2 jenis rezeki

Posted by sazali

Salam

Semua orang mahukan rezekinya bagus bagus.

Semalam saya dapat 2 istilah baru.

Pertama rezeki  rahmah.

Kedua rezeki  istidraj.

Huraian

Rezeki  rahmah

Dgn rezeki ini
Kita seronok mendengar benda benda yg baik seperti kejayaan anak jiran dlm peperiksaan yg besar.
Kita terliur untuk sama sama membangunkan amal yg disebut sebut dlm kitab agama ..
Membina sekolah, perpustakaan, madrasah, jambatan, surau, rumah orang tua dan lain lain lagi.
Kita rasa sedap mendengar anak isteri membaca al quraan, al hadith, buku sastera melayu, inggeris yg mengajak kpd kehidupan yg rukun, aman dan selesa.
Kita teruja untuk membantu orang susah di Acheh,  Myangmar, Bosnia, Afghanistan dan seluruh dunia.
Kita rasa lazat menunaikan solat dhuha, israk dan tahajud.  Kelazatan amal ialah kita sanggup belanja besar dari simpanan peribadi untuk menghantarkan anak orang lain
belajar di Mesir, Jordan dlm bidang keagamaan, kedoktoran, dakwah dan bahasa arab indah.


Semua lillahi taala.


Sedangkan dengan dia dikurniakan rezeki istidraj.

dia ni  kan ..aduhai..mak  wehhh

Dia menyampah sangat @ benci melihat kumpulan manusia buat dakwah seperi ketuk pintu rumah ke rumah, bergerak lorong ke lorong, apartment ke apartment, negara ke negara.  Bukan itu jer ..
Dia benci mendengar berita orang lain berjaya dlm kehidupan masing masing macam perniagaan online, offline, direct, indirect.
Dia memandang hina
Orang membangunkan masjid secara besar dan berjaya.
Dia iri hati jirannya asyik dpt zuriat setiap tahun
Walaupun suami jauh di negeri orang (Oman, Arab Saudi, Khazakhstan).  Touch and go pun alright. Kembung perut bawak ke sekolah dan merata tempat siang malam, panas redup semua alright.
Dia berdengki kecantikan orang yg semula jadi seperti black sweet atau white sour.
Tengok ikut mana mana pun, elevation depan, atas, tepi.. orang tu sedap mata memandang.
Sedangkan dia pakai apa apa imported, mahal, berjenama hand beg ke, jacket ke, topi Imelda Marcos ke .. oops  banyak dah KuPutih
Tak lawalah dia.  Ha..ha..ha.  sAkit hatinya
Bertambah kerana dgn belanja yg rendah org black sweet bertambah jelita,
White sour bertukar kepada just nice mama.  Ma.  Pakai air asam limau atau embun pagi
free of charge pun dari langit.  Cantik orang berseri seri.  Gigi putih tersusun macam buah delima dari Khasmir, India jer..

Dia malas g masjid.
Orang masjid dia benci serba serbi.  Bau minyak atar sembahyang jumaat
puas dia tekup hidung nya ..poneng
Tengok skrin TV tanyalah ustaz
cepat cepat tukar channel TV.  Astagh firullahal azeem.
Ajak tak boleh
Tak ajak dia ..lagi lagilah tak boleh.
Hati dia dah sakit

Walaupun rezekinya banyak
Tetapi rezeki begini
Membawa dia jauh dari kasih sayang Allah, pandangan kasih sayang Allah kpdnya.

please berubah bang, berubah kakak

Jom kita pakat pakat doa

Berikan aku/kami/kita   rezeki yg pertama
Sudahlah

Ya Robbi.

Niat saya nak berkongsi jer  ni.  Tak lebih dan tak kurang.

Sekian.

Wallahu aklam.
P/s  tolong betulkan ejaan itu  istikraj  jika
Salahlah.

Saya dengar bayan fikir iman dan amal malam tadi..
Maaf jika silap.

0 comments:

Post a Comment