Salam
Di saat kematian, ramai orang terkilan itu dan ini bila bercakap dan menyentuh sesuatu dgn si mati.
Terkilan (menyesal) kerana tidak melawat si mati
Walaupun
Perhubungan dia dgn si mati terlampau intim.
Jarak antara rumah si mati dengan dia ...aghh dekat sangat lebih kurang sepenanak nasi sahaja.
Flashback. Mengapa rasa sebegini?
2) tak seronok jika ibu ayah menumpang dgn kita ( naik kereta, tinggal sebumbung dengan kita di Ibu kota)
tak best dengar komen dia bila kita membeli itu dan ini dari Singer, Court Mamoth, online, Amway, Cosway, Anyway
tak glamour org tua bersama sama kita ke sana sini waktu holiday ke Bali, umrah kali ke 5, kenduri khawin member member kita
bila orang tua dah mati tiba tiba
terasa sangat terkilan
dengan sesuatu yg tidak akan kembali lagi.
terkilan dengan tindakan kita
acuh tak acuh melayan orang tua kita
tidak memberi masa bertanya khabar berita
komen mereka lembab , slow mcm kura kura
3) kita lupa
saat kita baru dilahirkan, lampin tak ada, kita pakai daun pisang kering jer, tali lampin dari batang pohon pisang blakang umah nenek kita
kita lupa saat kita sakit waktu kita kecil kecil sehingga
kita sudah besar, berat, lebar, tinggi membesar
Siapa jaga kita selama itu yer?
kita lupa ibu ayah bergolok bergadai tanah sekangkang kera
binatang ternakannya untuk menyekolahkan kita
politeknik, universiti
hatta nak khawin pun
banyak duit ayah
kau slow talk mcm macam ala pemain serunai dekat dgn bakul ular di Taj Mahal
habis duit simpanannya
untuk melayan nafsu mu membeli hantaran 7 dulang
kasut tumit tinggi, beg tangan Bonia, tali pinggang,
kitab al quraan, kunci flat di Serdang, selendang , perfume
dan buah buahan oren, anggur, limau, mokten kuning
aghh..
bila kau dah hebat p.t.d, profesor, menteri
kau buat buat lupa si tua itu
talipon pun berkira kira
takut habis kredit, bil
dan mcm mcm
tak patut atau macam mana?
sekarang dah terkilan bukan?
tengok berok kesayangan ayah
mula teringat tuan punya berok tersebut
tengok motorsikal honda cup usang ayah
teringat ayah bawak kita mengejar bas express budaya
habis lori, van, kereta, arwah potong potong
tengok kain batik lepas ayah tersangkut di dinding umah
teringat ayah gunakan kain itu
untuk berteduh dari panas dan hujan
alih lembu, kerbau di baruh padinya. Busuklah kain ni.
sekarang
bagaimana?
3) Sifat orang orang bagus
3.1 sanggup mengenepikan kesedapan hidup
bagi melayan kerenah ibu ayah yg dah tua di kampung
3.2 sanggup menangguhkan pembelian kereta Audi 5 series
semata mata mahu tengok ayah ibu dpat g ke umrah sekali lagi
3.3 sanggup susah sedikit
melayan kehendak ayah nak berbini baru dengan auntie
tipah janda anak 5. Girlfriend ayah waktu sekolah agamanya satu masa yg lalu
3.4 sanggup mengambil cuti
bila mendengar ibu ayah sakit
dan macam macam lagi.
tetapi bukan senang mendapat anak cucu yg baik
tak ada pusat tuisyen yg mengajar benda alah ini, majlis agama ibu ayah mana berminat engkau ..
pakar motivasi?
semua datang dari you and me.
dalam rumah you, myself, ourselves
didikan kita
budaya hidup kita
stail kita beraya saban tahun
bagaimana kita melayan sanak saudara
perangai kita
habit kita
fikiran kita
tindakan kita
ucapan kita dan
cara pembawakan hidup kita bersosial
semua anak dpt lihat, analisa, bentangkan.
sekarang kau terkilan. Menyesal kan?
Buatlah sesuatu untuk mohon ampun maaf you ..seperti
4. Bina tahfiz quraan. Beri duit ini atas nama ayah emak
sponsor budak kemboja belajar aleem di Deoband, India;
Shaharanpur, India dan Raiwind, Pakistan.
infak untuk ayah emak
sponsor anak muda keluar dakwah negara negara jauh
sponsor bil api masjid Sri Petaling, surau, duit kopi aleem:dan
sponsor umrah sahabat2 terdekat dgn arwah mak abah
semua lilah hitaala
Saya dah buat. Anda bagaimana?
Sekian.
Al fatihah.
Mohon maaf pak
Mohon maaf buuu
wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment