Ilmu leka dan ilmu larro

Posted by sazali

Salam

Teringat saya pada satu masa dahulu kepada Ustaz Yusoff Kpg Sireh, Kota Bharu, Kelantan - mengajar saya satu doa .. lebih kurang maknanya .. 'Ya Allah .. berikanlah aku hidayah supaya ilmu yg kau kurniakan kepadaku akan membawa aku menghampirimu hari demi hari dan bukan satu ilmu yang akan menjauhkan/ leka/ larro diri ku dari rahmat dan kasih sayangmu .. ya Allah ..Ameen!"

2) Ilmu yang akan menhampirimu ialah ilmu yang mana membawa menafaat kepada diri seseorang seperti ilmu fardhu ain (wajib, halal dan haram) dan ilmu kelebihan amal (mengaji Al-Quraan, al Hadith, .. ).

3) Ilmu yang menjauhkan/ melarrokan / melekakan diriku dari rahmatmu dan kasih sayangmu ialah ilmu teknologi maklumat/ information technology/ facebook/ komputer/ ICT. Dalilnya? Rujukan: Mark Egan " BOOKS VERSUS THE INTERNET . Star. 8 June 2010. INTECH.

3.1 ramai orang sanggup menghabiskan wang membeli handsets dan komputer , internet untuk facebook Muka Buku setiap hari. Duit banyak yang habis. Belia melayu berbelanja mengikut trend yang dipasang dan direka oleh kaum bangsa bukan melayu. Orang cina pakai iPad, iPod ..belia melayu pun sama-sama membelinya juga. Hantar gambar peribadi sana sini untuk berkongsi bersama-sama dengan warga dunia siber. Kalau gambar tak canggih, .., belia melayu dibisikkan oleh to ke kedai supaya upgrade handsets, ipad, ipod , komputer acer, gigabyte, terabyte talian dan kuasa ict komunikasi .. dengan demikian runtuhlah amalan-amalan yang boleh menarik rahmat dan kasihsayang Allah (amalan sembahyang berjamaah, mengaji Al Quran, mendengar ceramah agama, makan bersama-sama dengan ayah ibu) kepada setiap isi keluarga siang dan malam. Bila rahmat/ berkat dah tiada, perasaan kasih sayang antara keluarga semakin hari semakin luntur. Sedikit masalah sahaja akan menimbulkan satu pergaduhan , selisih faham, perbalahan antara anak, ibu dan bapa. Kerana sayangkan anak-anak , ibu bapa melayu sanggup mengeluarkan belanja yg besar untuk anaknya membeli Apple komputer, alat-alat teknologi ict yang semakin canggih mengikut apa yang diciptakan oleh mendiang Steve Jobs Apple.. lantas fokus anak kepada amalan amalan agama semakin hari semakin hilang dan terus hilang buat selama-lamanya. Menziarahi ibu ayah yg terlantar sakit di kampung pun payah nak jenguk jengukkan/ atau bertanya khabar. Telefon pun tidak. Nanti akan tiba satu masa , apa anak cina Ah Tong buat , anak Pak Lebai Suddin pun turut buat. Amalan anak anak orang kafir sama sahaja dengan amalan amalan anak anak orang islam di Malaysia, Indonesia, Brunei darussalam, Thailand, Kemboja, Saudi Arabia, .. , Afrika..Mongolia. Kesensitivitian - kepekaan antara dosa dan pahala semakin kabur/ blur .. dan tak salah saya katakan .. bibit bibit zaman kufur sudah ada subur dalam setiap rumah tangga orang orang islam. Zaman jahiliah mulai melanda ke setiap aspek kehidupan rumah tangga orang-orang islam. Sekarang sudah ada anak yg sanggup pukul ibu ayah kerana ibu bapa tidak mahu ikut kehendak nafsu berbelanja si anak-anak. Bila ini berlaku .. inilah yang dinamakan bencana akibat ilmu yang leka/ larro ICT komputer, internet, musik musik, juara musik, Facebook dan Muka Buku ini.

3.2 kesan dari ilmu leka - anak-anak perempuan melayu sanggup berpakaian ketat ketat macam Jo Lopez bintang popular dari Amerika Syarikat. dari fashion pakaian dan musik musik gila .. anak anak perempuan melayu tidak ada perasaan malu berpakaian menjolok mata sedangkan pada satu masa dahulu tok nenek mereka adalah guru guru agama pelawat ke sana sini di sekitar kampung dan daerah di Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand. Memang betul kata / lagu kumpulan nasyid Raihan ".. iman tidak boleh diwarisi".

Dari ilmu leka , banyak wang dan semakin banyak wang mengalir keluar dari poket anak-anak melayu lelaki dan perempuan. Dulu leka dengan musik, FB dan memandu kereta-kereta mewah .. sekarang leka mereka menjangkau lebih dari itu iaitu .. leka bahawa satu hari nanti .. tanah air mereka akan tergadai. Orang tua zaman pak pandir pandai berkata " menang sorak kampung tergadai". Tengok sahaja bagaimana anak anak melayu, cina dan india bersorak sorak .. gembira bila Malaysia Tigers menang berlawan bola dengan Indonesia .. tetapi mereka tak tahu .. kampung mereka akan tergadai sedikit demi sedikit.

dari ilmu leka, orang orang lelaki bergaul terlalu mesra dengan orang orang perempuan. Anak anak dara tok lebai yang tak tahu apa apa pasal handset, hantar sms sana dan sini, ipod dan ipad .. pandai=pandai program PLKN diwujudkan .. ajar anak-anak kita, anak anak mereka, didik mereka, bimbing mereka supaya bergaul mesra tidak kira siang mahu pun malam. Biar generasi malaysia tidak dapat dikenali siapa melayu, siapa islam dan siapa bukan melayu dan siapa bukan islam. Di awal program , kasihan si-ustaz diminta bacakan doa .. dan selepas berpuluh puluh modul, di mana aktiviti telah selesai dijalankan oleh bekas komando askar dgn belia-belia kita, generasi muda Malaysia kita, ustaz yang lain pula akan diminta bacakan doa penutup majlis .. supaya Allah reda pada mereka sepanjang hari siang dan malam ini. Inilah yang dimaksudkan dengan ilmu dan amalan yang melekakan. Tuan hamba pembaca .. rasa macam mana? Tidak melekakah semua aktiviti ini?

Perasaan malu dan hidup berpada-pada sudah tidak ada dalam kalbu dan sanu bari anak-anak melayu. Bahkan istilah-istilah itu seperti dosa dan pahala..ramai anak anak muda tak tahu apa-apa pun. Pada mereka adakah itu seperti istilah chip komputer atau memory chip dalam handset mereka masing masing sebelum mereka tampalkan ke dalam profail peribadi Facebook mereka masing-asing? Bila ini berlaku, senang sangatlah musuh-musuh islam menghancurkan tamadhun melayu yang satu masa dahulu tersangatlah masyur .. sehinggakan Hang Li Po sanggup memeluk agama islam di Melaka. Tak nampakkah tuan/puan ini adalah rancangan licik/ jahat musuh musuh islam yang direka khas untuk menghancurkan tamadhun dan tata susila budaya islam melayu kita? Disebabkan ilmu leka, usaha dakwah dipandang serong bukan sahaja oleh masyarakat jahil tetapi masyarakat yang dimanahkan oleh Allah untuk mendidik, membimbing ahli masyarakat ke jalan yang Allah redhai. Siapa itu masyarakat yang saya maksudkan? Tepat. Mereka adalah guru, ustaz, ustazah dan para-para pensyarah semua termasuk penulis yang dhaif ini. Program TV3 ..kalau ada cerita melayu mesti diselitnya .. gambaran perspektif jahat bahawa org pompuan bertudung itu tidak berakhlak pun dan pompuan yg free hair itu lah terbaik tingkah lakunya ..Ustaz dalam filem melayu dilakonkan sebagai lelaki miang (ingat arwah M. Rojali)dan Dr J Shamsuddin lah yg tampan, terbagus dan terbaik akhlaknya. Saya sekadar menulis .. menyebarkan .. dari suara hati seorang ayah dan GURU. Sekurang-kurangnya ..saya mahu berkongsi perasaan risau dan runsing saya dgn kalian pembaca yang budiman. Kalau artikel ini bagus, tolong sebarkanlah kepada kawan-kawan anda tak kira mereka berada di sini ataupun di luar negara. Jika anda hebat dengan berbahasa, apalah salahnya anda terjemahkan artikel ini ke dalam bahasa asing .. pahalanya ..insyallah kita berkongsi bersama-sama ..dan kita mengutip buah-buahnya di kampung sana iaitu di kampung akhirat abadi abada. Mahu tak tuan hamba? Kampung orang mukmin mukminah yang kekal buat selama-lamanya.

Mengikut Mark Egan dan Dr Carr (2010) melalui internet ".. contemplation, introspective, reflection - there is no space or time for those on the internet.. we never engage the deeper , interpretive functions of our bbrains .. harder for our brains to draw connections and have cogent recall". terjemahan "..melalui internet otak kita semakin celaru, bodoh, .. , payah otak kita nak buat rumusan itu baik atau tidak .."

Astaghfirullah hal azim.

Bertaubatlah. Ayuh buatlah sesuatu tuan hamba. Tolong saya.

0 comments:

Post a Comment