macam macam

Posted by sazali

Salam

Kasihan orang islam seperti saya.
Macam macam kena buat dlm satu masa.

2)  Semalam pergi pasar malam.
Jam 800 mlm.  Jalan penuh sesak. Semua orang yg berkereta mahu berhenti berbelanja. Isteri ku ikut juga.  Seronok bila tengok cahaya lampu terang ..sangat sangat ..lai lai lai .. semua beli kak?  Aku sebagai DR (drebar)
Nak cari tempat pakir , payah juga lah.  Sakit bahu nak masuk lubang pakir ke arah belakang (gostand)

Bila dah selesai ..

Pakir

Kita masuk pasar malam dgn berjalan mundar mandir.
Belum apa apa ..

Azan isya berkemundang dari masjid berdekatan.

Kalau tak gi .. Nabi Muhammad s.a.w. nak tuang timah mendidih dlm lubang telinga terutama yg tahu mcm mcm berkenaan dgn agama, hadish dan al Quraan.

Hendak tak hendak paksakan diri aku ..aghh bersolat dulu.

Lepas solat, kasut kita hilang.

Tak kan nak masuk pasar berkaki ayam kan?
Nanti terpijak kaca .. satu cerita pula.

Begitulah umat islam zaman sekarang.
1438 tahun setelah ditinggalkan oleh Nabi tercinta.

2)  kita kena buat mcm mcm pada satu masa serentak.
Penat juga.  Sakit hati pun ada ..kasut pun hilang.  Kalau tak sibuk berlari bersembahyang sudah tentu kasut masih ada di kaki. ( bisikan syaitan bin iblis laknatullah; tu lah kau DR..... ).
Satu masa nak cari parkir.
Satu masa sama nak shoppping.
Satu masa sama lagu dangdut indon - ragge.
Dan satu masa yg sama ..muazin mengajak solat menuju sukses.

Yg mana satu nak ikut ni  ibu?

3)  teringat lecturer aku
org non muslim. Namanya Mr Lax  di Grantham College, England

dia ada berkata kita kena amal opportunity cost.
mana boleh kita buat mcm mcm
dlm satu masa khusus?

kalau kita buat
kamu makhluk luar biasa.  He--he..he..

4)  org islam amerika dah mulai cemas bila Donald Trump menang pilihanraya USA semalam.
isteriku (ustazah)  kata ..presiden ni pro yahudi terang terangan.
tiada kompromi.

aku pun mencelah

Allah cipta kita
allah beri makan pd kita dan ulat dalam batu di seluruh pelusuk dunia pada bila bila masa.

apa kesah?

kalau Allah hebat dari USA
apa nak hairan?

sekali jentik mampus trump n the geng.  Sekali Allah turunkan taufan dan ribut salji setinggi gunung ..sudah tentu Amerika hancur.  Tak mampukah Allah buat begitu lagi dan lagi?
jgn khuatir.

kita buat apa yg Allah mahu kita buat sudahlah.
yg lain biar dia handle.  Yakin bin tawakal lillah hi taala.

susah?

aghh tak ramai org yakin perkara ini dan itu.  Kalau percaya, sudah tentu penuh org islam bersolat tadi.  Ada kau nampak di mana mana masjid mempunyai ramai pengunjung dari pasar malam?  di emporium, megamall atau hypermarket di mana mana lah .. muka bumi Allah?  ada bro?

sebab itu
hidup ini kena pilih

iman pada Allah
atau opportunity cost from ekonomi asas.

mana nak pilih pak?  PM kenal sangatlah dgn Donald Trump atau mantan PM PM kita yg lawan kuasa besar USA satu masa dahulu.

susah kan?

3)  Sekarang org islam suka muzik.
budak jahil pro musik.  Budak tak tahu mandi wajib pun suka musik.
ustaz, ustazah  pun guna musik sampaikan mesej.

aduhai.
konfus  pak.  Konfus.  Bukan konfusios  tahu?

Allahu akbar.

Wasallam.  Muga muga Allah faham kita dlm susah.  O tuhan ..ampunkan kami dgn iman yakin kami sebesar biji sawi cina jer niiiii.




0 comments:

Post a Comment