cuti sekolah

Posted by sazali

Salam

Ramai kita sedang bercuti di saat ini.
Di Malaysia, cuti ini dipanggil cuti sekolah akhir tahun dan ini memberi peluang kita berehat selama 5 minggu.

Anak anak seronok
Ibu ayah seronok
cikgu cikgi seronok dan
Datuk nenek lebih lebih lagilah.

2)  aktiviti cuti ialah seperti berikut

2.1  majlis khawin
2.2  lawatan ke sana sini terutama rumah saudara mara jauh dan dekat
2.3  belajar mengaji al quraan dan al hadith
2.4  shopping
2.5  tidur bangun tidur, makan tidur gaduh
2.6  membaca buku, majalah, research
2.7  tuition bahasa inggeris, piano, komputer, baiki handset, menari ballet
2.8  ikut ayah keluar dakwah n tabligh
2.9  belajar memasak masakan melayu, cina, india, kampar, mamak food ( tandoori, cepati, nasi kandar)
2.10  naik bukit, naik gunung, main basikal mountain dan lain lain lagi


3.  Zaman muda dahulu
susah transport.
arwah ayah ada sebuah motorsikal honda cup sahaja.
Sejauh mana sangat arwah boleh bawak kami adik beradik kan?.
Naik ibu ku ke atas motosikalnya
kira kira ..mereka berdualah yg dapat melawat sanak saudaranya.
Selepas itu arwah ayah membeli sebuah kereta JQ2494  toyota KE20
masa tu baru lega sikit
dia membawa kami menjenguk saudaranya di Besut, Pasir Puteh, Batu Pahat dan Merbuk, Kedah.

rata rata jugak dia kenalkan kami kpd sepupu, dua pupu dN saudara saudaranya yg lain.
Fadhilat menziarahi saudara yg dekat dan jauh ialah

Allah murahkan rezeki kita,
Allah panjangkan umur kita
dan Allah kurniakan kita dgn kesihatan yg baik.
Sila rujuk Kitab Fadilat Sedekah, kitab Bimbingan Mukminin dan
Kitab Riayadus Solihin.  Semua tercatat ini.

Teringat kpd arwah ayah
memang semua itu dia dapat.

walaupun ayah sudah R.I.P
namanya masih harum ke mana mana ku pergi semalam, hari ini dan mungkin esok.TAPI sayang

zaman la ni
amalan ziarah menziarahi kurang sangat diamalkan bukan setakat orang melayu tetapi merebak ke dalam kalangan orang cina dan india.

Alasan teebesarlah ialah
Tak cukup  Masa,
tak ada masa,
boring,
lupalah
dan malasnya.

jika dilayan wabak barah ini , kita akan kehilangan semua saudara mara kita itu terutama
saudara mara yg dhaif, jauh di pelusuk negeri dan mcm mcm.
Kena pulak budak budak dah mabuk main games
dalam handset yg ibu ayah belikan sebagai hadiah
hari jadi, hadiah periksa dapat nombor 34 dari 35 dalam sekolahnya. Ha..ha..ha


pokok pangkalnya
kita tak ambil cakna
mereka(saudara, ipar duai)  itu semua.

Ini sangat bersesuaian
jika kita tidak berkhawin dgn orang kampung kita sendiri.


sekarang
ada sesetengah kita gemar berbesan dgn orang luar.
contoh
orang kelantan berkhawin dgn orang johor.
orang kota bharu khawin dgn orang iran, bangla, yaman, lagos,
patani, medan, kaherah

dan paling best orang melayu kita khawin dgn orang British.
Semua ini best ..kerana tok besan jumpa each other sehari dua sahaja sebelum mereka
mati.

He..he..he..

Entahlah.  Baik jgn komen.  Nanti kita dibunuh. (Ketawa).

4)  jom kita balik ke pangkal jalan ..cerita sebenar

musim cuti cukup indah kalau kita berduit.
boleh makan itu dan ini.

masalahnya kita boleh telan macam macam
tetapi ada orang ..
ini tak leh makan,
itu tak leh ambik bnyk bnyk.

Dipendekkan cerita
dia diabetes,
jantung, prostat dan .. darah tinggi.

ada satu kumpulan ibu bapa sibuk dgn tuisyen.
Bukan anak anak yg sibuk tuisyen
ibu bapa inilah yg paling sibuk.
lebih tension

mereka dari si anak mereka sendiri.
Kasihan...

ada ibu bapa redha anak anaknya
dgn acara tidur meniduri sepanjang hari.
Solat subuh tidak,
solat xohor pun tidak..
tak penting sangat solat ni.

ini geng kelawar
berjagA gila sepanjang malam
dan tidur sepanjNg hari.

tok guru masjid kata
ikut cara hidup orang kafir.

entahlah.  No comment.

5)  masa saya muda dulu lingkungan umur 30 hingga 45
saya suruh anak anak gadis belajar mengaji Al Quraan.
ibunya yg mengajar mukadam dan semua huruf dan sebutan jawi tu.

si lelaki , saya bawak gi jamaah dakwah dan tabligh.
tak lama
sekadar 1 hingga 3 hari sahaja.

Beri anak anak ku peluang
belajar cara hidup orang dakwah.

belajar bercakap in sya Allah,
beri nama untuk keluar dakwah jauh dan dekat.

belajar buat khidmat,
belajar memasak
dan belajar berdoa
masuk dan keluar tandas,
makan dan minum
tengok cermin ..ada doa
dan naik kereta abah pun ada doa khususi.

tapi yg paling penting
belajar dakwah menggunakan 6 prinsip.
Semua ni ..mereka belajar slow slow.
Titik klimaks ..selepas pengajian ijazah kedoktorannya
mereka boleh keluar dakwah 4 bulan negara jauh.


Fadilat dakwah
sehari semalam keluar di jalan Allah
lebih baik dari dunia dan seisi isinya.

Kata kata siapakah yg lebih mulia
dari kata kata yg mengajak manusia
Kepada keagungan tuhan yg esa Allahu Akbar.

seringgit RM1 jika dibelanjakan untuk menegak khalimah Allah
Allah balas dgn RM700,000 di dunia sana sana sana.

Begitulah.

Musim cuti sekolah elok digunakan dgn baik.
Melawat bandar Melaka bagus,
melawat Bukit Bendera pun bagus

tetapi jgn lupa berhentilah sekejap
menunaikan solat d masjid masjid
ala pembinaan kerajaan cina di Melaka
dan masjid nilam puri.  Masjid dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun.

Hadiah terbaik
ibu ayah boleh kurniakan kpd anak anak
ialah adab sopan santun dan berbudi bahasa.
(Sayidina Ali r.a.)

Bila lagi kan?

masa inilah.  Lentur buluh biarlah dari rebungnya
Sekian.  Saya minta diri dulu  yek?
Yang bagus semua dari NYA dan yg tak baik baik ..semua kesilapan saya yg lemah. Maaf.11
Wasallam

rujukan

fadilat sedekah oleh maulana md zakaria khandhalawi
terbitan  maktabbilmiah sri petaling









0 comments:

Post a Comment