ibu

Posted by sazali

Salam

Dgn nama Allah yang rahman dan ar rahimm.

Ibu
Saya menulis dgn andaian ibu seorang yg perfect.
Tak ada sifat kotor seperti berdengki, iri hati, cemburu, benci membenci

Begitu ke?

Ibu ada 5 sifat terpuji
Ibu sabar.  Dia bawak kita dlm perutnya
Rata rata
Tempat tidur
Sekolah
Kantin
Megamall
Musalla
AIR ASIA
pendek kata semua tempat dia sabar membawa kita selama 10 bulan
Sebelum kita menangis kuat di ward hospital.

Kedua
Ibu tabah.
Tengok di kuala lumpur.
Ada ibu awal awal pagi sudah keluar cari rezeki.

Ada ibu ..guru
Ada ibu ..tukang masak
Ada ibu ..pemandu bas, kapal terbang
Ada ibu ..lap pinggan mangkuk di kantin
Ada ibu menoreh getah di lereng lereng bukit mentakab
Semua ni perlu ketabahan.

Dari pekerjaan ni..ibu bawa pulang duit
Sekolah anak
Politeknik anak
Universiti anak
Tolong anak dan ayah

Ketiga sifat ibu
Kita teruk macam mana pun
Kita anak ibu..
Kita jahat macam mana pun
Ibu tetap mengaku kita anaknya
Kerajaan kata kita liwat saiful
Tetapi ibu kita tak percaya
Cerita semua tu tipu.

Keempat  ibu
Sanggup berlapar sekejap
Semata mata nak suApkan makanan ke dalam mulut kita
Ibu sanggup berjaga malam
Semata mata jaga kita wKtu kita demam
Demam sikit, demam panas atau sawan babi
Ibu sentiasa ada di saMping kita

Waktu awal sekolah, ibu hantar kita bukan?
Waktu awal MRSM ibu ada juga kan?
Waktu kita mau fly ooverseas , mak ada
Bangga dgn kejayaan kita
Waktu kita mula mula kerja
Mak pinjamkan duit , kereta kelisa merahnya untuk kita
Tak bnyk cakap
Duit simpanannya jer dia tetap korek
Semata mata untuk kita
Waktu kita kahwin
Mak jugalah ..pemain nombor one
Waktu kita dpt anak
Mak tetap dlm picture.

Right?

Kelima
Jika ibu sakit
Diam diam dia sakit
Menderita dia
Terbaring di tepi dinding
Ubat dia, dia sendiri cari
Minyak panas urut urut, dia urut dadanya sendiri
Sakit dlm perutnya
Dia tak story kpd orang luar

Dia sakit dalam tandas
Ada tak kau tanya?

--

KLau kau faham
Tolonglah ibu
Mcm mcm sibuk pun engkau wahai anak
Call lah ibu
Tak payah
Apa khabar mak?
Duit milah hantar cukup tak?
Mak nak toyota cambri ke?
Tanya khabar itu
Tanda sayang

Tanda mu cakno kat ibu mu

Dah mak kau nak melawa mcm rosmah mansur
Apa salahnya?
Apa dosanya?

Kau tak tau ke
Ibu kau tu lawa tau
Ramai askar wataniah , komando, polis, guru, ustaz, tok siak masjid
Gila kat omak  kau tuuu
Zaman muda dia lah

Tiba tiba tarzan yg dpt

Kau patut bersyukur
Kulit kau putih .. DNA  mak kau tu
Mata kau bulat .. DNA mak tu
Bulu kening lebat .. itu pun sumbangan mak kau tu
suara kau halus, sopan ..didikan ibu mu tu (diizinkan Allah)

Tarzan?
(Next episodelah)

Dlm  berdoa
Ibu selalu sebut nama mu
Waktu siang
Bibir ibumu selalu bertanya ...milah
Waktu ptg
Kenapa milah tak call
Waktu mlm
Milah ni di mana?
Dia tak ingatkah kpd ku?
Waktu hujung hujung bulan
Senyap je  milah  niii..

Begitulah adik
Kau beruntung ada ibu
Kau bertuah
Ibu mu masih ada
Kuat dia dari tarzan

Masa masa begini
Layanlah ibumu
Kasi dia happy
Tak lama dah

Auntie kau
Arwah auntie
Bila diserang barah
3, 4 bulan ..mati dia.  Cepat sungguh serangan barah ini.

Menyesal uncle kau tak sudah sudah


Jgn benda tu berlaku pada mu
Buat iktibar

Hargailah ibu
Tak menyesal apa apa
Happy ibu, syurga kau  milah.  Yakinlah
syurga itu di bawah tapak ibu mu

Sekian
Wallahu aklam


0 comments:

Post a Comment