Continuing how to control a class P2

Posted by sazali

Salam.

hari tu saya berjanji nak beri sedikit lagi tips on how to control a class bukan?

2) Dulu, ada guru masuk jer ke dalam kelas pada hari pertama persekolahan , dia sudahpun memberi identitinya ke atas pipi pelajar-pelajarnya yang nakal. Salah se orang dari guru tersebut (tahun 1970'an) ialah Mr Hector John. SM Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. Dia orang Colombo, Ceylon (Sri Langka). Bagus tu. Semua budak akan respect dia ..dari hari pertama hingga ke bila-bila. Ini guru disiplin. So penampar kapit dia adalah identiti tersendiri. Sampai sekarang saya ingat penamparnya kerana .. saya tidak hafal tahun-tahun sejarah .. Kerajaan Portugis di tanah Melayu 1511 - ???

3) cara kedua ialah .. pajan budak .. contoh ..buat budak berlari marathon keliling padang sekolah pada jam 1000 pagi hingga 1200 tengah hari. Settle. Dulu budak nakal macam mana pun ..respect guru mereka .. kalau disuruh kami berlari n terjun dari Tingkat 2 sekolah pun kami terjun. Respect kami pada mereka.

Tetapi ..cuba buat cara begitu la ni. Silap-silap hilang jawatan guru kita atau mungkin mak bapak depa akan 'bunuh' kita hidup-hidup. Kalau setakat merosakkan cat kereta guru dah biasa sangat .. benda itu pada zaman dahulu kala.

Now saya nak perturunkan tips bagaimana control budak secara baik/ selamat ..

4) caranya mudah .. berilah pujian kepada usaha mereka walaupun usaha mereka tidak membawa apa-apa penyelesaian matematik pun di depan kelas mereka. Sebenarnya ada guru loket sangat ..nak beri pujian kepada murid-muridnya. Setengah pelajar ni dari keluargha bermasalah .. jarang sangat dipuji oleh ibu dan ayah mereka.

Sekolah lah tempat dia ... mencari ketenangan. Jika kita memujinya ..walaupun dia sedar .. dia bukan dari kumpulan pelajar yg cerdas ..sedikit sebanyak akan mengembirakan hatinya untuk datang ke sekolah dan belajar dengan tuan. Lama-lama kesukaan itu akan dijelmakan dengan kejayaan di dalam kehidupannya sebagai pegawai polis, tentera, JPJ, kesihatan dan lain-lain.

5) selain dari itu , cuba bercakap dgn nada yang rendah bila datang berinteraksi dgn mereka. Bukannya susah. Cuba tanya mereka ... " mu wak gapo Napi? Bagus tu .. try mu pusing gambar rajah tu sikit-sikit ... mu napok gapo pi? ". Bukannya susahkan. Bercakap dengan baik dan jelas dan bertanya dengan menyebut nama mereka secara khusus. Budak hyperaktif jika kita sebut jer nama mereka .. ini menandakan cikgu hormat pada nya. Response ialah Napi akan mula berubah sedikit demi sedikit. Insyallah.

Tu jer lah .. sedekah saya pada pembaca. Cubalah try ..tips ini dalam kehidupan guru anda.
Sekian.

Wallah hulam.

0 comments:

Post a Comment