Salam
Today saya dikejutkan dengan satu berita kematian. Sahabat saya yang muda trang tang tang. Baru jer mendirikan rumah tangga 6 bulan yang lalu .. baru pulang dari Masters dan baru ..baru ..baru . (semua nya baru jer ).
2) Arwah .. orang panggilnya Jaja .. saya mengenalinya melalui satu FTMM, Jabatan Sistem Maklumat di mana di bawahnya ini ada Unit Multimedia. Dia bertugas di Unit Multimedia lah hingga ke akhir hayatnya. Arwah ..orang nya senang berkawan, senang melepaskan bilik kerjanya semasa dia ditugaskan sebagai pegawai sukan di UTHM buat seketika. Bilik itu saya telah gunakan untuk menyiapkan tesis pengajian saya .. besar jugak pengorbanan arwah pada saya .. membiarkan saya bertapa di dalam biliknya yang mengadap terus ke kedai Mamak Roti canai 24 jam tu. Aroma dan bau .. kedai india ..semua orang tau kan? Payah nak concentrate ..baca jurnal jurnal dan membuat summary ... sebab itulah ..saya selalu berjumpa arwah di kedai ini jam 1000 pagi .. Di dalam bilik inilah ..saya selalu terhibur dengan dendangan lagu-lagu hindustan evergreen seperti Sangam, Bobby, .. , banyak dengan arwah sahabat saya ini. paling last .. saya sempat menghadiahkan sehelai kain pelikat saya belikan di Kota Bharu Kelantan sempena upacara perkhawinan nya yang lalu. Aghh.. syukur aku dapat mengotakan janji ku padanya. "..ja.. nanti ..aku nak beli sesuatu untuk mu .. Apa Ji? ..aghhh..tak apa lah ji.. saya tak kesah .. sangat .. " Begitulah perbualan saya dgn nya diatas tangga berhadapan bilik Poasca Siswazah tempoh hari .. masih .. kedengaran suaranya.. Tapi syukurlah aku dapat sampaikan hadiah itu walaupun agak lewat.
Tetapi apakan daya.. semua ini suratan kan? Bila ajal dah datang .. Malaikat Maut tak kira .. siapa kita. Anak tunggal ker, anak ke 14 ker , baru senang sikit sikit ker .. semua akan jalan .. pergi buat selama-lamanya. saya sempat juga berada di rumahnya di Kpg Istana Batu Pahat pagi tadi. Betapa lemahnya kita ..bila dah disebut ..mayat .. tak ada apa yg boleh kita lakukan. Terbujur kaku .. di depan mana sahabat-sahabat seagama , ..semua menghadiahkan bacaan al-fatihah untuknya. Muga-muga rohnya digolongkan di kalangan orang-orang yang solihin.
Saya rasa ..takut bercampur insaf sekali .. . Maklumlah ..arwah orangnya jauh lebih muda dari saya. Tak salah jika saya katakan dia ..dekat-dekat sebaya dengan anak sulong saya .. jadi tak salah jika saya katakan dia peringkat umur anak saya sahaja. Umur muda pun tuhan dah ambik .. apa lah saya yang sudah berumur ini. Umur banyak ..bercita-cita tinggi .. Nabi Muhammad (s.a.w) ..bersabda .. sambil baginda nabi melukis satu kotak 4 segi sama. Selepas itu .. dia lukiskan satu garisan panjang menembusi kotak itu dari hujung kiri ke hujung kanan. Kotak empat segi itu ialah hayat kita sedangkan garis lurus dari kiri dan terus ke hunjung kanan adalah angan-angan manusia. Panjang angan-angan kita ini yer? Baya-baya saya ada lagi yang sibuk mencari harta jutaan RM ke atas. . Jom kita insaflah sikit .. sahabat-sahabat .. cukuplah dengan habuan dunia yang ada ini . Tak leh bawak semua itu.
Kita kembali beramal dan bekerja dengan yang terbaik sehingga ke akhir hayat kita. OK? Sempena Hari Merdeka .. dan Hari Pemergian sahabat kita ini .. jom kita dengan nada perlahan, insaf bercampur taubat.. mulalah kita berubah dari baik kepada yang lebih baik lagi, yg tidak bagus kita buangkan tabiat tersebut jauh jauh .. Al Fatihah.
Muga-muga Allah mengolongkan mu Allahyarham Saudara Shahizul Ezza di kalangan mereka yang diredhai oleh NYA. Ameen. Ya robal ala meen.
Wa llahu alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment