Salam.
Pagi ahad selepas sembahyang subuh tuhan memberi saya sedikit hidayat untuk duduk bersama-sama orang-orang kampung Parit Salleh Ros, Parit Raja, Johor untuk mendengar sedikit tazkirah dari seorang ustaz UTHM. Selalunya saya pulang terus ke rumah untuk membaca kitab taklim bersama-sama dengan anak isteri atau saya baca kitab itu untuk saya sendiri. Entah kenapa pagi ahad ..ini saya tergerak untuk duduk menadah telinga kepada seorang ustaz yang muda. Syukurlah.
2) Ada 2 istilah yang beliau fokuskan. Pertama kuantiti dan kedua kualiti. Iaitu di dalam konteks amalan amalan baik pada bulan puasa ini .. mungkin ustaz ini merujuk kepada orang-orang yang buat 20 rakaat sembahyang sunat tarawih dengan mereka yang sembahyang 8 rakaat sahaja. Dia sambung lagi .. kelakar jugak ..dia berbicara ,.... bunyinya begini lah. "ada orang jika sembahyang sunat tarawih cukupnya khusyuk .. masallah..hebat dari orang dulu-dulu sembahyang sunat dhuha/tahajud lagi .. tetapi jika bersembahyang fardhu isya' ..mereka datang ke masjid lewat-lewat sahaja (tanda tak bersungguh), macam tak bersungguh sangat sahaja." Saya tergelak mendengar cerita itu. Banyak betulnya. Satu lagi ..di awal ramadhan masjid penuh dengan manusia berkereta besar , kecil, basikal, motosikal, pejalan kaki .. penuh tersangatlah penuh ..menyambut bulan ramadhan yang mulia. Kalah saya .. kalau tak betul2 mungkin kita kena sembahyang atas tangga masjid pada malam pertama ramadhan tetapi sekarang ..cuba tengok ..gelagat manusia yang sama .. ke mana mereka di malam-malam kedua puluh, 21,22 ..dan setrusnya. Hanya setengah saf saja yg tinggal. Itu pun muka org-org veteran macam pak imam tua, pak imam muda, tok bilal, tok siok, .. , .. memang dah hilang terus tuan-tuan punya kereta mewah2 tadi yer? Ajaib bin hairan. Ke mana mereka yer?
3) sepatutnya semakin hampir kita dengan 10 malam terakhir ini makin bersungguh-sungguh kita beribadat ..mencari malam lai-la-tur qadar ... malam istemewa - lebih istemewa dari MJ. Apa itu MJ? michael jackson tu kah ..tidak tidak ..mungkin malam jumaat ..(laugh). Ya..lebih istemewa dari 1000 bulan. Ohhhss cukup bagus itu .. kalau dapat ibadat sepanjang malam lai latur qadar. Muga-muga kita dapat berjumpa itu malam ..insyallah.
4) Selepas itu ustaz itu menyambung terus pasal istilah sembahyang sunat itu 'kuantiti jer ' yang banyak .. tetapi jgn lupa ..'ada kualiti ker tidak?' Kuantiti ini bermaksud ..buat sesuatu dengan banyak .. makan berkuantiti ..makan makan banyak-banyak sampai pecah perut anda.. makan dan makan jangan berhenti makan .. segala-segalanya makan .. itu kuantiti Bapak tau. Tetapi 'kualiti' pulak .. kita buat sikit jer .. tetapi cukup bagus punya. Makanan berkualiti ..maknanya .. kita makan sikit jer ubat kuat "Makjun Pak Tani " sebiji jer tetapi kekuatan kita ..masyaaallah . dapat mengangkat sebuah kereta VOLVO .. dan kita humabnkan nya ke sungai. Begitulah kuatnya ..ubat berkualiti itu Bapak. Ada faham pak?
Jadi jom kita balik ke tazkirah ustaz kita tadi .. sembahyang berkualiti ini ..ialah sembahyang fardhu subuh 2 rakaat sahaja .. tetapi mengalahkan .. dari segi pahala .. sembahyang sunat-sunat tadi. Di dalam satu hadith ..dikatakan jika sembahyang sunat isya .. seakan-akan kita sembahyang separuh malam dan jika dapat sembahyang sunat subuh .. seakan-akan sembahyang sepanjang malam lah. Itu jika buat di masjidlah. Maknanya .. payah nak hadhirkan diri ke masjid ini .. terutama sembahyang isyak' dan sembahyang subuh berjamaah. Mengapa? waktu ini ... pertama BERITA JAM 8 TV3 sedap cerita pasal .. statistik pelacuran orang-orang melayu di tanah air .. cukupnya fokus // tak berkelip mata kita menonton perempuan-perempuan dari Russia, China, Indonesia, Filipina di pusat pelacuran mereka yg eksklusif dan yang tidak eksklusif dan akhirnya .. waktu sembahyang subuh berjamaah di masjid ..ramai kita yg sedap tidur diulek mimpi. Cukup enak sekali tidor dan tidor .. contohnya pelajar-pealajr universiti kita yg kuat selesaikan assignments dan projek PSM mereka sepanjang malam .. hingga lewat jam 4 baru tidor. See? sebab itu hadith Rasulluallah (s.a.w) mengatakan sembahyang sunnat subbuh .. jika buat di masjid ..sekan-akan kita sembayang sepanjang-panjang malam. Itu lah kualiti 2 rakaat sembayang fardhu subuh berjamaah di masjid.
4) Tetapi pak ustaz .. jika kita tengok team bola .. katakan pasukan Bola Sepak Brazil ..mereka praktis main bola cukup-cukuplah banyak ..berkali-kali practise main bola dengan kawan-kawan sepasukan .. kuantiti practise banyak banyak sekali .. selepas practise yg gigih ini baru mereka main ..perlawanan Bola Sepak Piala Dunia sebenarnya. Sekali main dalam permaianan final WORLD CUP 2010 .. kualitinya permainan mereka adalah kerana latihan mereka sebelum ini yang tersangatlah banyak ..iaitu bila practise mereka berkuantiti yang banyak. Baru dapat 1 permainan yang berkualiti tinggi. Betul tak ustaz?
kita perlu practise main bola itu berkali-kali untuk menajamkan strategi permaianan kita iar mantap.. barulah datang nya satu permaianan yg berkualiti. Bagaimana pula kami org kampung ini ..kami semabhyang sunnat cukuplah banyak semata-mata nak mencari satu sembahyang fardhu yg berkualiti tinggi. Di dalam bahasa mudah .. bila adanya kuantiti ..baru datangnya kualiti. Betul tak ustaz? betul tak semua pembacaku sekalian?
Jadi maksud kuantiti dan kualiti ini jika ..kita sampaikan .. ceramah tidak berhati-hati ... ini satu permainan syaitan. Buat sikit ..tetapi kualiti ma... Itulah sebabnya ..masjid ditinggalkan kosong saja di mana-mana di dunia ini. Syaitan kata .. semabhyang sunnat ramadhan ..dah cukup .. sunnat tetapi pahalanya macam buat fardhu sahaja...
ramai orang islam tertipu dgn bisikan-bisikan syaitan. Cukuplah tulisan saya pada hari ini.
lain kali saya akan menulis lagi pasal 'kualiti time ' di dalam aspek pembangunan akhlak anak-anak di rumah. tajuk simple ..tetapi jika semua buat ..di dalam rumah tangga kita ..insyaallah..kuranglah masalah sosial di dunia ini.
Wa llahu alam.
sekian. dr saz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment