Salam
Sibuk satu negara dngn SPM sijil pelajaran malaysia.
Bukan setakat pelajar dan guru yg sibuk
Ibu bapa pun turut berdebar debar agar anak anak berjaya dgn cemerlang. Ada yg sanggup intai intai dewan peperiksaan. Manalah tahu .. anak sakit perut ke waktu menyiapkan 1 karangan .
Kalau kita perhatikan
Di sini jer kita sibuk.
Doa itu dan ini.
Bila anak masuk politeknik, kolej komuniti, kolej matrikulasi, universiti dalam atau luar negara .. mood bersungguh sungguh seperti di atas mulai hilang dan reda.
Mengapa?
1. Kat konvokesyen universiti, ramai pelajar yg extreme cemerlang bukan melayu pun.
Kita setakat menyaksikan kehebatan pelajar2 dari sekolah cina kampung jer.
Apa yg tak kena?
Mana kebitaraan kita?
2. Mana pergi pelajar melayu dari MRSM Jeli, Felda, Maahad Muhammadi, SBP dan lain lain.
3. Kenapa dgn semangat juang mu? Sudah tumpul ke belaka-belaka?
4. Mana pergi kesan program motivasi itu dan ini sejak UPSR, PT3, SPM, STPM, summer kem
5. Restu ibu ayah?
Hari tu sy bersembang dgn profesor tersohor U.M
Dia ada bilang 1,2,3
Mcm mcm berderet deret nombor menaik ini.
Salah satu faktor ialah
Pelajar melayu cepat rasa lega & mood mulai sedap
bila melihat profesor melayu,
pensyarah melayu,
pegawai melayu, bahasa melayu, mak chik mop org mayu jawa. Lain sikit bangsa jepun dan org inggeris di universitas mereka masing-masing.
bila lega ..kita hilang mood mahu bertanding secara kompetitif dan sihat. Kena pulak yg mengajar tu kakak ipar kita pulak, ayah sendiri dan org kampung kita kito pulok doh... mcm mcm seada adanyalah dengan insya allah, alhamdulilah dan Allahu akbar.
dulu kat sekolah kita bisa bangun jam 5pg.
solat tahajud, subuh dan mcm mcm. Baca yaseen di bawah pohon mangga, di veranda masjid dan lain lain.
Bila di universiti bas pertama dari hostel ke fakulti
kosong sahaja. Jam 0700 pg. Kita mahu naik bas 0745 pg lah. Kuliah matematika 0800 pg lah.
Library universiti penuh padat ..setakat buat assignment jer. Bergolek golek atas tangga menyiapkan assignment last minit. Berasap mesin fotostat.
BANGsa lain
library mereka guna sepuas puas hati. Bawak air paip dlm botol mineral dari pagi hingga ke petang.
mentelaah siang dan mlm.
Kasihan mereka. Ada yg betul betul miskin. Dari kpg kpg jauh di pinggir hutan, pinggir bandar ..
mengikut pengalamanku lah .. setelah berkhidmat 10 tahun di PKB, Kelantan dan UTHM, Johor
pelajar kita ada yg seronok bercuti.
hujung minggu bercuti jauh jauh. Sewa kancil / kenari/ proton ..jalan makan angin ramai ramailah.
jika ada cuti perayaan
kita bercuti lebih panjang dari org lain.
Faktor lain ialah sifat malu.
malu belajar lebih bersungguh dari org lain. Nanti org jealous. Berdosa kes kita kuat dan smart study.
Malu bertanya contohnya.
kalau nak bertanya
mesti ajak ramai ramai kawan ikut bersama berjumpa pensyarah itu dan ini.
anak cina ..kalau tak faham ..mereka terus mencari pensyarah berkenaan. Broken english pun mereka tetap bertanya dan terus mengasak. Sebab itu Band 3 MUET mereka sempat juga perolehi ..untuk maksud konvokesyen dan sebagainya.
Faktor lain
Kita banyak membuang masa. Budaya couple jgn cakaplah. ( mungkin mak ayah sokong kot..)
tunggu kawanlah.
tunggu boyfriend ambik kitalah.
kalau tak kereta myvi ..tak mau naiklah.
mesti sekurang kurangnya toyota cambri ..lg best.
Tunggu girl friend siap proposalnya, siap assignment #3 dari 4 hadiah dari tuan profesor .. dulu
jom kita pinjam darinya.
lama lama khawin tahun 2 pun dah khawin. Smart punya planning. Bila dah khawin ..bukan mak ayah jer risau ..tak perform
mertua pun ditarik bersama .. turut merasai risau?
Begitulah.
Trend pelajar dan murid murid akhir zaman.
Apa leh buat.
Insya allah aman damai kita semua. Maaf bnyk bnyklah. Saya menaip apa sy dpt dari profesor itu.
Mintak ustaz ustazah tolong perbetulkan mana mana yg
tak patut ya. Jangan fokus tahun pertama, sem 1 jer ustaz. Kalau boleh fokus jugak tahun 2 dan 3 tu. Panggil elok elok mother to be ikut sama dalam program cemerlang. Kalau dibiar cepat lampu studi sudah padam. Awalnya mereka melolok pak?
Wasallam.
Allahu akbar.
Allah sayang kpd org yg sanggup studi jauh jauh di negara orang.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment