Apa yang bermula akan berakhir jua satu masa nanti

Posted by sazali

salam

kalau kita berkasih , puncak berkasih sayang ialah majlis perkahwinan dan dikurniakan cahaya mata penghibur hati. Tetapi sedar tak kita semua.. apa yang bermula akan berakhir jua.

Contoh? terlampau banyak disekeliling kita. Just tengok n renungkan lah.

(i) kita start motorsikal .. bawak laju laju pun..lama lama kita berhenti juga pada satu destinasi kita yang nak kita tuju. Ada start dan ada penamat.

(ii) anak belajar di overseas /seberang laut /england atau USA/ dia pergi tahun 2000 dan satu hari pada tahun 2004 dia sudah pun pulang. Dia start ngaji pada 2000 dan stop ngaji tahun 2004. Ada stop dan ada endding nya.

(iii) kita masak mee goreng. Jam 0900 pagi kita start .. lama lama kita akan hidangkan makanan itu kepada ibu, bapa dan anak anak kita. Tunggu komen dari BOSS yang satu itu - suami? So ada start dan ada tamatnya. Mana ada kita masak dari pagi sabtu jam 0900 .. sampai pagi isnin pun tak siap siap masak. Jawabnya kena kutuklah engkau wahai ibu. (laugh).

(iv) ada orang sakit. Tahun 2000 dia sakit jantung. Tahun 2005 dia menjalani pembedahan jantung. Tahun 2010 dia mati. So ada start dan ada stop .. berkaitan dgn jantungnya itu. Kemuncak hidup ialah mati bukan? Kemuncak filem hindustan ialah bila hero mati .. dibunuh sendiri oleh heroinnya.. itulah realiti hidup ada start dan ada stop.

(v) org kerja sebagai pegawai kerajaan. Umur mudo start servis KPM ialah 25 tahun. Bila umur dah mencecah ke angka 60 ..dia akan bersara. Tamatlah kariernya sebagai penjawat awam .. umur bersara wajib ialah 60. Ada mula dan ada akhirnya.

(vi) pergi shopping ke London, Oxford Street. Kita nak start bila shopping ni? Start jam 10 00 pagi, 11 pagi? jom ..tetapi dah shopping 3 hari 3 malam .. akan tiba satu saat .. kita akan merasa sudah puas ..shopping gila ini.. Ada start dan ada stop shoping ini. Tidak ada org atas muka bumi ini shopping tak henti henti dari muda sampai ke zaman tua kecuali dia ni gilo . Yes 4 letter word - G I L O.

Orang siuman macam saya dan tuan hamba yg ada fikiran yg waras .,, kita tahu jika kita buat sesuatu dari awal-awal pun , kita tahu nak stop .. ada penyudahnya.

(vii) akhir sekali .. saya nak bawa tuan hamba ..kepada satu hakikat hidup iaitu .. kita sudah bermula hidup ,. ada yg tuhan dah kasi chance hidup 30 tahun , ada yang 40 tahun, ada yg 50 tahun .. dan ada ramai jugak yg over over 60 70 80 tetapi ada setengah warga ini perasan ..mereka masih belia berumur 35 tahun. Ajaib bin Takut?

Tetapi apa apa pun kita akan tiba-tiba jatuh sakit ..dan kita akan mati. Yes another 4 letter word M A T I. Mati in Bahasa Malaysia means death. u and I are all dying one day.

So berhati hatilah wahai tuan hamba. Bila saat itu sampai ..kita tak mampu menahankan malaikat yg pakar dalam urusan ambilnyawa kita. Dia tak boleh dirasuahkan menggunakan link kito dgn kerajaan BN Malaysia pun. Kita pasti akan mati. Contoh mati ada 2. Ada mati sakit bertahun-tahun lama nya .. dan ada satu mati itu ..ialah mati express. Keretapi express, kad kredit express, Tabung Haji Ekspress .. .. ingat mati express - accident atas jalan raya. Mati lekat tulang makan nasi dgn ikan terbok ..pun diklasifikasikan sebagai mati ekspress. Seorang Pengarah dengan mana-mana badan / organisasi kerajaan yg mati kena serangan sakit jantung pun kita panggil itu sebagai mati express juga.

So beringat ingatlah tuan hamba dan diri penulis ini sendiri yg terlebih dahulu. Mati wajib datang bila bila masa dari sekarang. Kita tak takut? Buatlah persediaan yg rapi .. please. Naikkan darjat amalan amalan agama mu kerana tanah beribu ekar di Serawak tak leh kita bawak ke lubang kubur kita any time pun. Kondo mu di Australia, USA, California, Peranchis .. u can't bring that into ur grave at any time. If permission is granted ..imagine how deep ur men have got to dig ur graveyard man .. in order to accomodate all that u consider as ur belongings di dunia ini. So watch up man.

Wallahu aklam

wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment