Mengapa TV3 jadi macam itu

Posted by sazali

Salam

Ptg yang baik ini saya ingin komen apa tujuan TV3 .. asyik tayang kerja mereka masuk kawasan pelacuran. Seingat-ingat saya sudah lama depa buat semua ini. Baru terpanggil nak tulis-tulis sikit pasal impact (kesan) durjana hebahan cerita depa sekian lama ini.

2) adakah ingin orang melayu islam tahu .. apa itu pelacuran?
3) adakah ingin anak-anak melayu bawah umur tahu .. apa itu seks, bapa ayam dan .. upahan serendah RM30 bagi pelacur berumur 45 tahun ke atas
4) dulu saya yakin ramai ..orang tua, muda dan anak-anak melayu tidaklah berapa arif tentang istilah-istilah yang digunapakai oleh TV3 , 360 degrees dan macam-macam saluran maklumat yang ada di negara ini

Tidakkah cukup dengan hebahan dari dunia siber (langit terbuka) tentang perkara-perkara durjana ini? Tengok saja lah apa yang Allah turunkan ke dunia Pakistan (banjir yang dasyat) dan Indonesia (tsunami) apabila ramai rakyatnya tidak lagi yakin pasal kekuasaan Allah yang Maha Besar, yakin pada agama islam, hidup beragama, dan yakin pada muamalat secara Islam yang suci.

Apabila pelacuran berjalan se begitu banyak sekali .. di negara ini .. tidakkah ini akan mengundang bala bencana yang sama sebagaimana di alami oleh negara-negara lain seperti di Amerika di mana Allah turunkan taufan (tornado), puting beliung, kebuluran (Afrika),bumi terbelah dunia menyedut semua makhluk di atas permukaan bumi (Padang, Sumatera). Tidak mungkinkah Allah turunkan azab yang sama kepada Malaysia .. sebagaimana DIA azabkan orang-orang di negara-negara lain? Apakah keistemewaan Malaysia sehingga Allah perlewat-lewatkan azab ini?

Saya sebagai seorang ayah dari keturunan orang melayu kampung di Kelantan menggesa supaya TV3 berhentilah menunjukkan perkara-perkara yang tidak membawa apa-apa faedah kepada anak-anak cucu saya dan begitu juga kepada kehidupan orang islam yang lain. Isikan berita itu dengan benda yang lagi lagi berfaedah seperti ..

a) mengapa ramai orang melayu islam hanya mampu berniaga di bawah teduhan pokok-pokok besar tetapi usang sedangkan orang dari bangsa lain berebut-rebut membeli kedai untuk dijadikan restoran, dan tapak perniagaan. Contoh di Air Hitam, Johor. Datanglah buat liputan.

b) apa hebatnya ketuanan melayu ini bila rumah-rumah kedai di bandar-bandar baru di Johor dibolot oleh bangsa lain sedangkan bangsa melayu fokus kepada berniaga tudung, kain pelekat, ayam bakar pusing-pusing di tepi-tepi jalanraya yang besar sahaja. Contoh di Pekan Parit Raja, Johor. datanglah buatlah liputan.

Buat apa masuk bilik pelacur dan buat liputan dari semua sudut (360 darjah) tentang ..bagaimana anak perempuan orang dayak dilarikan orang dan dijual dan dijadikan bahan memuaskan nafsu syahwat pendatang-pedatang asing sahaja.

Fikir dan renungkan lah. Ayuh kita buat liputan untuk faedah anak bangsa kita supaya kita hidup beragama islam dan kita mati dengan agama islam yang suci. paling penting biar Allah redha kepada mulut, mata, pendengaran dan 'senjata' kita masing-masing. takutlah azab Allah tuan-tuan sekalian.

Sekian. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment