Bersatu tak boleh ke?

Posted by sazali

Salam

Sekarang ada masyarakat yg tak yakin lagi dgn produk sekolah di bawah KPM.

Banyak asasnya.
Moral akhlak dan amalan agama dalam kalangan pelajar  tidak secemerlang yg terkandung dlm Blue Print itu dan ini.  Setengah guru tak buat apa yg dia cakapkan.  Contoh, merokok.

Langkah terbaik ..ada segelintir kumpulan manusia mengambil keputusan membuka tahfiz sendiri.  Ini berlaku sejak 1960 lagi. Hari ni semakin rancak lagi pondok agama tahfiz dibuka seluruh negara contoh Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan Johor.

ustaz mesir, ustaz jordan, ustaz syria ..masing masing dgn program tahfiz tersendiri.

Atas kertas semua cantik. Itu bagus, ini bagus. Kertas kerja atau kerjakan kertasnya sahaja.

Tetapi bila dijalankan ..

macam macam dugaan terpaksa ditempuhi.

1)  dana (duit  RM, Rupiah, Rupee)
2)  tenaga pengajar
3)  lanjut pengajian selepas ini

Huraian.

perkara pertama.  Pitihsss.,
ini bukan senang.  Buka pondok tahfiz kena ada api, air dan sekuriti.
Bila ada api baru kipas memusing.  Air ada ..baru pelajar boleh mandi.
Semua bil  api, bil air memerlukan duit.
Jika tak diuruskan dgn baik susah pelajar pelajar nanti.

zaman 1Malaysia najib rosmah ni
belum ternampok lg aku orang baca ayat ayat itu ini, puh sana puh sini
kipas National Panasonic boleh memusing, memutar bertahun tahun tanpa berhenti.  Ada?

bila ramai, mereka perlu makanan.  Sifat pelajar tahfiz , mereka tinggal dlm hostel (pondok penginapan) yg khusus.  Ibu bapa kena bayar jugalah yuran pengajian.  Tak banyak tetapi wajib bayar.

sekarang zaman berduit.  Duit untuk kitab itu dan ini.  Duit untuk yuran penginapan dan makanan.  Banyak jugaklah.
tak cukup 1 ekor ayam untuk 200 orang pelajar waktu makan mlm.
beras pun kena banyak juga disimpan maklumlah budak budak ni semua sdg membesar, memanjang dan memberat.

tukang masak kena ada.
tukang basuh pinggan mangkuk kena ada.
tukang kebun pun ..penting juga.  Dia jugalah men jaga kebersihan kawasan pondok kita.  Sistem perparitan biar air mengalir laju dari atas bukit menuju ke longkang besar.

semua perlu duit yg banyak.  Kalau tak banyak pun ..kenalah banyak banyak lg.

maka mencari dana satu agenda penting.

kalau satu kampung ada 5 pondok tahfiz
maka ..kemanalah pelajar pelajar nak cari dana ni?  Dlm satu kampung berapa kerat jer lah orang yg bergelar jutawan kambing, biri biri, lembu kubaa, proton, kontraktor, guru besar pencen dan politikus matang dan berpengaruh besar.

TAK sedap juga tengok budak budak belasan tahun 13, 14 serban putih, jubah putih ramai ramai
mengutip dana di pasar raya, petrol pam, RnR, stadium bola, airport pengkalan chepa

jatuh imej islamlah jika begini.

berebut mencari dana.
kadang kadang manusia naik angin.
Benci pun ada.

mengapa?  Org rohingya cari dana,
orang bangla cari dana,
org kemboja pun cari dana
ada anak besar kepala dari badan pun ..sibuk mencari dana.

ni anak anak muda comel comel gi mari gi mari berserban, berjubah
cari dana jugaklah.
CONFUSE kita orang melayu  tanah air  ni.

2)  tenaga pengajar

satu pengajar 10 subjek ke?
susah tu.
Sekolah KPM  seorang guru mengajar 2 subjek jah.
Agama dan Sejarah Tingkatan 1.

Mana boleh lawan?
guru tahfiz nak syurga
guru KPM pun nak syurga juga.
tapi ngajar bnyk subjek ni
penatlah. Letihlah.

gaji?
upah bulanan?
ustaz KPM  gaJi  rm8000
ustazah KPM gaji rm7000
banyak tu.

gaji guru tahfiz dan mudir mcm mana?
setakat rm2000 ke?
rm500?  Cukup ke?

kasihan.
Betul kita bukak tahfiz mencari keredhaan tuhan
tetapi sebelum kita jumpa syurga, bidadari ...susu tepung , bawang, minyak masak, oil  and gas
semua mahal.  GST  sudah pun mari.

pakai kereta ..tak kan graduate mesir pakai kereta buruk pulak.
Ada dlm silibus ke

bahawa

kalau graduate syria keno bawa kereta second hand jah  atau mcm mana?

motorsikal?
musim hujan abang.
petir kilat sambung menyambung ikut atas kepala kita.  Ok ko tok wan?
angin monsoon kuat  abng haji.  Cabut kain serban tu.

cukup ke .. ucapan
Allah Maha Esa.

Masya allah.

tuhan kurniakan kita otak ..kita kena pikir habis habis..untuk nasib bangsa, agama, kemuliaan ilmu

BeGinilah
jom kita pakat pakat buat 1 tahfiz sudahlah.

seluruh negeri kelantan satu tahfiz sahaja.
ini tidak
machang ada 10 pondok tahfiz
kuala krai ada 10 pondok tahfiz
gua musang pun banyok jugak kot..

payah nok urus
payah cari dana
payah nok pegang tenaga pengajar
mereka nok larilah

kos khawin tinggi
kos membesar anak anak semakin tinggi
klinik swasta , ubat supplement pun banyok jugok ..nok korek duit mana adik?
gaji kita jah tak tinggi tinggi
gaji ikut skim zaman purba ..  ratus ratus rial jah sebulan.

payah tu.

sekarang bukok pulok  tahfiz  sains seperti  yg ada tu dekat bandar  kok lanas, kelantan tu.

dulu pondok tahfiz agama biasa biasa pun
hidup segan mati tak mau

inikan pula tahfizz sains?
kena ada makmal sains abng kakak
radas radas, cecair kimia asid sulphuric, hydrocloric dan mcm mcm

ada pitih ko ..nok g beli ini?
sains ..keno buat kajian, eksperimen
jgn sains ..dok ngafal jah formula  oxygen +  hydrogen =  ayak

magnesium oxide, bicarbonate,
mcm mcm

kena masuk makmal jugak lah
baru ada chance
wujud graduat tahfiz mcm ibnu sinnnia,
al farabi

3)  selepas ni ..mcm mana

ada orang kata..selepas ngajji tahfiz
boleh jadi ustaz

tok lebai
tok siak
mudir?
dengar cerita ..keno g  celup ke Mesir pulak.
Kurikulum tahfiz persendirian ni ..ok ke..iktiraf ke?
mcm mcm kena fikir.  STAM?  Sijil tinggi agama Malaysia

saya menulis ni
kerana anak saya dulu ..masuk juga tahfiz
tetapi tak lama daa..

kasihan mengelih
dia complain mcm mcm

bukan setakat pakaian dalam dia jah hilang tiap tiap kali aku g  melawat dio
mcm mcm ada problem. Kulit gatal. Tilam bantal banyak pepijat. Nyamuk  bahhhh.  Nate Nyamuk tok kenal bulu geng PAS, UMNo atau AMANAH.  Kawan kawan dia demamm kura-kura

lantas selepas bnyk round buat solat istikharah

aku bawak dia masuk MPI, Maahad Muhammadi Perempuan, YIK  yayasan islam kelantan

ini pun kelas jah bunyi   tingkatan 5  sains 1
tetapi jarang sangat anakku masuk makmal buat ujikaji itu dan ini.
tahun 2000

hasil pengalaman gitu gini tu..aku paksa dia jom sayang kito try
UTP dan  sekarang bertugas KLCC. Alhamdulilah.  Allah maha kaya.  Guno otaklah please?

kasihan ibu bapa lain
jaga masa depan anak anak tu
Mcm mcm kita kena jago.

brek motor biar ok.
top up hand phone sebulan sekali helo helo papa mama
nok hantar pitih ni.

senang dia
senang kito dlm kubur juga.

senyum dio
senyum jugaklah kito  dlm alam kubur serba gelap tanpa lampu..ko guano mu agok?

pokoknya
buat 1  tahfiz sudahlah.
kita bersatu.
buat program sama sama.Control ego
mesir hebat dari Jordan hebat dari Syria.
pujuk pesara guru ..jom kita pakat pakat tolong

buat 1 tahfiz sudahlah (rayuanku)


Tengok sekolah menengah persendirian cina di Pulau Pinang
buat sebagai model.

kalah sekolah kerajaan dgn cara perjalanan SM Persendirian Cina di Pulau Pinang, Ipoh, Melaka
Mari mano dana dio orang?

oops..org cino pun ramai dah masuk islam lahhh


maaf ku pinta
saja nak tulis pasal masa depan budak budak tahfiz niii
anak anak sedara ku  ramai dari kuala lumpur, kajang, melaka  mari Kelantan
belanja habis..

biar ada hasilnya.  Jangan dok asyik basuh jubah, sidaa  rata riti ..lipat kain jahh

lepas 5 tahun .. di tahfiz
ada sijil gapo adik?

boleh sambung ngaji UM, UKM, UIA
atau  macam mana?

tk.
wasallam

P/s.  mohon maaf deh?


0 comments:

Post a Comment