Salam.
Selalu orang di bandaraya menggunakan istilah 'masa berkualiti' atau ' kualiti time". Apakah sebenarnya maksud mereka dengan istilah istilah moden ini? Saya cuba fikir dan renung mengapa dan bagaimana tiba-tiba wujud istilah ini. Jawapannya senang sahaja. Pertama orang bandaraya ..bila mereka berdua bekerja dari pagi ke petang .. dan ada yang terus bekerja sampai ke malam .. ini bererti anak mereka membesar tanpa kehadiran ibu ayah seratus peratus. Maka bibit indonesia/ filipina yang menjadi pengganti mereka. Ini berbeza dengan pasangan yang mana .. isteri tidak bekerja. Ibu ini akan selalu berdamping dengan anak-anaknya dan melihat mereka membesar dari bayi umur 1 hari hinggalah anak mereka dewasa dan mampu mencari kerja dan makan sendiri.
Oleh yang demikian ..sepasang suami isteri yang bekerja seperti suami polis dan isteri jururawat .. tambahan pula .. time dan shift masa tidak sama .. ini bererti .. bila suami ada di rumah , isteri berada di dalam wad .. dan jika isteri ada di rumah , suami pula berada di Balai Polis .. menjaga keamanan negara. Jadi anak-anak membesar dalam keadaan di mana ayah dan ibu mereka jarang-jarang dapat berjumpa. Bila ada waktu cuti hujung minggu .. bila kedua-dua mereka ada di rumah ..maka mereka akan berusaha untuk menjalankan segala aktiviti berkeluarga sebaik mungkin ..bersama-sama dengan anak mereka yang tersayang. Mereka makan di kedai mamak pagi-pagi ahad .. tanda keluarga bahagia?
Sebagaimana kita semua maklum se bulan ada 30 hari. Oleh yang demikian mereka berdua ini (polis dan jururawat) akan dapat berjumpa betul-betul 8 hari sahaja se bulan. Mengikut ilmu matematik saya dipanggil ilmu conggak .. 22 hari mereka tidak dapat berjumpa secara normal sebaik mungkin untuk melihat perangai, tingkah laku anak-anak, ibadat anak-anak, pelajaran anak-anak sebaik yang mungkin. bagi mengambil hati anak anak mereka ..masa yang 8 hari itulah masa terbaik mereka untuk bersama-sama melihat perkembangan pelajaran anak-anak mereka dan kesihatan, makan minum, santai dan macam-macam lagilah. Masa 8 hari ni lah yang dipanggil 'masa berkualiti' atau ' kualiti time'.
Dipendekkan cerita .. masa ini adalah masa di mana mereka akan .. cuba menunjukkan penyesalan kepada anak-anak yang sering demam, sakit, tidak selera makan, tidak dapat hadir ke PIBG, sukan-sukan di sekolah tetapi ibu dan ayah pergi juga bekerja .. bahawa mereka selalu ingat kepadanya tetapi apa kan daya .. mak dan ayah kau bekerja ini. Kalau kami tidak bekerja .. mana mungkin kita dapat hidup sebegini bagus .. apartment/ rumah flat/ rumah semi-D dan lain-lain. Kita ada kereta macam orang lain juga.. kita ada juga kereta EZORA dan jiran kita pun ada kereta HONDA. Pokoknya ..kita ada rumah dan kereta. Ini semua datangnya dari 22 hari di mana mak dan ayah kau .. missing in action di rumah ini di sampingmu sayang.
Selalunya ..jika ibu dan ayah .. nak tunjukkan mereka menyesal tidak dapat melihat anak-anak mereka membesar ..mereka akan memberi duit sebagai tanda .. 'sorry we are away all the time '..' so pandai-pandai kau lah .. apa kau nak buat dengan duit itu. Maka dari kecillah anak diasuh dengan wang ringgit atau hadiah-hadiah .. sebagai tanda .. ayah dan emak menyesal sangat tidak dapat bersama-sama dengan mu selama ini. Bayangkan jika anak-anak ini dibesarkan dengan cara 'barter trading' ini sepanjang hayat mereka. Jika tidak betul cara pembawakan diri si anak hasil dari didikan ibu dan ayah yang selalu buat 'barter trading ' ini ,.. maka lama kelamaan ..anak bila dah besar akan demand untuk ibu ayah mereka membeli sebuah motorsikal berkuasa besar , atau pun honda cup saja. Inilah datangnya .. mat rempit di atas lebuh raya itu. Sebenarnya ..pak polis ada menceritakan ..bahawa setengah tengah pemuda-pemudi ini .. memang mereka loaded dengan wang ringgit .. mereka mampu membeli bermacam-macam benda .. handsets yg canggih dengan internet dan .. macam-macamlah .. dadah di pasaran sana harganya bukan RM1 tetapi ada yang mencecah RM100 per sedut/pil / tablet / ketul .. so mereka inilah .. yang dijelmakan dari keluarga kualiti time.. seperti mat salleh di Eropah dan Amerika. Ingat Paris Hilton? Tengok apa jadi padanya hasil dari proses pembesaran dan didikan dari falsafah 'Quality Time' ini. Rumusannya : jika kita datang dari keluarga islam ..pastikan kualiti time itu betul-betul sesuai dengan masa berkualiti yag Allah mahukan. yang Allah redhakan. yang Allah amanahkan anak anak kepada kita .. supaya dibesarkan dengan sembahyang 5 kali sehari , berpuasa, mengaji alquraan, belajar sempurna dari SRK ke SMK ke UKM, UPM atau politeknik-politeknik dengan sebaik-baik nya. Insyallah selamat .. ya?
Wallah alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment