orang

Posted by sazali

Salam

Ada 5  jenis orang di dunia sebelah sini.

1.  Baik
2.  Jahat
3.  Bijak
4.  Bodoh
5.  Hidup atau mati.

Huraian:

Orang baik tak ramai.  Ayah/ ibu yang baik menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.  Siang siang sudah keluar ke laut mencari rezeki. Ada yang pulang hidup dengan tangkapan ikan dan ada yg tak pulang langsung dimakan gelombang yg tinggi.  Ayah/ibu yang baik mendidik anak mereka dengan cemerlang. Siang dihantar anak anak belajar ilmu dunia sains matematik ekonomi   dan waktu malam belajar kita berkenaan dengan agama supaya kita tidak termakan rasuah, puji dan komen menggila dari orang ramai.  Dengan kebaikan itu ..kita menjadi manusia yang berguna. Insya allah.

Orang jahat cukuplah ramai.
D.O  jahat  makan rasuah.
Ketua Polis jahat .. berkongsi maklumat dengan gangster.  Habuan wang dan hadiah berupa material.
Jurutera jahat.  Tak cukup dengan gaji ..dia main main buat kerja. Kesannya .. runtuhlah satu bangunan, jambatan panjang dan ..  oleh itu ramai manusia lain terkorban begitu sahaja.
Guru pun ada yang jahat.  Buat test/ exam macam macam. Soalan import dari luar negara.  Bukan setakat murid murid dia tak boleh jawab ..guru besar sekolahnya pun tak leh jawab juga. Sudahlah begitu..  Tanda jer yang tidak.  Mengapa tu cikgu?
Tak amanah kah cikgu?  Mana janji kesetiaan cikgu pada tugas ini?  Payah nak jawab  bukan?

Tetapi jangan risau ..  tuhan maha pengampun.  Insya allah syurga.  Janji ..bertaubat cikgu dan berhijrah dari kelakuan jahat kepada .. sesuatu yg baik.

Orang bijak pun ramai.
Beli sayur satu lori dengan harga RM2000 dan menjual kepada peraih-peraih lain dengan harga RM3000 sehari.  Untung ialah RM1000 sehari.  Senang kan?  tak ada masters/phd pun ..alright punya.

Orang bijak menulis buku untuk generasi masa hadapan.  Kalau profesor itu matematik ..dia akan menulis pasal matematik.  Itu orang bijak namanya.

Tetapi  jika orang matematik menulis pasal alam rumah tangga pasca persaraan ..itu tak bijak namanya.  Mengapa?  kerana .. kita bukan ahli dlm bidang sedemikian.  Buatlah sesuatu yang berfaedah.

Orang islam adalah orang mulia.  Tetapi ..jika dilihat dalam dunia siber tulisan 'jahat/kotor' berbau lucah, fitnah, tipu khianat ..  hilanglah kemuliaan sesuatu bangsa beragama islam.  Semua ini akan disoalperiksa oleh Allah Pencipta kita. Setiap baris akan disoal sedalam-dalamnya.  Apa gerangan engkau tulis begitu?  ..pasal janda gersanglah; duda mianglah.   Tak takutkah engkau mahkamah Allah ..semua amalan disoal mcm mcm?

Jangan jadi orang bodoh.  Siang hari berpuasa .. malam hari buat kerja kotor/ maksiat/ menipu dan sebagainya.  Alangkah ruginya kita.  Waktu muda ..taat pada agama habis habisan ..bila menjawat pangkat yang tinggi ..kita  mula melupakan ajaran tuhan dan nabi kita s.a.w satu per satu.  Bila ditangkap kerana skandal itu dan ini ..air mata kita gugur berlinang-linangan tetapi sudah tidak berharga lagi.  Kawan kawan yang memuja mu tempoh hari, minggu , bulan dan tahun ..sudah mula menjauhkan diri dari mu.  Itu lah realiti hidup.  Bila ada duit ..semua semut hitam akan berkerumun dengan gula manis tinggi membukit.  Bila duit dalam bank dibekukan oleh SPRM .. maka seorang demi seorang manusia terdekat dengan mu .. hilang entah ke mana .. wahai abang.  Ini adalah akibat perbuatan bodoh mu.  Orang kerja bodoh ..ini digelar orang bodoh.  Settle?

tapi jangan risau ..tuhan maha pengampun.  Sebelum kamu digantung hidup hidup dalam penjara ..eloklah kamu bertaubat bersungguh sungguh hati ..manalah tahu .. kamu akan dikumpulkan dengan orang yg soleh soleh/ para syuhadah dan lain lain  di syurga kelak. Haik ..murahnya syurga?

Dan akhir sekali berkenaan dengan orang hidup.

Orang hidup selalu bertindak pantas, cerdik dan bijaksana.
Orang hidup ada maruah.
Orang hidup tahu perkara haram dan halalnya.
Apa yg boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat sama sekali.
Kalau gaji RM5000 sebulan ..  kita hidup dengan kadar RM4000 sudahlah. Insyaallah kehidupan kita bahagia dan panjang. Tetapi jika gaji RM2000 sebulan ..kita belanja dan berhutang sampai RM20000 sebulan   ..insya allah kita akan berdepan dengan hidup yang mana hati kita dilanda risau, bimbang dan ..marah marah.  Mana lagi kebahagiaan?
Kalau ada beg berwarna merah bersaiz 'M'  cukuplah tu .. setakat nak masuk lipstick sebatang, minyak wangi, pencelak kening , bedak tongkol nyonya, handset Samsung Korea dan ..  tak kan nak beli beg besar besar pulak bersaiz 'G'  giant  ..  kau nak masukkan apa lagi dlm beg tersebut?  bantal tidur suami kau ke?  segala isi dalam fridge dipindahkan ke dalam beg baru mu itu .. sudah sudah ..itu kerja bodoh emak/ kakak/ adinda.

Hidup ala kadar sudahlah.

Tudung 4,5 pasang seminggu sudahlah.
Tak payah sampai beratus ratus helai ..membazir kakak ku sayang.
Kalau pakai tudung kuning krim ..dah nampak cantik ..

pakai tudung lain ..bertingkat tingkat punya stail ..kecantikkan mu tetap ada. Maintain?   Tak lari kecantikkan mu itu ..jgn berdebar apa-apa.  Orang mahu tengok isi otak dan hati budimu ..  sure can go far ..sister.

Cukuplah ..  berbelanja tudung itu dan ini.  Sesuai dengan umur kita sudahlah itu.  Jangan lawan anak gadis kita ..pakai macam macam ..MUET pun tak lepas lepas (aduhai  ..kakak ..what happenggggg nor).  Belajar BI sejak sekolah rendah , menengah, matrik dan universiti ..masih buntu dengan Band 2  bertahun tahun dah cubo ..  bakpor mu gini laghu?  Tidur mlm pasang lagu inggeris ..MUET jah  tak jadi jadi Band 3.  Ajaib?

Sekian.
Sekadar ..  menulis mengetuk minda ku terlebih dahulu .. dan menjadi bahan ..untuk berfikir manusia lain yg bijak pandai termasuk yg mentadbir jabatan, organisasi, negeri dan negara kita tercinta ini.

Wasallam.  p/s:  aku mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa atau terguris mana manalah..  wat to do bro?

0 comments:

Post a Comment