pemberi komen

Posted by sazali

Salam

Ramai orang suka memberi ulasan dan teguran ( komen).
Dalam dunia pendidikan

guru diberi peluang mengajar, mendidik dan komen.

Penulis graduat sains komputer.
Dalam sekolah banyak masa saya mengajar bahasa inggeris(BI).
70 peratus masa di sekolah saya mengajar BI.
30 peratus masa saya mengajar matematik mudah terutama pelajar hujung seksyen ke sasteraan.
Waktu siang saya mengajar dua mata pelajaran itulah. Puncak keseronokan ialah dilantik sebagai pemeriksa kertas SPM 1332/2. Upah memeriksa ialah RM1000 sahaja. 10 tahun juga berpeluang sebagai examiner.

Di politeknik saya mengajar statistik dan IT.
Saya ada juga mengajar pengaturcaraan komputer C ++.
waktu mlm saya part time programmer dgn sebuah syarikat bumiputra.  Pengurusnya terkenal dgn cubaannya melawan ketua politik Ibrahim Ali (MP Pasir Mas) untuk jawatan ketua pemuda.  Keputusan .. pengurus ku gagal.  Mana nak menang ..hutang pekerja pun berbulan bulan tak bayar.  Ha.ha..ha

Dgn berlatar belakangkan  itu saya mempunyai peluang memberi komen atau ulasan dan teguran.

2)  ulasan saya tiga macam.
2.1 bagus  ini.  Kekalkan prestasi.
2.2  hancur.  Teruknya. Gagal kamu.  Rubbish ( sampah).
2.3  boleh baiki lagi ni.  Buat begini  yer.

3)  tabiat komen sudah ada dlm diri penulis sejak dulu lagi hasil belajar luar negara bertahun tahun lamanya. Mahaguru ku majoriti yahudi dan nasaro. Buku buku dan akhbar semua hasil penulisan orang kafir semua. Hanya rakan rakan seperjuangan memberi sedikit zat untuk maksud berlebih kurang itu dan ini dlm dunia bermasyarakat.

tetapi sy komen di situ sahaja sudahlah.

jgn terbawa bawa ke alam rumah tangga dan tempat tempat lain.
Bahaya.

contoh bahaya.

3.1  bila kuat komen dan kritik
isteri lari dari rumah mu.

Siapa boleh tahan kan?
prestasi d dapur ..kita komen.
prestasi d hadapan cermin menghias diri dan membetul betulkan tudungnya .. .kita turut komen panjang dan
prestasi d luar sewaktu bersosial ..kita tetap komen.

kesan?
isteri lari.  Sakit hati.

bila isteri lari ..susah kita abang.

Apatah lagi dia membawa kereta yg sebuah itu jer.
Parah abah?

Nak tak hendak kita kena cari ke mana isteri kita pergi.
Ini satu kerja yg bodoh.

jika ini berlaku
malu besar kita kpd ibu mertua
dan ipar  duai semua.  Kesemuanya duduk jauh di ibukota Kuala Lumpur.

apatah lagi isteri umur 50, 60, 70
dan kita umur pun banyak.
asyik nak ke tandas sahaja
sepanjang pencarian isteri berumur banyak.

He he he.
bayangkan kisah sewaktu berjumpa.
apakah ayat nak dicuba?

jom ..yang ..
alahai mak kahwinkan aku?

3.2  sakit hati dari pihak pelajar.
pelajar sakit hati.
mak ayah pelajar sakit hati.
pihak pentadbir sakit hati
semua orang terasa hati.

satu dunia berperang kerana sakit hatilah.

so
hati kena jaga tau.

mulut tu kena jg  juga.
perkara yg  terkeluar dari mulut tu ..wajib dijaga
dgn rapi.

Mengikut pesanan Nabi Muhammad s.a.w  mahfumnya ..jika kita jaga 2 benda gerenti syurga.  Apakah itu?

pertama mulut mu
kedua kemaluan mu.

MP Ibrahim Ali hebat kerana ..apa?  Cuba teka selain dari melompat katak?

sekian.
waktu solat .  Permisi bu. Kena sahut panggilan tuhan dgn segera.  Nanti susah kita dunia akhirat.

wasallam



0 comments:

Post a Comment