Salam
Blog saya .. dimulakan dgn bacaan Bismillah. Salawat dan salam kpd junjugan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan akhirnya ..sebuah senyuman dari org tua bergelar ayah, abah, suami org, guru dan pensyarah IPTA jer. Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang. Ok kan?
2) Hari ni saya budget RM5 untuk membeli akhbar cina SUNDAY STAR RM1.50; majalah KUNTUM RM3.00 dan baki ada lagi RM0.50 ( saa-mah, 50 sen org kelate kato ..saa-mah).
3) Di dalam dada akhbar STAR .. banyak artikel menarik mengenai pendidik. Educate. Salah satunya ialah .. sekolah berprestasi tinggi di Trengganu/ Felda mana entah. Org gganu happy sekarang kerana ..Kementrian Pendidikan Malaysia .. mengiktirafkan bahawa anaka anak org Gganu kita .. cukup cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM/ STAM saban tahun. Mungkin hasil khasiat makan keropok lekor banyak zat calcium dan vitamin. dalam artikel itu .. mereka (org Ggganu ) complain ..walaupun rama anok org Gganu cemerlang ..ramaii jugak lah yg tak dapat masuk MRSM-MRSM di seluruh negara. kasihan mereka? dah .. org Kelate pun nak masuk jugok, org asli Pahang pun nok join jugok , anak dayak, anak org dusun di Sabah pun .. nak ngaji jugok dalam MRSM .. kerana mok bapok mereka sedar ..MRSM selalu mengeluarkan bakal jurutera-jurutera terbilang rakyat malaysia. lainlah.. malaysia ini adalah Terengganu sahaja. Dalam akhbar Star ini, ada satu slot di mana MRSM Terendak, Melaka menjadi johan pertandingan projek Sains di Taiwan baru-baru ini. Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang, guru sains terbilang, dan semua staf & Pengetua MRSM Terendak Melaka ini. Syabas!
Dalam STAR ini ada juga satu artikel mengapa ..anak anak sekarang tak berminat gila nak jadi saintis dan jurutera di Malaysia ..kerana .. ). Ini ditulis oleh Institut Jurutera Malaysia. Yg memegangnya ..besar kemungkinannya adalah graduan ekonomi, pentadbiran awam, pengurusan, sastera, geografi, sejarah, hakim, perundangan, islamik study ..yg mana mereka pandai bercakap/ memujuk / auta .. AUTA sikit .. supaya jadi 1MALAYSIA. he..he.. jgn bersedih tuan - hamba. Relax. Anak tuan bakal jadi KSU-KSU di kebanyakkan kementerian di Malaysia ini. Saya berani berkata begitu kerana anak anak saya pun graduan MRSM Bitara PC Kelantan dan MRSM Kedah - Pendang. dan mereka bukan pun .. berjawatan pengurus apa apa pun. Setakat mengajar di universiti tersohor di sini / jadi guru macam abah dia jah. So tak masuk MRSM pun .. ada blessing in disguise. Ada khair ... ada keberkatan kot. Org parti PAH kawasan masjid Langgar Kota Bharu kelate kata ni...
3) Saya suka membaca majalah KUNTUM kerana .. ini adalah majalah pertama saya syurkan kpd anak-anak saya sejak 28 tahun yg lalu. Sekarang masih saya beli majalah ini. Saya suka melihat cara / bentuk penulisan panel-panel nya .. membentuk ayat agar sesuai dgn pembaca (peringkat umur) - target group ..mereka. Bagus majalah ini ..ada pembaca melayu, cina dan india. Dulu ada slot penulisan jawi .sekarang sejak pembacanya semakin ramai dari kaum cina dan india .... slot tersebut rasa-rasanya dah berkubur dan akan dikuburkan perlahan-lahan ..tengok nasib akhbar Utusan Melayu. Memang jawi/ roh islam ..makin hari makin dipinggirkan walaupun kumpulan pemerintah masih ramai lagi org org melayu kita. Patutkah kita pertahankan trend sebegini ..mula-mula tak pandai baca jawi .. nanti dia akan melarat ke arah ..tak pandai baca Al Quraan MulKareem. bagus kah begitu?
Saya suka membeli majalah KUNTUM dari membeli majalah Mangga kerana .. isi kandungan majalah magga .. kadang-kadang..tak sesuai untuk rakyat dari se buah negara bergelar negara islam CONTOH. Title ini dikurniakan oleh Syeikh Arab Mesir mana entah. Baru terbangun dari tidur kot? It sounds so weird.. actually. tak percaya .. cuba tanya pelajar politeknik/ universiti IPTA. Sebut sahaja nama majalah MANGGA.. mereka terkejut n ketawa geli kerana ..artikel artikel nya ada yang erotik , penaik syahwat pemuda pemudi 'gatal'. Mereka katalah.. bukan saya . Saya tolong sampaikan jer dalam sudut / ruangan blog saya yg tak seberapa ini. Untuk pengetahuan umum, majoriti panel majalah MANGGA ..setelah dibuat analisa tahun demi tahun - bukan dari kaum cina dan kaum India pun. Saya serahkan ..kpd pembacalah .. untuk meneka .. siapakah kaum yg bakal .. ada satu hadith.. mahfumnya .. jgn kamu jadikan diri kamu sebahagian dari kayu kayu dan tulang tulang bahan pembakar dalam neraka jahaman.
4) Sekarang tinggal 50 sen (saa-mah) lagi dlm poket baju saya ..apa nak saya buat? Saya berniat nak masukkan duit itu untuk tabung masjid nanti ..supaya AJK Masjid boleh membeli lagi banyak kipas .. untuk kebaikan / kesedapan kaum mukmin , mukminat bersembahyang jamaah, jumaat, Aidil Fitri, Aidil Adha, rombongan pengantin lelaki nak akad nikah atas masjid dan juga kipas untuk jenazah. saya selalu masukkan duit ke dalam tabung masjid dengan niat ".. aku sedekahkan duit 50 sen ini untuk Allah Taala bagi pihak arwah ayahku tercinta Hj Khalid Muhhammad, kakak ku Fatimah, pak mertua ku Hj Jaafar MUhammad, nenek-nenek , atuk, semua cikgu-cikgu ku yg pernah mengajar ku walaupun sepotong huruf n baris , ustaz, ustazah Quraan ku , .., kawan-kawan karibku seperti .. PM Dr Abd Ghani Kamaruddin UM, Syeikh Hisham Zuhdy Mustafa PKB, En Shamsuddin PKB, AbgMat Drebar bas politeknik kota bharu, En Sazali PAR PKB JMSK, Hajjah Nik Faridah Jabatan Perdagangan PKB, Ir Mohd Abul Kassim, Ir Raos TELEKOM, .., Abang ipar ku Arwah Hj Annuar bin Hj Jaafar, pak ngah (selangor), mak ngah, kak enon (Selangor) .. , ramai jugak lah 50 orang ramai nya."
Sekian dahulu .. penulisan dari saya. Ada benda yg telah saya selitkan dalam puluhan ayat yg saya bina itu. Allah Maha Mengetahui.
Muga-muga tercapai maksud hajat hati saya menyedarkan diri saya terlebih dahulu dan para pembaca yg budiman.
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment