Salam
Semalam saya membaca sebuah akhbar melayu .. ada satu artikel mengenai tanda-tanda dunia kita akan tamat tak lama laagi. Antara tanda-tanda tersebut ialah:
(i) ibu melahirkan tuannya
(ii) orang berbangga-bangga dengan kecantikan masjid tetapi sayangnya ..amalan masjid tidak seberapa hebat mana pun
Huraian:
Pertama: ibu melahirkan tuannya.
Mula-mula cerita .. semua pasangan manusia yg baru mendirikan rumah tangga (khawin) impikan mereka akan dikurniakan anak-anak yg akan memberi keriangan , kebahagiaan kepada mereka sekarang, esok dan hari-hari tua.
Bila ank lahir. Si ibu akan sibuk menyusukannya. Bila dah tahu jalan ..ibu dan ayah pimpin dia bermain di Taman Bunga .. bila dah kuat sedikit, dia nak basikal ..kita belikan, dia nak itu dan ini ..kita semua akan adakan untuk nya. Bila dah capai umur 7 tahun , kita menyekolahkan dia di SK, SRK, Sekolah Agama .. dan tuisyen centre dan macam-macam . Harapan dia tahu membaca, menulis dan mengira. Bukan setakat kita hantar dia ke sekolah, kita pinjam wang bank beli kereta MYVI, VIOS .. hantar dia ke sekolah, klinik, tuisyen dan merata-rata tempat lagi. Selagi kita larat ..semua kehendak anak hendak kita tunaikan. Bila dah dapat result cemerlang UPSR, PMR, SPM, Matrikulasi, Ijazah, sarjana.. anak kita dulu mahu khawin dgn pasangan yg dia suka. Kita org tua ..ikut saja ..asalkan dia happy. Mana ada ibu bapa mau anak nya sad , sadder and saddest. Dia dah nak khawin ma. Selepas khawin dia dapat anak. Khawin 10 bulan ... dah dapat anaknya. Oleh sebab anak kita kepala atau ketua kpd semua air stewardess .. dan menantu kita .. jurutera off shore .. mana mahu park ..anak mereka a.k.a cucu kita ..yg baru lahir itu? Jawapan senang jer. Atuk dan nenek lah yg jadi tempat bergantungan secara otomatik mereka. Bila umur dah banyak .. faham-fahamlah .. mana larat kita nak main dgn cucu kat Park Park taman-taman bunga macam dahulu kala lagi. tak larat lah... atuk cu. Bila sakit, ., if kita buat alah tak alah jer ..nanti cucu more sakit. Bila anak kita pulang ..dilihatnya anak mereka makin ..kecut, kurus, banyak tulang dari daging .. maka apa yg atuk nenek buat ..semua tak betul. Sukatan susu dgn air panas/suam tak tepatlah, kasi solid food itu dan ini ..tak betul lah.. banyak tak betul dari yg betul .. dia mengomel gomel .. tanda tak happy dgn layanan atuk nenek yg semakin tua tua tua ... ini satu tanda ..anak dah jadi tuannya. Anak ajar mak bapak itu dan ini. Anak complain itu dan ini. Di rumah kita dia complain, naik kereta dia complain, .. dalam phone dia complain .. dalam FB dia complain.. melalui cloud computing pun dia complain. See? anak kita dah jadi TUAN/ BOSS kita. Ajaib?
Kedua: orang kita impress dengan saiz besar masjid/ stail architecture masjid / bilangan kipas masjid/ horse power air cond masjid .. tetapi mereka tak mahu impresskan masjid itu dengan amalan amalan mulia masjid.
Huraian:
Bila orang azan... jom marilah kita segerakan sembahyang, menuju kejayaan muazin kata?
Bila orang nak mulakan pengajaran hadith, tafsir Al Quraan .. jom duduklah sebentar . Dengarlah ..sedikit. Kasihan ustaz itu. Dia baca, dia juraikan itu dan ini ..tetapi .. saiz pendengar, bilangan pendengar .. adush .. kipas masjid 100 buah, bilangan pendengar ..8 orang ..itu pun 4 orang rakyat afrika. Dia faham bahasa melayu ka? Baki 4 orang ialah AJK Masjid. Pak Imam I, pak Imam Muda, Muazzzin dan tukang atur tikar sembahyang. Pendek cerita, after bawak kuar calculator CASIO FX650 .. 0 orang lain yg mahu dengar sepatah dua ..ajaran ustaz yg bijaksana.
Ini lah nasib yg menimpa .. masjid kita. kalau minggu hadapan .. bilangan orang yg mahu mendengar ustaz yg menagajr ialah 25 orang. Check punya check .. majoriti berumur 60 - 75 tahun usianya. Check punya check telinga mereka 100% tak sempurna lagi .. apa yg dikatakan ustaz ..mereka faham lain jer. pendek kata ..itulah nasib menimpa ..masjid kita. tak ramai orang mahu mengimarahkan masjid. Sedangkan ..atas birai-birai bumbung masjid tertera satu ayat al quraan .. mahfum maknanya.. ".. Orang beriman adalah orang yg mengimarahkan masjid , melakukan sembahyang dan mengeluarkan zakat ...".
Itulah nasib masjid kita seluruh alam. Peliknya ..kemana perginya ..insan bergelar ayah, bapa, suami yg berumur 25 - 55 tahun? Sibuk sangatkah engkau hingga panggilan muazin pun ..kau tidak hiraukan ..
tetapi kalau di WARMAK (warung mamak) .. jam 1000 - 12 mlm .. penuh orang orang kita meraikan pasukan Manchester UNited Membelasah Man City 5 - 0.
Itulah tanda tanda dunia dah semakin tua, uzur , dan ....
kita akan ....
Wallahu aklam. Memang betul tulisan dalam akhbar melayu itu. Maafkan kami Ya Allah. Astagh firullllah...
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment