Pagi isnin Pra Ramadhan

Posted by sazali

Salam

Hari ini kesemua warga kerja berkejar-kejar ke opis/ tempat kerja dan lain. Azam mencari rezeki ini sangat adalah satu ibadat yang sangat mulia di sisi Allah yang Maha Esa. Niat - mencari rezeki kurniaan Allah semata-mata.

2) Dengan rezeki ini diharapkan keluarga bertambah bahagia dan sentosa selama-lamanya. Dalam pada itu kita jangan lupa mereka yang tidak bernasib baik seperti OKU, pesakit kronik seperti TB, HIV, malaria, denggi dan lain-lain yang terlantar di rumah sakit menerima rawatan seada-adanya. Mereka tidak dapat ikut serta berkerja dan mencari sesuap nasi untuk anak-anak mereka yang memerlukan belaian kasih sayang dari ibu bapa yang uzur dan terlantar sakit. Sebenarnya sakit dan sihat ini semuanya datang dari Allah. Dia memberi dan dia juga mampu mengambil balik nikmat ini pada bila-bila masa sahaja. Tengok sahaja kes kes accident di lebuh raya kita ini. Semalam beliau adalah pegawai paling tinnggi sekali di tempat orgaisasinya tetapi pada pagi ini nama beliau sudah menjadi kenangan. Mati di tempat accident. Tulah ..nikmat pangkat sekejap sahaja. Mewah yang ada pun sekejap sahaja. Seronok berayahkan CEO yang hebat-hebatpun tidak kekal selama-lamanya. Oleh itu kita sebagai insan hendaklah sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar Allah menangkap kita (maut datang menjemput kita) di dalam keadaan mana iman kita 'tinggi' pada Allah sahaja.

Sama-samalah kita berdoa agar kita mati di dalam iman. Hadith " orang yang paling bijak di kalangan kamu adalah orang yang selalu ingat tentang mati.."

wa llahu alam. Subha nallah Alhamdulilah Allah hu akbar

0 comments:

Post a Comment