iman dan takwa

Posted by sazali

Salam

Tadi khatib jumaat di Masjid Sg Glugor , Pulau Pinang memberi khutbah yg sangat bagus.  Rasa rasa khutbah terbaik di Malaysia dalam setahun ini.  Syukur.  Tabik hormat dari saya Dr.  (apa tu)

2) Mula mula dia menyebutkan hutang negara semakin banyak iaitu pada tahun 2015 sahaja  , hutang negara berjumlah 700billion RM dan sekarang .. untuk menampung hutang sebegitu banyak ..kerajaan mengenakan cukai GST sebanyak 6% pula.  Oleh sebab ini, rakyat semakin terhimpit dari semua segi.

3) Hutang besar dan keadaan negara dlm bahaya adalah berkaitan rapat dgn tahap iman dan takwa rakyat negara ini terutama pemimpin pemimpin negara dan pengarah pengarah besar yg diamanahkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga hal ehwal rakyat 30 juta ramainya ini.

Berakah tuhan tak bergantung sedikit pun kepada perancangan manusia dengan pelan pembangunan yg dibuat oleh manusia itu dan ini sama ada dengan sentuhan konsultant ekonomi luar negara atau pun tidak.  Tengok .. apa punya perancangan .. graduat kedoktoran tempatan pun tak ada kerja.

graduat farmasi sudah bertahun-tahun mengganggur.  Ramai dah khawin  dan mungkin formula dalam ubat ubatan pun depa dah lupa. Sibuk dengan lampin anak , gantung baju anak dan suami sana dan sini .tinggi tinggi maklumlah musim hujan ini.  Kalau plan manusia cukup bagus ..pengganguran tidak mungkin berlaku.  He..he..he..  betul tak?

jika pelan manusia bagus ..tak kan tak jumpa jumpa lagi bangkai kapal terbang MH 370 tu .. tersangkut di mana yer?  Ini menunjukkan .. pelan manusia tak boleh pakai sangat .. tuhan lah tempat sandaran kita manusia beriman.

Semua pelan tuhan ..terbaik dan berehhhs belako 100 per sen.

4) Jika ketua negara dan pemimpin pemimpin bagus ..tinggi iman dan takwa .. maka tuhan akan turunkan barakaht dari semua penjuru alam iaitu dari langit dan juga bumi. Tanah subur dan minyak petrol dari dasar bumi boleh dikeluarkan seberapa bnyk yg mahu pada bila bila masa tak kira siang atau malam.  Mungkin buah kelapa sawit boleh keluarkan minyak 2 atau 3 kali banyak dari biasa.

Bila pemimpin korup ..  pegawai pegawai executive ; pengarah atas-atasan  kurup ..

maka .. tuhan turunkan bala satu persatu.

Dia ada juga menyebut pasal ..  pengarah pengarah yg diberikan amanah dan memakan wang haram ..berkepuk kepuk di rumah .. bukan setakat si lelaki .. isteri isteri pun turut sama tidur dan berenang dalam kepukan Ringgit Malaysia di dapur.  Satu filem lawak untuk tayangan generasi pada tahun 2017 - 2099 buat pedoman.

Astagh firullah hal azeem.

Bertaubatlah banyak banyak sebelum terlewat.

3. Sekarang musim hujan. Langit pun gelap.  Kalau tuhan nak hancurkan kita ..bila bila masa ..tuhan boleh hancurkan kita dalam istana, opis , hotel berbintang 5 atau 6 ..  apa nak dihairankan nya.  Diturunkan banjir macam zaman Nabi Nuh a.s.  tak kah susah kita semua.

Khatib menyeru kita kembalilah kepada agamanya.  Iman = percaya ada pembalasan dunia dan akhirat sana.

Taqwa = takut kepada pembalasan tuhan dalam waktu terang-terangan, keadaan kita beramai-ramai  atau pun kita duduk berseorangan.  Harta rakyat jgn kebas .. moral rakyat kita pelihara baik baik. Jgn kasi mereka naik minyak ..

Cukuplah itu untuk kali ini.
cuba tanya AJK Masjid ..mesti dia tahu lebih dari saya kerana mereka berebut bersembahyang di hadapan safff pertama.

Maaf .. saya sembahyang ..safff di belakang. Maaf perut saya memulas ..pada hari penghulu semua hari pada hari ini.

Dalam keadaan  tidak selesa ini pun .. saya cuba sampaikan apa yg saya ingatkan untuk faedah saya dan kalian.

Tingkatkan iman dengan berdakwah dan tingkatkan takwa .. Allah Maha Tahu .. siapa bom cina mongolia itu, mengapa harga minyak dinaikkan secara mendadak dan mcm mcm lagi.  Taubat ..jangan tak taubat.

Wallahu aklam bis sawabbb.

Maaf jika ada terkasar bahasa.  Bukan niat saya pun.

Sekian.
Al Fatihah.




0 comments:

Post a Comment