Salam
Pagi Jumaat dah sekarang. Syukur kita semua berada dlm pagi jumaat yg mulia.
Tadi selepas subuh di Masjid Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Dengan izin tuhan, kasihan belas tuhan,
Dapatlah saya menadahkan 2 cupingan telingaku sekadar 15, 30 minit dlm satu majlis agama.
Tok Guru membawa para pendengar berkenaan dgn Zikir.
Seafdal afdal zikir ialah La illa ha illallah
Sekejap itu , seringkas ringkas doa ialah alhmdulilah.
jangan lupa ..istighfar.
dosa kita banyak.
guru berdosa dgn pelajar pelajarnya. Miss lecture kerana meeting tak habis habis. Uthm univ tak habis2 meeting.
suami berdosa dgn anak anaknya.
isteri berdosa juga ..tak masak best best untuk anak anak dan ayah mereka walaupun ayam ada, rempah ratus ada, ubi kentang ada, tomato ada, carrot ada, pressure cooker ada. mcm mcm ada.
anak berdosa dgn ibunyA. Akhir bulan dapat gaji ..tak contact pun dia dgn ibunya yg sudah tua. Senyap jer budak milah ni bila dah dpt gaji bulan lepas dok ke?
perdana menteri berdosa dgn rakyat jelatanya. Cakap mcm mcm. Buat jer kurang.
Semua ni kena mintak maaf dgn rakyat semua.
Rakyat tak maafkan ..susah mu PM.
2) jika dlm masjid telipot, kota bharu ada mcm mcm peralatan tetapi tak berhubung dgn tenaga nasional
maka masjid ni akan berjumpa satu keadaan gelap gelitalah kita semua.
hubungan dgn tenaga pembekal api letrik ini tersangatlah penting..
Bagaimana? Bayar bil bulanan tu. Beribu ringgit sebulan pun bayarlah.
Bila bayaran dibuat, hubungan ada antara masjid ini dengan pembekal tenaga iaitu Tenaga Nasional. Gerenti lampu masjid boleh bernyala terangvterangan.
begitu juga
jika kita jaga hubungan kita dgn tuhan.
Tuhan mempunyai tenaga serba serbi.
bergaduh dgn nya .. susahlaH kita.
Bagaimana kita menjaga hubungan dgn Allah? Zikirullah.
ikut perintahnya. Ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
jika kita ingat Allah di waktu senang
Allah akan ingat kita semasa kita susah.
but..
3) malam tadi saya di markaz dakwah tabligh. Seronok melihat anak anak muda berserban lengkap dan berpakaian jubah.
Sempat sy tanya ..adik dari mana?
Dia menjawab tahfiz sains PCB pantai cahaya bulan.
Mu anak siapa? Dia jawab lg .. anok DrShafie USM Kubang Kerian.
syukurlah. Anak ni umur 14 tahun
ayahnya sudah mentarbiah nya
ke dunia dakwah tabligh untuk maksud seluruh dunia.
Seingat ingat akulah
waktu umur begitu
aku sibuk bermain bola.
Dasyatnya aku.
Dalam bayan dakwah tadi
si ustaz ada menyebut
rasulullah pernah ditawarkan jawatan
pemimpim arab khurish ..
Baginda juga ditawarkan dgn perempuan paling cantik di benua arab (jika dia mahu)
Dan baginda Nabi Muhammad s.a.w ada ditawarkan harta bergunung gunung banyaknya
dgn syarat Baginda Nabi Muhammad s.a.w
meninggalkan kerja dakwah pada hari itu dan seterusnya jgn berdakwah lagi.
Kalian tahu apa jawapan Nabi Muhammad s.a.w.
"Jika kau letakkan matahari di tangan kanan ku
dan jika kau letak bulan di tangan kiri ku
nescaya .. aku tak akan tinggalkan kerja dakwah yg hebat ini".
Allahu Akbar.
Benda di atas mustahil dilakukan dulu, sekarang dan seterusnya sampai bila bila lah ke hari kiamat sekali pun.
siapa sanggup nak letak matahari ke dalam tangan Nabi
siapalah pulak sanggup meletak bulan ke tangan kiri Nabi
siapa?
tetapi nabi MUHAMMAD S.A.W. nak khabarkan kepada kita semualah ni
bahawa kerja dakwah ini tersangatlah besar.
lebih besar dari sebuah matahari
lebih besar dari sebuah bulan di langit.
oleh itu siapa antara kalian
yg sanggup ambik bahagian
menjalankan kerja dakwah ini?
siapa?
4) kerja dakwah terlampau besar
jika kerja sawit ..ramai orang orang kita sibuk menyahut panggilan
menyawit ini. Pensyarah universiti berumur 50 ke atas ramai nak buka ladang sawit, tanam sawit, jaga sawit
kerana mereka nampak ..pulangan kerja sawit cukuplah lumayan kan. Hatta isteri sanggup ditinggalkan bermalam malam, berminggu minggu kerana suami pergi menyawit
di Johor, Terengganu dan Lagos, Nigeria
Begitu juga
jika kerja cari gali petroleum
bukan setakat orang melayu sahaja akan menyahut panggilan
terokai minyak di dasar bumi
orang India, Bangla, Afrika pun berduyun duyun mau
sanggup meninggalkan keluarga mereka dlm tempoh masa yg lama
kerana mereka faham pulangan wang ringgit sgt besar untuk mereka di dunia ini. Hatta isteri sanggup kematian suami atas sebab cari gali petrol dan duit.
bagaimana pula
dengan kerja dakwah?
tidak ada sambutan ke?
kalau Nabi Muhammad s.a.w.
sanggup menolak kesedapan pangkat sebagai pemimpim arab,
sanggup menolak kesedapan hidup dgn isteri paling jelita di bumi arab
dan sanggup menolak kemewahan dan kelazatan hidup berharta bergunung gunung banyaknya
maka
tak mahukah kita ..semasa hayat ini masih ada d kandung badan
kita sama sama belajar dan terus terjun ke lembah dakwah
yg mana Allah menjaminkan syurga untuk kita
dan pertolongan dari NYA dunia dan akhirat yg kekal abadi.
Allahu Akbar
subha nAllah
alhamdulilah
aku beri nama malam tadi keluar 4 bulan BBNJ (belanja besar negara jauh). Muga muga Allah menerima aku menyertai kerja yg maha mulia ni sehingga aku berjumpa dgn saat saat mati. Ameen. Ok tak?
tuan bagaimana yek?
Sekian. Fikir fikirkanlah dan ayuh pak...
wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment