upsr 2016

Posted by sazali

Salam

UPSR  bukan ijazah.
Upsr  bukan peperiksaan untuk pelajar kedoktoran tahun terakhir pun.  Hak sebetulnya ialah
Upsr  sekadar ujian untuk murid murid berumur 11 atau 12 tahun sahaja di Malaysia ni.  Tidak lebih dan tidak kurang dari itu dan apa apa pun.

Jika tak silap saya lah ..  dari 480,000 calon berumur sementah itu yg menduduki ujian penilaian sekolah rendah di seluruh negara
Hanya 4,000 orang sahaja adik adik yg berjaya memperolehi keputusan paling cemerlang iaitu 6 A.

Yg lain  5A, 1B
4A, 2B
hinggalah yg paling dasyat 0 A, 0B, 0 C, 6 D atau 6E.  Trajedi ..semua kertas adik itu tak mari pun.

Alhamdulilah adik adik sudah berjaya.  Syukurlah kpd Allah Taala.  Adik layak diberi sedikit hadiah seperti ..melancung ke Bukit Bendera di Pulau Pinang atau Pasar Siti Khatijah di Kota Bharu, Kelantan.  Tahniah adik.

mengapa?  Bukit Bendera, Pulau Pinang ..boleh tengok kehebatan aplikasi sains, kejuruteraan lokomotif , ilmu tumbuh tumbuhan flora fiona dan alam semula jadi dan pemandangan cantik bandar Georgetown dari puncak bukit

dan  Pasar Siti Khatijah, Kelantan..kita boleh tengok tahap kegigihan kaum wanita dalam selok  belok perniagaan barang kemas, intan berlian kelantan , batik kelantan, seni kraf ukiran keris dan ulam ulaman herba dari negeri cik siti wan kembang.  Budu dgn beranika vitamin, protein ikan bilis semua ada adik.



2) Dunia paling ribut adalah disebabkan ini - kumpulan paling kecewa terbahagi kepada 3 pasukan manusia

2.1  guru guru besar
2.2  ibu bapa yg berpangkat tinggi
2.3  pegawai kementerian pendidikan di Putrajaya tu termasuk guru pakar, Bahagian Kurikulum  dan ...


3)  mengikut lazimnya
Kalau adik adikku memperolehi 6A pun
Adik belum layak lagi untuk dilantik sebagai seorang professor  hatta seorang perajurit bergelar askar Komando pun.

Adik adik adalah adik adik yg masih muda dan berpotensi mengambil alih barisan kepimpinan negara yg terdiri dari Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Askar Negara, menteri menteri yg hebat hebat di parlimen tu lah yg sedang memerah otak bagaimana memulihkan ekonomi negara ...

Boleh tak adik?

Jom kita cerita geng geng di atas.

Baca bismillah dahulu.
Salawat dan salam pada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w

jeng jeng jeng ..

3.1 guru besar cukup kecewa kerana nama sekolahnya terjatuh mulai hari ini.
Bayangkan dulu 95% calon
sekolahnya berjaya mendapat straight As
sekarang 3 orang calon sahaja bernama
Megat, Lee Chong Seong dan Kumari  yg berjaya 6A.

Bila result diumumkan
status kesihatannya jatuh merundum.
jantung bang ...jantung.

Pakar IJN  menasihatkan guru besar itu
sila berehat  cikgu.  Sudahlah tu ..

3.2  golongan ibu bapa

Siapa tak kecewa kan
peperiksaan percubaan adik dapat 6A
tip top tipbtop
bila result sebenar diumumkan
adik hanya berjaya memperolehi 2A 4B  sahaja.

siapa tak melompat gila
dari trial exam UPSR
rajoo dapat  3A sahaja
sedangkan dalam result sebenar

rajoo  berjaya memperolehi 6A.

Tengok
ada sesuatu yg sudah gila berlaku
pada 17 Novmber 2016 yg lalu.

Bagaimana seorang ayam tambatan yg sudah biasa memperolehi
6A sejak Tahun 1
tiba tiba dlm ujian sebenar
ayam ini hanya berjaya mendapat 2A dan 4B sahaja.

mungkin ada unsur unsur over confidence lah tu.

Over confidence berlaku kerana stail ibu bapa juga yg asyik
mengipas gipas result trial UPSR anaknya tu.

lagi pun .. dalam sistem pemarkahan ujian percubaan
ada juga unsur unsur guru guru sekolah yg berpihak kepadavsatu kumpulan  ibu bapa
yang sangat intim dgn semua jenis program sekolah. Banyak dana telah disalurkan.

Dalam bahasa inggeris  kita sebut 'bias'.

Bila mari ujian sebenar
di mana guru guru cina, shik , tamby yg berada di Seremban, Klang

mereka tidak kenal anak anak siapa kah ini dari Kota Bharu ni..

mulalah pemarkahan yg betul betul tepat.
keputusan adik skor 2A, 4B  jer.

alhmdulilah.

ibu jer yg menangis.
ibu jer yg geram
ibu jer malu besar

mulai saat saat itulah

mulut ibu terkunci.

balik rumah
cari minyak angin
urut dada sendiri.

panggil panggil ayah
tolong picit tulang belikat  saya ni.

aduh.. .sakitnya jiwa.

lama jugalah Datin S....  menghilangkan diri dari pandangan masyarakat.
bertapa jap ..muhasabah diri.

jgn cakap besar besar sangat.

alah  ...
upsr  bukan degree
upsr bukan masters
upsr bukan Ph.D

upsr sekadar menguji adik adik rajin ke sekolah atau tidak.

itu jer  Datin.

jgn over over  datin.
astagh firullah hal azeem.

3.3  golongan guru

siap kau cikgu.
Post mortem.

apa silapnya iniiiiii..  Adakah kerana penangan

KBAT  HOTS  kaedah berfikir aras tinggi/  high order thinking skills  yang terkandung di dalam soalan soalan UPSR  kali ini?

Mengapa sekolah kita tidak ada seorang pun calon yg berjaya dgn
6A.

Mengapa sekolah penuh dgn infrastruktur tercanggih
dapat 4 orang semua A
sedang sekolah seberang yg mana ibu bapa mereka
setakat menanam padi jer
ada 4 orang calon skor 6A.

OMG  oh  my  god

ha..ha..ha

kasihan guru guru juga
yg dipandang serong

Mengikut pemerhatian sy lah
yg ada 2 biji mata

majoriti guru perempuan jer  lah  la  ni  rato riti

mungkin jika ada guru guru lelaki ..ramai sedikit ke..
mungkin bagus sedikit result sekolah ini.

mungkinlah.

Dengar khabar guru guru sendiri tak boleh jawab kertas sebenar UPSR, PT3 bila calon calon keluar dari dewan peperiksaan dgn curahan air mata? Betul  ke?
Entah lah bu ..kalau aku PM  dan FL  ..mesti aku boleh jawap  punya.

berita sensasi .. MRSM maktab rendah sains MARA  syarat kemasukan ke sana tidak lagi straight As.  Calon melayu 3A 3B  pun boleh memohon.  Kenapa?  Tengok negara ni ..semua boleh.  Dulu waktu Tun Mahathir calon memohon MRSM mesti straight As.  Sekarang zaman Najib ..separuh A  pun  boleh.  Senangnya..syarat kemasukkan berubah seperti ombak membantai tebing tebing pantai sahaja.

Cukuplah untuk hari ini.

sarapan jap.
Nanti saya sambung lagi.  In  sya Allah.

sekian.
wasallam.

Myself  (Ph.D  jahhh  )




0 comments:

Post a Comment