu dan paling penting
Bermain dgn isteri.
Bayangkan isteri kita dimainkan orang.
Ke sana sini dia melayan, dilayan ..oleh orang barunya.  Silap silap nyawanya pun melayang.
Bila kita dipenjarakan
Kita hilang ramai taulan.
Hilang zaman makan minum dengan kawan kawan pada jam10, 100 ptg dan juga waktu malam.
Dulu masa cepat sahaja berlalu.
Sekarang dalam penjara, jam 9 pagi pun kita rasa sudah zohor ini.
Rugi kan!

Tulah kita pelupa.
Kita lupa dlm nikmat hidup serba mewah. Serba laju. Bila ditangkap oleh polis
Baru kita menyesal tak habis habis.
Tetapi ..menyesal dalam kereta polis ..sesalan ini tak bernilai lagi.

Oleh itu saya mengajak diri ini dan pembaca budiman

Elok kita bersiap sedia.
Proseskan bekalan itu dan ini.
Untuk kita hidup di zaman tua dan seterusnya.
awas ..jangan kita meminta minta dari orang bila kita berada dlm zon tua. Cukup memalukan. Jangan mengharap bantuan orang. Mintak dgn Allah secara langsung. Doa banyak banyak. Mengapa?  Dulu kita asyik memberi sahaja. Tangan kita berada di atas.  Jangan kita berubah peranan untuk meminta minta hatta dgn anak sendiri kita. Mengapa perlu tangan kita di bawah?  Elak dari perangai meminta minta. Malu besar kita. Bayangkan sheikh besar dari negeri mewah datang ke sini ..meminta minta.  Malukan?  Mintak terus dari Yg Esa.
Beringat ingat sekarang lebih berharga dari kita nak beringat ingat bila tubuh dimasuki bermacam macam wayar. Ada wayar ikut mulut (makanan) dan ada wayar lain dari hujung  penis menuju ke satu plastik urine. Aduh sakitnya?
Sekian.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment